Friday, March 18, 2011

Occ Therapy dan Sahabat Baru

Assalamualaikum,
Bercerita tentang terapi lagi. Sofie masih terus ke Occupational Therapy. Dan mungkin akan terus ke sana sehingga Sofie bersekolah. Sampai sahaja di Bilik Terapi 1, saya sedikit terkejut apabila di sapa oleh seseorang. Seseorang yang pernah saya kenal, namun, hanya sekali sahaja berjumpa. Dan selepas itu, hubungan diteruskan melalui sms, dan dia juga mengikuti blog saya ini. Sedikit teruja bertemu dengan sahabat yang punya anak senasib Sofie. Seronok betul Fiza, Kak Izan. Dapat bertemu Kak Izan dan Syira. Semoga kita ada rezeki bertemu lagi yer....

Sofie baru bangun tidur sebenarnya, ketika saya membawa Sofie ke bilik terapi. Mood kureng sikit la.... Risau juga Sofie mengamuk, tapi saya yakin anak dara ini tak akan mengamuk bila masuk Bilik Terapi itu. Pasti mengantuknya hilang bila nampak ada pelbagai permainan yang perlu diterokai. Dan andaian saya tepat sekali kerana saya kenal anak ini. Cumanya, Sofie sedikit lambat buat warming-up. Dah nak balik baru nampak ligat..... hai, Sofie.... Sofie!

Sofie juga bertemu dengan 2 orang sahabat baru yang senasib dengan Sofie. Perkenalan yang singkat yang penuh makna..... Husna, sama seperti Sofie. Cuma nasibnya agak baik kerana pembedahan jantung Husna dapat dilakukan awal berbanding Sofie. Bila tengok Husna, saya teringat, betapa peritnya Sofie sewaktu Sofie seusia Husna dahulu. Semoga Husna akan terus sihat dan ceria. Membesar dengan penuh kegembiraan.

Syira, anak yang ligak dan aktif. Seronok melihatnya. Cara jalan pun nampak kukuh. Bijak pulak tu....hehehe. Melihat gelagat Syira, saya terfikir, mesti ibu Syira tak menang tangan melayan karenah Syira di rumah. Sweet!

Kiri: Syira (1 tahun 9 bulan). Kanan: Husna (1 tahun 6 bulan)
Untuk terapi akan datang, Sofie telah berpindah ke Bilik Terapi 2. Juruterapi beritahu bahawa Sofie sudah boleh berjalan sendiri, dan boleh memahami arahan, walaupun arahan itu perlukan pengulangan. Jadi, di Bilik Terapi 2 itu nanti, mereka akan ajar tingkah laku dan merangsang otak Sofie untuk berfikir. Semoga Sofie boleh meneruskan terapi itu nanti.

Sebelum mengakhiri entry ini, mari lihat aksi Sofie bersama sahabat baru Sofie, adik Syira. Tak lama pun, dalam 24 saat jer. Sila log in FB anda yer, :-). Terima kasih!


7 comments:

  1. wah..semoga sofie terus membesar sihat & kuat..:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih izwa...masih sudi ikut cerita sofie....

    ReplyDelete
  3. bestnya sofie dah dapat kawan.. : P

    ReplyDelete
  4. alahai comel nyer sofie
    geram tgk video kat ats..
    semoga terus membesar dgn jayanyer..

    ReplyDelete
  5. amirah,
    kawan pun cute je,kan...hehe

    ********************************************************************************************
    nuyue,
    terima kasih nuyue...
    berkat doa nuyue. :-)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kita doakan yg terbaik untuk Syira n Sofie..........Syira tersangatlah lasak, tapi sumer terhibur ngan gelagatnya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....