Thursday, March 31, 2011

Nota Wardina: Berbaloi Penat Lelahku

Salam sejahtera semua... semoga dalam lindungan dan rahmat Allah Taala.
Petang2 ni, saya sempat terbaca satu nota Wardina Safiyyah berkaitan cara dan tip dia mengajar anaknya, Amna untuk menunaikan solat 5 waktu. Sangat terkesan cara dia, tq sis, sebab sharekan tentang ini.

BERBALOI PENAT LELAHKU...

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....
pic from here
 Nota saya : saya kagum dengan usaha kak Dina mendidik Amna untuk menjadi generasi Muslim yang unggul. Anak saya, Ikhwan Hubby, masih lagi berumur 6 tahun 7 bulan, sedang dalam proses untuk menghayati apa itu solat. Alhamdulillah, bacaan dalam solat Ikhwan sudah hafal. Cara saya mengajar Ikhwan membaca bacaan dalam solat, ialah saya akan baca dengan kuat, kemudian dia akan ikut bacaan kita.  Buat setiap hari, Insya Allah dia akan hafal.

Bila Ikhwan dan Amniy solat pun, dia akan baca kuat2 semua bacaan dalam solat dari niat, takbir, takbiratul ihram, al-Fatihah, rukuk, i`tidal, sujud, bacaan duduk antara 2 sujud, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir juga. Semuanya mereka akan baca dengan kuat. Kalau time solat, terutama solat Magrib, rumah saya ni mmg macam tadika, sebab riuh dengar budak2 membaca bacaan solat dengan kuat.

Setelah membaca nota dari kak Dina, saya lagi kuat dan bersemangat untuk mendidik anak2 saya menjadi generasi Muslim yang unggul dan Soleh! Insya Allah!

ps: mohon maaf kak Dina, saya ambil nota ini untuk simpanan saya....

Baru tahu macam mana nak letak 'Like' FB...kihkihkih!

Salam semua....
Panjang pulak tajuk atas tu yer....:-D
Saya ni, memang ketinggalan sungguh tau! Selama dok BW, tgk2 blog kawan2 semua dah ada button 'LIKE' FB ni. Saya pun terfikir la, best jugak kalau dapat tepek benda alah kecik kat post kita. Tapi, saya tak pernah nak ambil tindakan mencari macam mana nak letak. Sampai la hari ni, hati saya tergerak ingin mencari ilmu ini. Maka, saya pun meng'google'. Eh, dapat! Rasa macam nak lompat sampai ke siling rumah.... Hooooorayyyyy!!!!!!
Tengok la belah kiri tu, dah boleh klik 'LIKE' kalau sukakan post saya....
Mesti orang gelakkan saya,kan? Lantaklah...orang nak gelakkan ke, nak ejek ke.... hehehe.
Saya ni buta IT sikit, tak banyak ye, sikit je. Jadi, baru ni la saya tau caranya...
Dan sebelum akhiri post ini, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Mysara Newrie kerana telah memberi sedikit tutorial tentang hal ini. 

Haaaa.... pada kawan2 yang blognya belum ada button 'LIKE' ni, boleh ke SINI untuk belajar.
Saya pun budak baru belajar.... meh la kita sama2 belajar yer.

Kalau baca post saya akan datang, rajin2lah klik button tu tau! :-D

Wednesday, March 30, 2011

Koleksi Ladybug Anak2

 Ini entry ketika saya merasakan amat malas untuk berfikir.... entry santai!

Sekadar perkongsian.... Saya amat gemarkan buku terbitan Ladybug. Koleksi tu tak de la banyak mana. Tapi, bolehlah buat bacaan anak2. Dan memang koleksi dari Ladybug ini banyak untuk bacaan dan tatapan kanak-kanak. Setiap bulan, ada saja buku dari terbitan Ladybug yang saya beli. Sekurang2nya sebuah buku.

Antara koleksi yang ada, untuk anak2 semuanya.....
 Kenapa saya suka belikan anak2 buku terbitan Ladybug? Kerana:

1. Cerita kanak-kanak yang mudah difahami

2. Pembahagian suku kata diwarnakan dengan warna merah dan hitam bagi memudahkan kanak2 yang baru belajar membaca mengukuhkan bacaan mereka. Amat bagus untuk Amniy!

3.Ilustrasi yang amat-amat menarik dan berwarna-warni. Sangat-sangat sesuai untuk merangsang otak bayi dan kanak-kanak. Ibubapa pun terpesona!

4. Bagi buku cerita yang berkaitan dengan sains, siap dilampirkan sekali fakta sains untuk ibubapa menerangkan kepada anak2 kenapa sesuatu kejadian itu berlaku, habitat dan tabiat haiwan dan sebagainya.

Sehinggakan buku latihan Amniy di rumah pun saya mencari buku terbitan dari Ladybug ini.

Ok, semoga berjumpa lagi di lain entry... dan semoga bermanfaat!

Monday, March 28, 2011

~Wajah Baru Sofie~

Salam sejahtera semua....
Kesibukan menyebabkan Fiza tak sempat nak blowalking. Saya perlu cari sedikit waktu untuk berjalan2 di blog kawan2 saya... alahai, cemburu betul masa dengan saya.... Nak cerita pasal Sofie kejap,ok!

Anak dara saya telah tampil dengan wajah baru tau! Hehehehe...amat lucu wajah baru si manis Sofie. Saya terpaksa memotong rambutnya, kerana rimas. Sofie tak suka rambutnya diikat kemas, semua ikatan akan dicabut satu persatu. Ikat satu, juga dibuka, ikat dua apatah lagi. Satu hal, rambut Sofie suka masuk mata, masuk mulut. Kadang2, time makan dan minum, siap rambut sekali masuk mulut. Jadi, jalan penyelesaian, terpaksa di'zasssss'. Kihkihkih...padan muka Sofie!

Asal nak ikat rambut je, pasti tangan kecil itu menarik ikatan..... (Sehari sebelum potong rambut)
Setelah dipotong.... dari sisi. Rupa anak lelaki la pulak! Adeh!
Wajah baru dari depan
Saya lihat, setelah berambut pendek, Sofie nampak lebih selesa. Lebih terurus. Walaupun nampak seumpama anak lelaki, saya pentingkan keselesaan Sofie. Ikhwan kata, "Umi, tak cantik la Sofie potong rambut. Dah nampak macam budak lelaki." Hehehe.... yang penting Sofie selesa dengan penampilan baru itu. Tak mengapa ye Sofie, nanti tunggu Sofie dah besar sikit, Sofie bela rambut panjang.

Sebenarnya, saya dan suami sedikit cuak ketika mula2 mahu memotong rambut Sofie. Sebab, kami sayangkan rambut halus Sofie tu. Satu hal, rambut Sofie lambat tumbuh, tu yang rasa sayang sangat. Tapi, setelah berfikir panjang, potong je la..... Rambutkan boleh tumbuh lagi, sama ada cepat atau lambat... Hehehe.... So, macam mana pandangan korang. Adakah Sofie masih comel? :-D

Thursday, March 24, 2011

Sibukkah Saya?

Assalamualaikum.... salam penuh keberkatan. semoga hidup yang kita lalui dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah....

Image dari Google

Saya kekeringan idea untuk meng'update' blog ini. Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, saya cuba mencuri sedikit masa untuk bersama alam maya ini, walau hanya seketika. Tugasan harian saya menyebabkan masa saya amat terbatas untuk terus berinternet. Mana ada dalam dunia ini orang yang tak sibuk,kan? Semua orang sibuk dengan tugas masing2.

Rutin harian saya setiap hari :

Jam 0500 pagi - bangun tido, menyiapkan sarapan untuk suami dan anak yang ke sekolah.

Jam 0700 pagi - suami dan anak selesai ke sekolah, saya menguruskan anak2 lain di rumah. Mengemas rumah, membasuh dan menjemur pakaian, mencuci pinggan mangkuk, mengemas dapur.... dan menyelesaikan semua tugas yang masih belum selesai.

Jam 1000-1030 pagi - selesai tugasan rumah, masa untuk bersama Amniy... melihat Amniy membuat kerja2 'home-schooling'nya. Memberi tunjuk ajar padanya mana2 yang dia tak tahu. Memastikan Amniy ada membaca buku cerita, satu hari satu cerita sebagai pengukuhan bacaannya, sambil melayan karenah Sofie dan Hijaz. mengajar Sofie bercakap dan bermain.

Jam 1200 tengahari - masuk dapur untuk memasak makanan tengahari.

Jam 1330 tengahari hingga 1400 petang - Ikhwan pulang sekolah, menyiapkan makan tengahari Ikhwan, dan Ikhwan menunggu pula kedatangan van sekolah untuk ke sekolah agama.

Jam 1430 petang - suami pulang dari sekolah, solat dan makan tengahari. Mengemas lagi apa yang patut untuk dikemas, terutamanya bahagian dapur. Selepas itu, dapat rehat seketika sambil tidurkan anak. Melipat kain yang telah diangkat. (cuba memastikan tiada kain yang berlonggok!)

Jam 1730 petang - suami mengambil Ikhwan dari sekolah agama, menanti kedatangan anak2 jiran untuk mengaji al-Quran.

Jam 1930 malam - waktu Maghrib, selesai solat, mengajar Ikhwan dan Amniy mengaji, memeriksa bacaan dalam solat Ikhwan dan Amniy, memastikan Ikhwan buat kerja sekolah.

Selesai semua tu, anak2 tidur, dan saya juga tidur kepenatan. Begitulah untuk hari seterusnya. Begitulah kehidupan seharian saya. Banyak lagi tugas2 penting lain yang tak perlu saya nyatakan di sini. Belum lagi tugas membawa Sofie terapi di hospital. Membawa Hijaz dan Sofie buat check-up klinik..... Siapa kata surirumah tugasnya mudah? Belum kira sakit badan, sakit pinggang, sakit gigi....hehehe. Nak jaga kesihatan diri pun tak dan...... Adeh!

Monday, March 21, 2011

Terapi Minda bersama Kak Raw, Gedangsa

Saya ingin teruskan bercerita hal terapi Sofie, tapi saya masih ragu2, ada ke lagi orang nak baca coretan saya ini? Pengunjung blog ini semakin merudum dari hari ke hari. Mungkin kerana penulisnya yang semakin 'pemalas' sejak akhir2 ini :-D. Bila melihat pengunjung blog semakin merudum, semangat untuk terus bercerita juga semakin 'down' Aduhai.... Akhirnya, dikuatkan semangat, saya menulis untuk diri saya, saya bercerita sekadar suka-suka berkongsi cerita. Andai masih ada yang sudi membacanya, Alhamdulillah.

Malam minggu lepas, sekali lagi saya bawa Sofie bertemu Kak Raw untuk meneruskan rawatan terapi minda. Alhamdulillah, terapi OKU telah berakhir, maka berakhirlah penyiksaan melihat Sofie dibalut bagaikan 'mummy the return'. :-D.

Malam itu, pesakit yang datang tidaklah terlalu ramai. Sedikit pelik jugak la.... tapi, Alhamdulillah. Boleh dapat giliran awal, dan pulang awal. Selesai rawatan, macam biasalah si Sofie tu. Mengamuk sakan dia. Sebelum tu relax sangat. Sekali dah duduk atas kerusi, nampak pula muka kak Raw, melalaklah dia. Dengan bantuan pembantu kak Raw yang bertugas malam itu, Kak Ujie, Kak Raw mulakan rawatan dengan menolak lidah Sofie. Tolak bagaimana tu, Wallahu a`lam. Saya sekadar memeluk Sofie sahaja. Kak Raw kata terapi mulut, biar Sofie boleh bercakap. Amin.... mudah2an Sofie boleh bercakap seperti kanak-kanak normal.

Selepas tolak lidah, Kak Raw mula membuat rawatan di kepala Sofie. Macam biasa, Sofie tetap meraung minta tolong dilepaskan. Kali ini Kak Raw terpaksa balut tangan Sofie, untuk mengelakkan tangan Sofie membuka balutan di kepala. Selain tu, balutan tangan ini juga, kata Kak Ujie, bagi memudahkan pengaliran oksigen dalam badan. Wallahu a`lam......

Sofie sentiasa berperang dengan uminya
Sepanjang tangan dan kepala berbalut, Sofie sentiasa minta dibuka balutan tangan. Kak Raw kata, tangan 2 jam baru buka yer.....tapi, kenapa saya tetap langgar pantang? Tak daya dah.... belum sampai 2 jam, saya terpaksa buka balutan tangan. Sofie mengamuk sakan. Kebetulan malam tersebut saya datang bersama abang ipar yang mahukan rawatan terapi untuk anaknya yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Jadi, saya balik ke Rawang sedikit lewat. Nak balik dulu, kesian pulak, sebab dia pun baru kali pertama datang berjumpa Kak Raw. Jadi, biarlah kami balik bersama.......

Lena tidur setelah penat berperang dengan umi
Akhirnya, bagi meredakan Sofie, saya buka juga balutan yang mengikat kedua-dua belah tangan Sofie. Aduhai....sungguh umisofie ini tidak terdaya menahannya. Melayan karenah Hijaz yang sudah mengantuk lagi.... abi tentulah kena memandu,kan? Jadi, saya kena la handle anak kecil 2 orang ini. Selepas buka bandage yang mengikat kedua2 belah tangan tu, minta pula buka balutan dikepala. Oh, sorry sayang! kepala umi terpaksa tunggu sehingga 4 jam, ok! Sofie sedikit kepenatan kerana banyak sangat menangis dan berperang dengan umi. Jadi, setelah minum sedikit susu, Sofie terus terlena dalam perjalanan pulang dari Gedangsa ke Rawang.......

Nasihat saya, kepada semua ibubapa yang berminat menghantar anak untuk membuat rawatan alternatif bersama Kak Raw ini, kunci utama dalam diri, S.A.B.A.R. Perlu kuat hati dan bersabar dengan karenah anak yang dalam proses rawatan itu. Juga perlu bersabar berhadapan dengan situasi ketika berada di sana. Ingin tahu lebih lanjut, sila lawat laman sesawang ini:
http://kakraw.spcs.name.my

Insya Allah, terapi minda untuk Sofie bersama Kak Raw ini akan saya teruskan di minggu2 seterusnya. Semuanya demi melihat Sofie terus sihat dan boleh mengurus diri......

Friday, March 18, 2011

Occ Therapy dan Sahabat Baru

Assalamualaikum,
Bercerita tentang terapi lagi. Sofie masih terus ke Occupational Therapy. Dan mungkin akan terus ke sana sehingga Sofie bersekolah. Sampai sahaja di Bilik Terapi 1, saya sedikit terkejut apabila di sapa oleh seseorang. Seseorang yang pernah saya kenal, namun, hanya sekali sahaja berjumpa. Dan selepas itu, hubungan diteruskan melalui sms, dan dia juga mengikuti blog saya ini. Sedikit teruja bertemu dengan sahabat yang punya anak senasib Sofie. Seronok betul Fiza, Kak Izan. Dapat bertemu Kak Izan dan Syira. Semoga kita ada rezeki bertemu lagi yer....

Sofie baru bangun tidur sebenarnya, ketika saya membawa Sofie ke bilik terapi. Mood kureng sikit la.... Risau juga Sofie mengamuk, tapi saya yakin anak dara ini tak akan mengamuk bila masuk Bilik Terapi itu. Pasti mengantuknya hilang bila nampak ada pelbagai permainan yang perlu diterokai. Dan andaian saya tepat sekali kerana saya kenal anak ini. Cumanya, Sofie sedikit lambat buat warming-up. Dah nak balik baru nampak ligat..... hai, Sofie.... Sofie!

Sofie juga bertemu dengan 2 orang sahabat baru yang senasib dengan Sofie. Perkenalan yang singkat yang penuh makna..... Husna, sama seperti Sofie. Cuma nasibnya agak baik kerana pembedahan jantung Husna dapat dilakukan awal berbanding Sofie. Bila tengok Husna, saya teringat, betapa peritnya Sofie sewaktu Sofie seusia Husna dahulu. Semoga Husna akan terus sihat dan ceria. Membesar dengan penuh kegembiraan.

Syira, anak yang ligak dan aktif. Seronok melihatnya. Cara jalan pun nampak kukuh. Bijak pulak tu....hehehe. Melihat gelagat Syira, saya terfikir, mesti ibu Syira tak menang tangan melayan karenah Syira di rumah. Sweet!

Kiri: Syira (1 tahun 9 bulan). Kanan: Husna (1 tahun 6 bulan)
Untuk terapi akan datang, Sofie telah berpindah ke Bilik Terapi 2. Juruterapi beritahu bahawa Sofie sudah boleh berjalan sendiri, dan boleh memahami arahan, walaupun arahan itu perlukan pengulangan. Jadi, di Bilik Terapi 2 itu nanti, mereka akan ajar tingkah laku dan merangsang otak Sofie untuk berfikir. Semoga Sofie boleh meneruskan terapi itu nanti.

Sebelum mengakhiri entry ini, mari lihat aksi Sofie bersama sahabat baru Sofie, adik Syira. Tak lama pun, dalam 24 saat jer. Sila log in FB anda yer, :-). Terima kasih!


Wednesday, March 16, 2011

Sedikit kisah kasut, dan Video Sofie berjalan

Saya pernah bercerita dalam entry ini, yang Sofie memerlukan kasut khas untuk memudahkan Sofie berjalan. Andaian abosofie yang mengatakan Sofie mengalami 'flat feet syndrome' mungkin betul. Tapi, andaian dari juruterapi berkaitan kasut khas itu, terpaksa saya lupakan ekoran harga kasut yang amat mahal. Macam tak berbaloi pula bila nak menempah kasut tersebut. Saya sendiri tak tahu bagaimana rupa kasut khas yang digembar-gemburkan. Bagaimana kalau Sofie besar kelak? Perlu ke menempah kasut khas yang baru? Dah tentulah....

Dan di sebabkan Sofie yang sudah mula pandai berjalan sendiri, saya berusaha mencari kasut yang sangat sesuai dengan kakinya yang gebu itu. Kononnya, nak belikan kasut yang cute-miut, comel2 gitu. Yang ada gambar2 Barbie ke, hehehe, tapi, alahai.... memandangkan kaki Sofie yang gebu ke atas, kasut yg cute-miut itu tak muat la pulak. Cari dan terus mencari, maka terjumpalah kasut yang betul2 sesuai dengan kaki dia.

Kasut Sofie
Alhamdulillah, kasut yang ada ini memudahkan lagi Sofie untuk terus berjalan dengan baik. Diakui, Sofie berjalan tidak seperti kanak-kanak normal lain. Sedikit terkengkang kakinya ketika berjalan. Saya tak peduli semua tu, yang penting, Sofie mampu berjalan. 

Lihatlah Sofie yang ceria.... (Sila log in FB anda untuk menonton video ini)

Ketika di halaman rumah. Sila abaikan semua benda2 yang menyemak. Waktu hujan....

Ketika bersiar2 di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Sofie tengah demam waktu ni....

Alhamdulillah, usaha kami tidak sia2. Kami berusaha sedaya mungkin untuk menjadikan Sofie seperti kanak-kanak normal lain, meskipun Sofie adalah insan istimewa. Dialah permata istimewa kami.

Tuesday, March 15, 2011

Sertai THE FACEBLOG

Saya amat teringin untuk menyertai THE FACEBLOG. Memandangkan telah ramai sahabat sertainya maka dengan ini, saya turut serta dalam komuniti ini.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Sofie, kini dan sekarang

Assalamualaikum....
Sekian lama, kan tidak berbicara hal Sofie. Banyak cerita sebenarnya, sampaikan saya tak tahu nak mulakan dari mana. Hal terapi, hal Sofie berjalan, hal janji temu hospital, belum lagi ragam2 Sofie yang semakin bertambah.....

Ada ke yang rindukan wajah2 Sofie? Untuk entry kali ini, saya cuma paparkan wajah2 puteri saya saja yer. Masa yang ada pun amat terhad. Jadi, bagi yang rindukan Sofie Mariah....jeng, jeng, jeng....
:
:
:

Sofie masih seperti dulu, suka tersenyum

Ketika Sofie pun sibuk nak pakai baju sekolah agama abang Ikwan. Kihkihkih.... Masa ni memang lucu.


Sofie dengan adik Ijaz.

Sofie bersama umi dan adik Ijaz.
Saya masih tertangguh untuk merakamkan video Sofie sedang ligat berjalan. Masa yang singkat, membuatkan projek saya yang satu itu asyik bertangguh. Sabar ye semua.... Insya Allah, saya akan paparkan di sini juga satu hari nanti.

Monday, March 14, 2011

"Umi, kenapa Amniy tak sekolah?"

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah....
Lagi perihal Amniy, anak kedua saya. Nak kongsi hal Sofie sebenarnya, tapi, simpan dulu la. Insya Allah, lain waktu kita sambung cerita hal Sofie. Ini perihal Amniy. Acapkali saya di tanya, "Umi, bila Amniy nak sekolah?" Dan selalu juga dia bertanya, "Umi, kenapa Amniy tak sekolah? Aiman boleh sekolah." (Aiman, rakan sebaya Amniy merangkap jiran sebelah rumah) Dia menyambung, ".... Ulfa pun boleh sekolah." (Ulfa pula sepupu Amniy).

Aduh! Amat pening mencari jawapan memujuk hati. Saya selalu fikirkan jawapan yang paling baik untuk memujuk hatinya. Selalunya, jawapan yang keluar dari mulut saya, "Amniykan dah boleh membaca. Amniy dah boleh mengaji. Dah pun masuk al-Quran. Nanti kat sekolah cikgu ajar apa yang umi ajar sekarang. Amniy sekolah tahun depan, ok. Kat rumah umi pun boleh ajar Amniy." Dia diam bila saya jawab begitu. Semoga Amniy berpuas hati dengan jawapan dari saya.

Pernah Amniy bertanyakan pada saya, "Umi, abi tak cukup duit ke nak hantar Amniy sekolah?" Nak tergelak sebenarnya dengan soalan dia. Jawapan saya, "Abi kerja ni nak cari duit la, nak bayar sekolah Amniy tahun depan. Nak bayar van lagi." Saya sedikit terkesan di hati bila anak bertanyakan soal kewangan. Betapa saya merasakan kos sara hidup sekarang amat tinggi. Nak hantar anak sekolah tadika pun berkira. Dan disebabkan kos yang tidak mampu itulah, saya telah men'cikgu'kan diri saya. Saya wajib melakukan sesuatu untuk anak saya supaya anak saya tidak ketinggalan. Saya cuba sedaya mungkin untuk mengaplikasikan apa yang telah saya lakukan pada Ikhwan.

Saya nampak Amniy sedikit terlewat. Mungkin kesibukan saya dengan urusan Sofie, appointment Sofie, terapi2 Sofie, menyebabkan saya sedikit terlewat untuk menjadi cikgu formal untuk Amniy. Kesian dia....... Jadi, seawal January 2011, saya bertekad, mengajar Amniy membaca dengan lebih tekun. Usia Amniy 5 tahun, baru Amniy boleh membaca. Agak terlewat sebenarnya, berbanding Ikhwan. Alhamdulillah, atas kemahuan dia sendiri, saya berjaya mengajar Amniy membaca. Saya boleh nampak hasilnya dalam 2 bulan. Dia pun nampak tekun, dan kadang2 saya yang sedikit kepenatan sebab dia tak mahu berhenti.

Usaha saya tidak hanya di situ. Saya dan suami cuba sedaya mungkin menyediakan keperluan2 sekolah yang lain, seperti alat tulis dan buku aktiviti untuk pelajar tadika. Amniy amat rajin. Bangun pagi, walaupun 'malas' mandi pagi, dia akan membuat kerja2 dalam buku aktiviti itu. :-) Kadang2, dia marahkan saya sebab terlalu sibuk dengan urusan rumah hingga tak dapat nak tumpukan padanya. Mana taknya, pagi, dah tentu ulang-alik masuk dalam rumah dengan urusan kain, menjelang tengahari, sibuk juga di dapur. Sempat2 jeling2 manja pada Amniy ketika dia leka menyiapkan buku2 aktiviti itu. Kesian juga....

Buku2 Aktiviti yang Amniy perlu selesaikan
Antara buku2 cerita sebagai pengukuhan bacaan
Alhamdulillah, walaupun tidak terdaya untuk menyekolahkan Amniy, saya nampak kebolehan dia. Saya bukan memaksa Amniy untuk belajar, tapi, saya sedaya upaya menjadikan Amniy cinta kepada ilmu. Alhamdulillah juga, walaupun uminya ini sedikit kelam kabut sejak Ikhwan bersekolah, saya selesai mengajar Amniy membaca. Alhamdulillah, saya juga diberi waktu dan kesempatan untuk mengajar Amniy membaca Iqra` sehingga tamat, semuanya dengan bantuan suami dan kehendak Allah Ta`ala. Banyak lagi ilmu dalam mendidik anak yang saya perlu pelajari.

Wednesday, March 09, 2011

Kesempatan Terhad

Assalamualaikum semua.... salam penuh keberkatan.
Entry pertama dalam tahun 2011, setelah sekian lama menyepi dari dunia tanpa sempadan ini. Ekoran terlalu banyak masalah melanda PC dan talian internet di rumah, saya terpaksa melupakan dunia ini buat seketika. Di kesempatan yang amat sempit ini, rindu saya untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Tak sangka, ramai juga ternanti2kan kisah saya dan Sofie. Maaf semua.... kami menyepi bersebab. Semuanya ada hikmah tersirat yang kita sendiri tidak sedar. Sepanjang kesepian saya dari dunia tanpa sempadan ini, saya hidup seperti anda semua, menguruskan rumah tangga adalah kerjaya utama saya. Hidup saya bertambah sibuk kerana Ikhwan Hubby telah masuk Tahun Satu. Sekolah pagi petang, membuatkan hidup saya bertambah sibuk. Belom lagi urusan anak2 lain......

Amniy Mahfuz, yang sepatutnya bersekolah, saya dan suami terpaksa batalkan dahulu persekolahan dia. Kenapa? Biarlah rahsia......(eceh!) Banyak sebab kenapa saya batalkan persekolahan Amniy. Insya Allah, panjang umur, murah rezeki tahun depan, umur Amniy 6 tahun saya akan masukan dia sekolah. Saya tak perlu risau, kerana Amniy sudah boleh menguasai bacaan BM dengan lancar. Bacaan dalam BI, alhamdulillah.... sedang dalam proses untuk lebih lancar. Bacaan Iqra`, hampir tamat Iqra` 6. Insya Allah, Bulan depan bolehlah pindah kepada Al-Quran..... Kemahiran menulis, mengira juga masih diteruskan. Kunun2nya, saya buat home schooling la.... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Saya menerima cakap2 kosong dari orang2 tertentu.... "Ish! Tak rasa rugi ke tak hantar anak sekolah. Umur dah 5 tahun." Ada juga yang bertanya kepada saya, "Boleh ke Fiza, budak tu tadika setahun je?" Senyum je la.... kalau nak di ikut kata orang, memanglah tak terikut. Baik kita buat apa yang kita rasakan terbaik untuk anak2 kita..... Dalam fikiran saya, 'Kalaulah saya jutawan, dah lama dah saya hantar Amniy tu masuk, Little Caliph ke, Genius Aulad ke...' Kihkihkih......

Sofie..... Amat bermakna pada kami anak dara sorang ni. Sudah ligat berjalan tau. Walaupun Sofie mampu berjalan pada usianya 3 tahun, dalam tempuh 3 bulan ini, dia semakin ligat. Tak terkejar dibuatnya. Jangan buka pagar depan tau.... cepat je dia keluar. Pandai pulak tu, menuju jalan ke taman permainan... Hehehe. Lucu tengok dia berjalan. Nanti, ada kesempatan waktu, saya uploadkan video Sofie. Mulut Sofie pun bukan main hebat sekarang. Walaupun pertuturan masih tidak jelas, tetap gembira apabila Sofie buka mulut bising2. Saya masih meneruskan terapi alternatif Sofie di Gedangsa bersama Kak Raw. Yang bestnya, sekarang terapi Sofie hanya untuk minda sahaja. Untuk terapi OKU, sudah tamat. Terapi untuk minda waktu malam sahaja. Jadi, saya sudah tidak pergi waktu pagi untuk terapi OKU..... Alhamdulillah! Terapi di hospital juga masih diteruskan.....

Anak bongsu saya, Hijaz.... pesaing hebat Sofie ni.... juga sudah berlari. Cuma, anak bongsu ini, amat berat mulut. Pendiam sikit.... asik senyum je. Tapi, masih cewek, cengeng....pantang jumpa orang lain, menangis je la taunya...... Tak banyak sangat nak bercerita pasal Hijaz. Dulu banyak jugak. Tapi, semuanya dah basi. Tak pe la.... simpan sebagai memori!

Apapun, kehidupan saya alhamdulillah...baik2 saja. Terima kasih kepada semua yang prihatin atas kehilangan saya yang begitu lama ini. Saya juga amat rindukan dunia blogging, rindukan FB dan paling saya rindukan tempat saya melepak.... Ratuhati. Insya Allah, andai semuanya sudah selesai, saya akan melepak di situ lagi. Masa saya yang ada sekarang amat terhad.....

Insya Allah.... kita jumpa lagi........