Wednesday, July 21, 2010

Pasal Sofie lagi....

Sofie semakin bijak, semakin cerdik, semakin ceria.... setiap hari, sepanjang hari melayan karenah Sofie tak pernah jemu. Walau dia perlakukan perkara yang mendatangkan kemarahan saya. Garang betul umisofie ni,kan? Tapi, selalunya saya tak jadi nak marah bila melihat gelagat dan aksi Sofie.

Jangan tak tahu, sekarang Sofie sangat pandai membebel. Bahasa jerman memang akan keluar dari mulut dia. Di rumah, memang riuh dengan mulut Sofie, selain mulut adik beradik Sofie yang lain. Pandai dah ikut apa yang kita katakan. Beberapa hari lalu, saya dan abisofie cuba mengajar Sofie menyebut "umi" dan "abi". Sebenarnya dah lama ajar, tapi, Sofie tak mahu mengikut. Kali ini, mahu pula dia mengikut apa yang kita kata. Tapi, sebutan Sofie biasa la...."umi" Sofie akan sebut "mme" dan untuk "abi" sofie akan sebut "apah"....ah...tak kisah la. Janji ada bunyi sikit2. Saya yakin lama kelamaan nanti Sofie pasti boleh bercakap.

Dan saya juga yakin satu hari nanti Sofie mampu berjalan seperti kanak-kanak normal. Setelah beberapa kali rawatan dengan kak Raw, dengan izin Allah, Sofie sudah mampu berdiri dengan sendiri. Nampak usaha Sofie nak berjalan, tapi, belum mampu. Sekadar berdiri dan duduk kembali. Kalau saya pimpin tangan Sofie, dapatlah Sofie berjalan. Tapi, masalah....kaki Sofie sedikit bengkok. Abisofie kata Sofie mengalami 'flat feet syndrome'. Ntah la... mungkin andaian abisofie saja tau bagaimana...saya sendiri tak tahu. Tapi kalau ikut kata ahli terapi, Sofie perlukan kasut khas. Mungkin pihak hospital akan usulkan kemudian. Saya sendiri nampak sebenarnya, kalau saya pakaikan kasut biasa pada Sofie, dia macam tak selesa, dan tak mahu berusaha untuk bangun dan berjalan. Macam sakit pun iyer juga. Bersungguhlah juga umisofie ni belikan kasut comel untuk Sofie, akhirnya terbiar macam tu je.

Ini kasut yang saya belikan untuk Sofie, tapi Sofie tak nak pakai.

Dalam gambar ni, Sofie memakai kasut yang saya belikan itu. Sebenarnya, masa ambil gambar ni, Sofie sedikit tak selesa dengan kasut tu. Tapi saya umpan dia dengan kamera, hasilnya, dapatlah saya capture aksi posing maut Sofie.

Akhirnya, saya pasrah... biarlah pihak terapi kata Sofie perlukan kasut khas. Saya menanti juga, bagaimana rupa kasut khas itu. Sampai sekarang masih belum ada jawapan. Tapi, saya akan cuba terus berusaha supaya Sofie boleh serasi dengan kasut biasa. Mungkinkah saya ini terlalu berkeras dengan Sofie? Kesian juga...tapi...tengoklah macam mana nanti. 

Ini aksi Sofie yang boleh menimbulkan kemarahan saya. Sewaktu Hijaz sedang lena tidur, Sofie akan datang berhampiran buaian, dan hayunkan buaian tu pelan2. Sebenarnya, buai tu tak perlu nak dihayunkan lagi, sebab guna electric cradle. Tapi si kakak tetap mahu membantu.

Tapi kemarahan saya akan reda bila Sofie buat mimik muka seperti ini. Lihatlah...sangat2 lucu,kan? Pandai ambil hati umi. Dia penghibur hati umi dan abi.

10 comments:

  1. comel nya muka sofie buat gitu..kalau saya pun,sure tak jadi marah..gelak adala..

    ReplyDelete
  2. lalala comelnya pic yang last sekali tu kak fiza.. mesti hati cair tengok sofie kan.. ehehhe

    ReplyDelete
  3. kak fiza..kasut khas tu tempah kat Jalan Tunku Abdul Rahman je..klu nak tggu hospital..mmg lambat..last2 dorang suh kita wat sendiri.. klu akak nak gi cari supermarket batu road kat chow kit tuh..pastu terus lagi..akak akan nampak pizza hut..dari pizza tu..akak kita 6 lot kedai selepasnya..dia selepas kedai gunting rambut.. :)

    ReplyDelete
  4. heheehe.. comel sofie ni!!! geram pulak tgk dia.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Sofie nak kasut special dari umi dia :-) - Kasut yang Kak Fiza kena jahit sendiri :-)


    Kak Fiza, maaf sangat-sangat. Bukan setakat blog akak kita tak berziarah. Banyak blog lain yang kita tak mampu nak ziarah sekarang ni. Itulah Allah uji dengan kesibukan masa sejak jadi peer counseor, jawab soalan kawan-kawan tentang penyusuan di email,di FB, di blog, di forum dll. Tu belum masuk nak khatamkan buku, artikel, jurnal dan segalanya berkaitan dengan susu ibu. Ilmu Allah MAHA LUAS. Makin kita cari, makin banyak yang kita tak tahu.

    Kagum tengok akak besarkan anak-anak. Kita baru ada 2 orang anak, dah terasa kurangnya masa untuk diri sendiri.

    Moga Kak Fiza sentiasa sabar membesarkan anak-anak (ingatan untuk Ummi Ibtisam yang garang ni jugak :p). Peluk cium untuk anak-anak akak :-*

    ReplyDelete
  6. atun,
    sofie kalau akak marah, mmg tu la mimik muka dia. terus tak jadi nak marah. akak pun akan terus peluk dia. hehe...

    **************************************************************************
    lady,
    ye lady...mmg cair. tu sebab gelak je bila dia buat action cam tu. mengada anak dara akak tu...

    ************************************************************************
    noina,
    ina...satu je masalahnya. rupa kasut tu pun akak tak tahu macam mana. terapi cuma cakap je, tapi tak tunjukkan rupanya lagi. tak terbayang akak. nabila dah tempah ke kasut tu? berapa harga?

    **************************************************************************
    miumiu,
    penghibur hati keluarga akak...hehe

    **************************************************************************
    ummu ibtisam,

    salam Mar cayang....
    Mar sibuk yer....tak pe. kalau ada kelapangan bila2 nanti boleh dtg lagi blog kwn2.

    alahai...nak jahit sendiri ke? tah jadi tah tidak,mar. takut lain rupa kasut tu nanti. hehehe....

    semoga Mar boleh terus berkongsi ilmu dgn kwn2.

    Mar,jgn kagum sgt dgn akak. akak pun ada kelemahan.

    ReplyDelete
  7. jgn la marah umi.sofie nak bg hijaz tido lg lena.. =)

    ReplyDelete
  8. salam kak fieza..

    memang sayang benar akak sofie pada adik hijaz, see dia nak tolong buaikan..so sweet lah sofie ni..mmg cairlah kalau bat muke sewet macam tu..echa pon slalu buat muke macam kakak sofie tu..

    ReplyDelete
  9. sofie sama ja dgn nabila..bila kita marah mulalah buat muka macam2..nak marah pun tak jadi..
    ttg kasut tu akak tak pasti kaki sofie macam mana.tapi utk nabila mmg susah nak cari yg selesa sb bhg depan kaki mengembang.so nabila lebih suka pakai seliper.

    ReplyDelete
  10. suka sofie buat muka cheeky gitu kan, pandai ye sofie nk tolong umi jg hijaz..
    bc coretan umisofie ni buat sy lebih memahami kanak2 down syndtome ni..:)
    dan sy amat kagum pd umi :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....