Saya ingin teruskan bercerita hal terapi Sofie, tapi saya masih ragu2, ada ke lagi orang nak baca coretan saya ini? Pengunjung blog ini semakin merudum dari hari ke hari. Mungkin kerana penulisnya yang semakin 'pemalas' sejak akhir2 ini :-D. Bila melihat pengunjung blog semakin merudum, semangat untuk terus bercerita juga semakin 'down' Aduhai.... Akhirnya, dikuatkan semangat, saya menulis untuk diri saya, saya bercerita sekadar suka-suka berkongsi cerita. Andai masih ada yang sudi membacanya, Alhamdulillah.
Malam minggu lepas, sekali lagi saya bawa Sofie bertemu Kak Raw untuk meneruskan rawatan terapi minda. Alhamdulillah, terapi OKU telah berakhir, maka berakhirlah penyiksaan melihat Sofie dibalut bagaikan 'mummy the return'. :-D.
Malam itu, pesakit yang datang tidaklah terlalu ramai. Sedikit pelik jugak la.... tapi, Alhamdulillah. Boleh dapat giliran awal, dan pulang awal. Selesai rawatan, macam biasalah si Sofie tu. Mengamuk sakan dia. Sebelum tu relax sangat. Sekali dah duduk atas kerusi, nampak pula muka kak Raw, melalaklah dia. Dengan bantuan pembantu kak Raw yang bertugas malam itu, Kak Ujie, Kak Raw mulakan rawatan dengan menolak lidah Sofie. Tolak bagaimana tu, Wallahu a`lam. Saya sekadar memeluk Sofie sahaja. Kak Raw kata terapi mulut, biar Sofie boleh bercakap. Amin.... mudah2an Sofie boleh bercakap seperti kanak-kanak normal.
Selepas tolak lidah, Kak Raw mula membuat rawatan di kepala Sofie. Macam biasa, Sofie tetap meraung minta tolong dilepaskan. Kali ini Kak Raw terpaksa balut tangan Sofie, untuk mengelakkan tangan Sofie membuka balutan di kepala. Selain tu, balutan tangan ini juga, kata Kak Ujie, bagi memudahkan pengaliran oksigen dalam badan. Wallahu a`lam......
Sofie sentiasa berperang dengan uminya |
Sepanjang tangan dan kepala berbalut, Sofie sentiasa minta dibuka balutan tangan. Kak Raw kata, tangan 2 jam baru buka yer.....tapi, kenapa saya tetap langgar pantang? Tak daya dah.... belum sampai 2 jam, saya terpaksa buka balutan tangan. Sofie mengamuk sakan. Kebetulan malam tersebut saya datang bersama abang ipar yang mahukan rawatan terapi untuk anaknya yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Jadi, saya balik ke Rawang sedikit lewat. Nak balik dulu, kesian pulak, sebab dia pun baru kali pertama datang berjumpa Kak Raw. Jadi, biarlah kami balik bersama.......
Lena tidur setelah penat berperang dengan umi |
Akhirnya, bagi meredakan Sofie, saya buka juga balutan yang mengikat kedua-dua belah tangan Sofie. Aduhai....sungguh umisofie ini tidak terdaya menahannya. Melayan karenah Hijaz yang sudah mengantuk lagi.... abi tentulah kena memandu,kan? Jadi, saya kena la handle anak kecil 2 orang ini. Selepas buka bandage yang mengikat kedua2 belah tangan tu, minta pula buka balutan dikepala. Oh, sorry sayang! kepala umi terpaksa tunggu sehingga 4 jam, ok! Sofie sedikit kepenatan kerana banyak sangat menangis dan berperang dengan umi. Jadi, setelah minum sedikit susu, Sofie terus terlena dalam perjalanan pulang dari Gedangsa ke Rawang.......
Nasihat saya, kepada semua ibubapa yang berminat menghantar anak untuk membuat rawatan alternatif bersama Kak Raw ini, kunci utama dalam diri, S.A.B.A.R. Perlu kuat hati dan bersabar dengan karenah anak yang dalam proses rawatan itu. Juga perlu bersabar berhadapan dengan situasi ketika berada di sana. Ingin tahu lebih lanjut, sila lawat laman sesawang ini:
http://kakraw.spcs.name.myInsya Allah, terapi minda untuk Sofie bersama Kak Raw ini akan saya teruskan di minggu2 seterusnya. Semuanya demi melihat Sofie terus sihat dan boleh mengurus diri......
alahai...kesiannya sofie:(
ReplyDeletesiannya tengok...kalau nabila kena macam ni habisla bingit telinga semua org kat situ.
ReplyDeleteapa tujuan kepala dibalut ye fiza? cian sofie kena balut tp x pe..utk kebaikan sofie jugak kan...Auntie doa yg terbaik utk sofie ye..
ReplyDeletealahai kesian nya kt sofie...mmg kena balut eik...semoga sofie cepat leh bercakap...ieda RH..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesofie...ummi do the best for u dear...
ReplyDeletesalam.. saya baru sahaja mendapat tahu mengenai rawatan Altenatif ini. 2 hari selepas cerita rawatan kak Raw ini keluar di suratkhabar saya terus ke nekad ke femda Gedangsa... saya selamat sampai selepas 3 jam setengah perjalanan dari Melaka.... Tapi hampa kerana rawatan kepada anak saya tak dapat dijalankan sebab menurut kak Raw anak saya perlu mandi air tanah dulu... Jadi terpaksalah saya balik semula dengan perasaan teramatlah hampa... manatidaknya kami semus dari jauh... tapi takper mukin ini dugaan darinya...
ReplyDeleteIt is appropriate time to make some plans for the long run and it is time to be happy.
ReplyDeleteI've read this submit and if I may I wish to suggest you few interesting things or tips. Maybe you could write next articles referring to this article. I want to learn more things approximately it!
my web-site book of ra free game
Greetings from Florida! I'm bored to death at work so I decided to browse your website on my iphone during lunch break. I enjoy the information you provide here and can't wait to take a look when I get home.
ReplyDeleteI'm surprised at how fast your blog loaded on my cell phone .. I'm not even using WIFI, just 3G .
. Anyways, good site!
Feel free to visit my weblog book auf ra
I am not sure where you are getting your information,
ReplyDeletebut good topic. I needs to spend some time learning more or understanding more.
Thanks for excellent information I was looking for this information for my mission.
My blog - book of ra online spielen kostenlos ohne anmeldung ohne download