Monday, March 28, 2011

~Wajah Baru Sofie~

Salam sejahtera semua....
Kesibukan menyebabkan Fiza tak sempat nak blowalking. Saya perlu cari sedikit waktu untuk berjalan2 di blog kawan2 saya... alahai, cemburu betul masa dengan saya.... Nak cerita pasal Sofie kejap,ok!

Anak dara saya telah tampil dengan wajah baru tau! Hehehehe...amat lucu wajah baru si manis Sofie. Saya terpaksa memotong rambutnya, kerana rimas. Sofie tak suka rambutnya diikat kemas, semua ikatan akan dicabut satu persatu. Ikat satu, juga dibuka, ikat dua apatah lagi. Satu hal, rambut Sofie suka masuk mata, masuk mulut. Kadang2, time makan dan minum, siap rambut sekali masuk mulut. Jadi, jalan penyelesaian, terpaksa di'zasssss'. Kihkihkih...padan muka Sofie!

Asal nak ikat rambut je, pasti tangan kecil itu menarik ikatan..... (Sehari sebelum potong rambut)
Setelah dipotong.... dari sisi. Rupa anak lelaki la pulak! Adeh!
Wajah baru dari depan
Saya lihat, setelah berambut pendek, Sofie nampak lebih selesa. Lebih terurus. Walaupun nampak seumpama anak lelaki, saya pentingkan keselesaan Sofie. Ikhwan kata, "Umi, tak cantik la Sofie potong rambut. Dah nampak macam budak lelaki." Hehehe.... yang penting Sofie selesa dengan penampilan baru itu. Tak mengapa ye Sofie, nanti tunggu Sofie dah besar sikit, Sofie bela rambut panjang.

Sebenarnya, saya dan suami sedikit cuak ketika mula2 mahu memotong rambut Sofie. Sebab, kami sayangkan rambut halus Sofie tu. Satu hal, rambut Sofie lambat tumbuh, tu yang rasa sayang sangat. Tapi, setelah berfikir panjang, potong je la..... Rambutkan boleh tumbuh lagi, sama ada cepat atau lambat... Hehehe.... So, macam mana pandangan korang. Adakah Sofie masih comel? :-D

17 comments:

  1. sorg mak nak anak rambut panjang..yg sorg mak ni terus pendekkan rambut anak.kekekekeek....:)

    sofie nmpk selesa sgt ngn rambut baru...so sweett :)

    ReplyDelete
  2. samalah kita k.fiza..kelmarin kami juga memotong rambut hasif..tupun kemain susah lg nk potong..

    apapun, sofie tetap comel dgn gaya rambut baru ;)

    ReplyDelete
  3. teringat cerita kg boy..adik si mat, ana tu potong rambut..sebijik macam ni..haha..mcm dak lelaki..tp maintain comel

    ReplyDelete
  4. samalah dgn si Kira tue..kdg² dgn rambut² dia masuk mulut time makan hihihi

    sofie tetap cute!

    ReplyDelete
  5. takde masalah ngan ranbut dear..janji sihat dan sentiasa jadi anak yg bijak..hehehe ape2 pon sofie tetap comel dimataku

    ReplyDelete
  6. ala..comelnya..senangkan rambut da pendek ni =)

    ReplyDelete
  7. Walau dah tukar imej baru sofie masih comel kak.Hihihik..

    ReplyDelete
  8. ok. comel dan ringkas. sebab tu ayesha pun berambut pendek. hehe. mudah. (atau mama dia malas) kih kih kih

    ReplyDelete
  9. mmg kemas kalau rambut pendek,ye lah bdk2 lagi selesa berambut pendek...bila dah besar nanti bolehlah simpan rambut panjangkan.

    ReplyDelete
  10. salamss rindu buat soffie & umminya....lama betul untie tak bw.....auntie doakan soffie sihat selalu, amin amin.....

    ReplyDelete
  11. mesti selesa je sofie bila dah berambut pendek kan...sofie masih comel :)

    ReplyDelete
  12. salam sayang n rindu pada fiza n anak2..

    sofie tetap comey macam dulu2 juga..

    ReplyDelete
  13. comel je sofie rambut pendek... nampak kemas and manis.. :)

    ReplyDelete
  14. sofie nmpak comel sgt bila rambut pendek..
    time rambut pnjang tu nmpak dia dewasa mcm kakak..he..he..

    pepun kak fiza budak2 yang tak de dosa nie mmg cntik comel..tenang je kan..

    ReplyDelete
  15. rindu sofie, muaaaaahhhhh!!!

    cute je dgn rambut pendek tu.
    bertambah-tambah manis

    ReplyDelete
  16. nampak sofie sgt bergaya ngan rambut barunya tu..grow with a sweet gurl dear..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....