Monday, July 18, 2011

Air Tangan Orang Tidak Solat - Renungan Bersama!

Assalamualaikum.... semoga sentiasa dalam lindungan Allah Taala.
Suka untuk berkongsi sesuatu yang berguna untuk kita semua kaum Muslimin dan Muslimat. Saya copy paste je yer.... dari http://www.iluvislam.com

Cerita tentang Air Tangan Orang Tidak Solat
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Semoga ianya bermanfaat buat kita semua....

Semoga anak2 saya akan terus terdidik menjadi hamba Allah yang tidak meninggalkan solat.
Ibu2, isteri2.... masaklah di rumah untuk hidangan ahli keluarga..... Insaf juga ni! Kadang2 ada juga membeli makanan di luar, ntah orang yang memasak dan menyediakan makanan tu solat ke tidak.... Huhuhuuuuu. Patut pun, air tangan ibu dan isteri adalah yang terbaik untuk membentuk generasi Muslim unggul!!!!

13 comments:

  1. tu la kak...saya kena try jadi rajin masak pagi2 macam dulu2 tu...skrg ni pun entah sejak bila saya berat hati nak makan kat kedai yg pekerjanya tak pergi solat....

    ReplyDelete
  2. semoga menjadi ikhtibar kpd kita semua

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. mizah,
    tak mengapa mizah, semoga lepas ni, kita rajin2 masak utk keluarga kita yer...

    ReplyDelete
  5. kayrul-shah,
    seramkan... itulah tanggungjawab ibu, menyediakan makanan utk anak2 dan suami, supaya boleh menjadi keluarga Muslinm yg soleh!

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan...

    memang benar, air tangan seorang ibu dan isteri adalah yang terbaik untuk ahli keluarganya. Berserta dengan doa dan selawat yang dilafaz setiap kali memulakan masakan...

    sudi-sudilah menjengok blog saya...

    ReplyDelete
  7. thanks sharing2 k.fiza.
    tu la kan..lagi2 bulan posa ni.

    tah peniaga ni posa ke tidak..huhu.saya tak suka sgt beli kat pasar ramadan.

    ReplyDelete
  8. ayu,
    welkam...
    sharing is caring, caring is loving...
    heheheh

    ReplyDelete
  9. kak saripah,
    salam kenal kak... terima kasih sudi ke mari. saya dah pergi blog akak...kagum la dgn akak

    ReplyDelete
  10. ashra,
    sama la kita, akak pun jarang gi beli kat bazar. rasanya, thn ni pun nak limitkan membeli. masak sendiri lagi baik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....