Monday, January 25, 2010

bermula hidup iwan sebagai pelajar

hari ini, isnin, 25hb....
bermulalah hidup iwan sebagai pelajar. usia iwan hampir 6 tahun. kalau budak2 lain yang seusia iwan dari usia 4 tahun sudah bergelar pelajar. masing2 dah pernah bersekolah...jadi pada usia 6 tahun, budak2 lain tak kekok utk ke sekolah.

tapi, lain bagi anak sulong umi ini. setelah lebih kurang 3 minggu pelajar lain mula bersekolah, hari ini iwan baru nak memulakan hidup sebagai pelajar. kenapa hari ini? kenapa tidak dari awal tahun hari tu iwan masuk sekolah? semua jawapan pada persoalan itu, hanya ada pada abi dan umi. eeemmmm...tak perlulah hebahkan kenapa?hehehe....biarlah rahsia (eceh, konon).

sebenarnya, niat umi dan abi nak hantar iwan masuk PASTI. tapi, ntah kenapa, tak jadi pulak. tiba-tiba, ada pulak kata SK Bandar Tasik Puteri 2, pra sekolahnya ada kekosongan. terus abi apply...dan dapat pra. so, sekarang iwan tak jadi masuk PASTI, masuk pra sekolah jer.... ok la tu. PASTI lebih tekankan bahagian agama...itu yang umi niat nak hantar iwan ke sana. pra pun ok, kata abi. sebab pra betul2 ikut silibus kementerian pelajaran. lagi pun senang, tahun depan iwan masuk tahun satu, iwan dah terdedah kepada dunia persekolahan sebenar.

dan, pagi tadi, jam 6.30 pagi iwan dah bangun. alhamdulillah, umi senang nak bangunkan iwan. tak macam hari2 biasa. iwan susah nak bangun pagi. selagi tak jam 9 pagi, selagi tu iwan takkan bangun pagi. malam tadi, iwan nampak excited nak bersekolah esoknya. tak sabar sungguh dia! abi dah belikan kasut, t-shirt, track suit, beg baru, gambar Ben10 lagi... katon kegemaran iwan. tu yang iwan excited sangat tu. so, jam 10 malam, iwan dah masuk bilik umi utk tido. haaaa, dah sekolah pun masih tido kat bilik umi lagi? iwan, iwan.....

pagi tadi, umi risau sangat, maklumlah first day sekolah. abi pergi sekolah lambat hari ni, semata-mata nak hantar iwan. abi tak kisah semua tu. demi anak tersayang. bila abi balik rumah dari hantar iwan, macam2 umi tanya abi.... iwan macam mana? duduk dgn sapa? macam2 lah. abi kata jangan risau. umi je yang risau lebih....

eeemmm....yang bestnya, amniy menangis sepanjang pagi tadi. masa iwan dah naik motor dgn abi pun amniy mengamuk nak ikut. amniy pun nak sekolah jugak. asyik bertanya, bila amniy nak sekolah. dan abi mengalah, terpaksa bawa amniy jalan2 naik motor seround. balik, senyum jer...puas la tu. walaupun tak dapat ikut hantar iwan ke sekolah, dapat jalan2 dgn motor pun jadi lah. tu la peel budak2,kan? sabo je la....

sepanjang iwan kat sekolah, umi macam tak boleh buat kerja kat rumah. umi berdoa sepanjang hari semoga dipermudahkan urusan iwan utk hari ni. umi harap sangat yang anak umi ni tak menangis kat sekolah. umi bagi sms kat abi, suruh abi call cikgu sekolah iwan, tanyakan tentang iwan. umi rasa lega, bila abi sms umi balik, kata iwan ok. cuma iwan senyap je. tak pe...baru first day. esok ok la,kan,iwan?

jam 12 tgh hari, umi dah kat depan pagar rumah. nak tunggu iwan balik. abi yang ambil iwan. abi keluar sekejap dari sekolah sebab nak ambil iwan. lega sangat hati umi bila tgk iwan balik dgn abi. abi pulak terus kembali ke sekolah sebab waktu persekolahan abi belum habis.

sampai je kat rumah, mulut iwan bagai bertih jagung. bercakap tak berhenti...iwan kata, iwan seronok sangat kat sekolah. hati umi bertambah lega. macam2 iwan cerita...pasal kawan, cikgu, main warna-warna, makan, dan macam2 lagi. umi sangat2 lega.... iwan cakap, iwan tak sabar nak tunggu esok pagi. iwan nak pergi sekolah lagi.

umi rasa kelakar bila iwan cerita, masa makan mee, iwan sorang je minta tambah mee kat cikgu. kawan2 iwan yang lain, semua tak tambah. lepas tu iwan kata, iwan macam nak tambah mee lagi, tapi iwan malu nak bagitahu cikgu. kesian iwan. tak kenyang ke dah makan 2 pinggan tu? balik rumah, iwan makan nasi 2 pinggan lagi...nampak sgt iwan lapar. rasa gelihati tgk gelagat iwan macam tu....

satu lagi yang buat umi kelakar bila iwan kata, pagi tadi lepas abi hantar iwan dan abi balik, iwan rasa macam nak nangis. tapi iwan tahan....hahahaha....bagus anak umi. umi tahu, anak umi ni kuat. tak cewek,kan? so, esok harapnya iwan lebih kuat. tak yah la nangis2.... iwan kan dah besar.

sekarang, masa umi tengah menaip entry ni, iwan sedang lena dibuai mimpi indah. penat sangat nampaknya tu. maklumlah, bangun pagi pun awal. kat sekolah lagi...mestilah penat,kan? tak pe...iwan tido lah. jgn malam nanti tido lewat, sudah yer.....

sebelum iwan ke sekolah pagi tadi, umi sempat mengambil gambar iwan. sebagai bukti anak umi ni dah pun bersekolah...hehehe. bangga umi.!!!



bergambar kat dalam rumah




ni kat luar rumah, sementara tunggu abi keluar.

8 comments:

  1. baru ann tau..sekolah sekarang dah ada pra ye..
    hehe..sepupu2 ann anak pakcik semua tak g tadika...
    umor 5 thn masuk dajah 1 dah..
    dajah 1 tumpang...sebab maknya cekgu..
    hehe...

    ReplyDelete
  2. 5 tahun dah masuk dajah 1, ann?
    maknanya dia dajah 1, 3 tahun?
    boringnya dia,kan?hehehe....

    seronok gak....dah alami dunia persekolahan sebenar dlm usia 5 tahun. ok gak tu.

    ReplyDelete
  3. hehe wah nak gi sekolah sempat berposing lagi hehe..
    cutenya...dengan rambut baru
    :D

    ReplyDelete
  4. a'ah..kak fiza..
    bila masuk dajah 1 sebenar..dia bosan yg amat...
    aritu dia pmr dapat best student tuk negri trg...hehe..skrg umo 17 further study kat uk dah..berbaloi la dajah 1 3tahun pun...heheh..

    excited bila anak masuk sekolah kan..
    cemana agaknya mak2 kita dulu...hehe..

    ReplyDelete
  5. lady, rambut dah kena zasss pun masih teringat nak buat rambut pacak lagi. pagi tu dia terlupa yg rambut yg kena zasss...hehehe.


    ann, bagus betul dia,kan?
    mmm...mmg berbaloi la dajah 1 sampai 3 tahun tu. sampai ke uk peginya. bagus2x....hehehe.
    ann nak tahu, pagi tadi akak dpt rasakan mcm mana perasaan seorg ibu yg anaknya baru pertama kali masuk sekolah. risau je sepanjang hari....hehe.

    ReplyDelete
  6. amboi cik iwan pacak nie sempat lagi jadi model ekkk...;) hehehehe comelss arr...

    ReplyDelete
  7. kak fisa, kalau fiza bagitahu cik fisa cakap dia comel, mesti dia senyum kambing, tersipu2...heheh...

    ReplyDelete
  8. adeh.. kelakar2 la anak2 kak fiza ni........ tgk gambar pon saye tergelak... bace entry akak pon saye gelak.... adeh2!

    kak fiza.. dorg kalo jumpe org baru kenal byk mulut tak? maksud saye peramah tak.. sebab ade budak dengan family peramah, org baru kenal malu2 gitu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....