Wednesday, January 20, 2010

menu tengahari yang simple!

dari pagi memikirkan menu untuk tengahari ini...nak masak sesuatu yang mudah dan simple. nak masa ikan keli atau talapia? akhirnya..... inilah hasilnya....



Ikan Talapia Tumis Cili Padi

ikan talapia - digoreng

bawang merah
bawang putih
cili padi
*semua bahan di tumbuk, nak sedap tambah sedikit belacan. aku tak letak belacan sebab abang tak boleh makan....
sedikit asam jawa.

- tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau, letak asam jawa sikit. kacau rata.
- masukan air sedikit, kalau nak kering tak yah tambah air. kacau.
- perasakan dengan garam dan gula - secubit rasa je...jgn lebih2.
- masukan ikan talapia yg dah digoreng tadi. siap. simple,right?

sayur pak choi bersos tiram

sayur pak choi
sedikit carrot
sesudu jagung manis (dlm tin)
bawang merah
bawang putih
sos tiram

- bawang merah dan bawang putih ditumis dengan sedikit minyak.
- masukan sesudu sos tiram. kacau rata...
- masukan hirisan carrot.
- akhir sekali baru masukan sayur pak choi dengan jagung manis.
- tak perlu garam, sebab sos tiram memang dah masin. siap dihidang.

ikan talapia dalam pinggan kuning tu utk anak2, sebab tak pedas. sedapnya makan dengan nasi panas....nyum..nyum...nyum....

ok, that`s all.... nak cepat ni, nak pergi hospital teluk intan, melawat FIL yang sedang sakit.

6 comments:

  1. slalunya yg simple tu yg sedap kan...
    lady suka ikan goreng buat masak tumis sambal pedas cam ni.. sedap kan... cili api lak tuh fuh..

    ReplyDelete
  2. ermm..terliur ni..ehehe..
    nampak sodapla umisofie :-)

    ReplyDelete
  3. saya jenis malas nak masak yang rumit2...bersantan-santan la bagai. seb baik suami jenis tak cerewet.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...suka makan sayur pak choy..ni mmg sedap kalau dapat mkn dgn nasi panas2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....