Lagi perihal Amniy, anak kedua saya. Nak kongsi hal Sofie sebenarnya, tapi, simpan dulu la. Insya Allah, lain waktu kita sambung cerita hal Sofie. Ini perihal Amniy. Acapkali saya di tanya, "Umi, bila Amniy nak sekolah?" Dan selalu juga dia bertanya, "Umi, kenapa Amniy tak sekolah? Aiman boleh sekolah." (Aiman, rakan sebaya Amniy merangkap jiran sebelah rumah) Dia menyambung, ".... Ulfa pun boleh sekolah." (Ulfa pula sepupu Amniy).
Aduh! Amat pening mencari jawapan memujuk hati. Saya selalu fikirkan jawapan yang paling baik untuk memujuk hatinya. Selalunya, jawapan yang keluar dari mulut saya, "Amniykan dah boleh membaca. Amniy dah boleh mengaji. Dah pun masuk al-Quran. Nanti kat sekolah cikgu ajar apa yang umi ajar sekarang. Amniy sekolah tahun depan, ok. Kat rumah umi pun boleh ajar Amniy." Dia diam bila saya jawab begitu. Semoga Amniy berpuas hati dengan jawapan dari saya.
Pernah Amniy bertanyakan pada saya, "Umi, abi tak cukup duit ke nak hantar Amniy sekolah?" Nak tergelak sebenarnya dengan soalan dia. Jawapan saya, "Abi kerja ni nak cari duit la, nak bayar sekolah Amniy tahun depan. Nak bayar van lagi." Saya sedikit terkesan di hati bila anak bertanyakan soal kewangan. Betapa saya merasakan kos sara hidup sekarang amat tinggi. Nak hantar anak sekolah tadika pun berkira. Dan disebabkan kos yang tidak mampu itulah, saya telah men'cikgu'kan diri saya. Saya wajib melakukan sesuatu untuk anak saya supaya anak saya tidak ketinggalan. Saya cuba sedaya mungkin untuk mengaplikasikan apa yang telah saya lakukan pada Ikhwan.
Saya nampak Amniy sedikit terlewat. Mungkin kesibukan saya dengan urusan Sofie, appointment Sofie, terapi2 Sofie, menyebabkan saya sedikit terlewat untuk menjadi cikgu formal untuk Amniy. Kesian dia....... Jadi, seawal January 2011, saya bertekad, mengajar Amniy membaca dengan lebih tekun. Usia Amniy 5 tahun, baru Amniy boleh membaca. Agak terlewat sebenarnya, berbanding Ikhwan. Alhamdulillah, atas kemahuan dia sendiri, saya berjaya mengajar Amniy membaca. Saya boleh nampak hasilnya dalam 2 bulan. Dia pun nampak tekun, dan kadang2 saya yang sedikit kepenatan sebab dia tak mahu berhenti.
Usaha saya tidak hanya di situ. Saya dan suami cuba sedaya mungkin menyediakan keperluan2 sekolah yang lain, seperti alat tulis dan buku aktiviti untuk pelajar tadika. Amniy amat rajin. Bangun pagi, walaupun 'malas' mandi pagi, dia akan membuat kerja2 dalam buku aktiviti itu. :-) Kadang2, dia marahkan saya sebab terlalu sibuk dengan urusan rumah hingga tak dapat nak tumpukan padanya. Mana taknya, pagi, dah tentu ulang-alik masuk dalam rumah dengan urusan kain, menjelang tengahari, sibuk juga di dapur. Sempat2 jeling2 manja pada Amniy ketika dia leka menyiapkan buku2 aktiviti itu. Kesian juga....
Buku2 Aktiviti yang Amniy perlu selesaikan |
Antara buku2 cerita sebagai pengukuhan bacaan |
Alhamdulillah, walaupun tidak terdaya untuk menyekolahkan Amniy, saya nampak kebolehan dia. Saya bukan memaksa Amniy untuk belajar, tapi, saya sedaya upaya menjadikan Amniy cinta kepada ilmu. Alhamdulillah juga, walaupun uminya ini sedikit kelam kabut sejak Ikhwan bersekolah, saya selesai mengajar Amniy membaca. Alhamdulillah, saya juga diberi waktu dan kesempatan untuk mengajar Amniy membaca Iqra` sehingga tamat, semuanya dengan bantuan suami dan kehendak Allah Ta`ala. Banyak lagi ilmu dalam mendidik anak yang saya perlu pelajari.
amniy nie bijak..die mcm dpt rase apa y akk rase..semoga die menjd anak y soleh..^ ^
ReplyDeletesalam k.fiza..sgt lama tak dgr kabar k.fiza..rindu la juga.
ReplyDelete=)
takpe k.fiza,sbg housewife,kan lebih baik kita ajar anak kat rumah dulu.homeschooling.nanti 6thn,boleh la anto amniy.asalkan pandai membaca,mengaji.
lagipun housewife cam kita,sama2 terpelajar.tak sia sia.hehe.
nak tahu kisah sofie pulak lps ni
ReplyDeletesalam fiza...
ReplyDeletelama tak masuk sini...;)ermmm terkesima sat bila Amniy tanya kenapa dia tak di hantar ke sekolah...budak2 sekarang ni memang kalau dia tengok kawan2 dah pergi sekolah sure dia juga nak ke sekolah...TAPI Amniy budak bertuah kerana mempunyai Umi yang boleh mengajar d rumah...
semoga fiza berjaya mendidik anak2 dengan cemerlang ye...;)
kagum dgn semangat kak fiza..moga berjaya!
ReplyDeletesyabar amniy...dan kagum dgn Fiza. rasanya Amniy nak sekolah sebab faktor kawan. BUdak2 baya amniy suka berkawan.
ReplyDeletebijak bijak...anak yg bijak..:)
ReplyDeletesalam rindu kat akak & anak2..