Wednesday, July 13, 2011

Buah durian makan dengan nasi?

Mula2 saya berkahwin dengan encik suami, 10 tahun lepas, saya pelik dengan situasi makan buah durian dengan nasi. Memang pelik, sebab dalam keluarga saya memang tak pernah diajar begitu, melainkan makan sambal tempoyak. Saya mula2 dulu, memang rasa geli gelemen jugak la.... tengok semua ahli keluarga suami makan durian bersama nasi. :-D


Image dari pakcik google

MIL minta saya cuba sikit2. Serius! Saya terus menolak, kata "tak biasa". Tak pernah pun makan! Tapi, secara diam2, bila tengok betapa berseleranya mereka makan durian bersama nasi, saya teruja ingin mencuba. Saya ni pulak jenis manusia suka mencuba, sedap ke, tak sedap ke, harus mencuba dulu. Kalau tak sesuai dengan tekak, boleh tolak tepi. Mana la tahu masuk dengan selera tekak.

Mula2 dulu, saya cuba makan durian bersama kari ikan masakan FIL. Sekali makan..... uuummmppphhhh!!!!! Memang sedap la! Patut pun mereka hilang arah bila dapat pekena buah durian bersama nasi. Heheheh..... Kelako pun ada! Dan lepas dari tu, setiap kali musim durian, memang nak membeli je, buat stok dalam peti sejuk. Boleh makan bersama nasi, sebagai penambah selera. Tapi... tu la, bila dah pekena durian, memang lupalah niat untuk berdiet tu.

Ok, antara masakan yang biasa saya satukan dengan buah durian ketika makan ialah kari atau masak lemak lain. Memang superb!

Nampak tak buah durian tu.... 
saya makan bersama telur itik masak lemak cekur, juga ulam kacang panjang

Bila dah pekena tu, memang bahaya! Rasa nak menambah je nasi tu. Tapi... masih boleh kawal, ingat... makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan! :-)

Nampaknya, stok buah durian saya dalam peti sejuk tu makin surut. Haruskah menambahnya? Hehehe... kena pujuk encik suami la gitu! Amacam, korang biasa ke makan durian dengan nasi? Ke saya je yang rasa pelik dulu2nya?

13 comments:

  1. alamak..entry yg membuatku lapar balikk..hukhukhuk...:)

    ReplyDelete
  2. wah...
    tarak boleh tahan lah...belum pernah tengok apatah rasa..hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan or dengar lagi...first time tgk durian fresh kat pinggan nasi...tp agaknye lagi sedap dari tempoyak makan dengan nasi kan...nak durian...huhu

    ReplyDelete
  4. pernah dan selalu tapi kite cicah dengan budu memang ummphh la.. kalau orang terengganu/kelantan memang biasa makan cenggitu..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasa mkn nasi dgn durian...sedap yer kak. Haihhhhh...sedapnya tgk durian tuh

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan macam fiza.. tapi kalau makan nasi putih panas2, kemudian bancuhkan air garam sikit, kemudian ambil la 2-3 ulas durian n letak la sesudu dua air garam kat nasi n gaul2 sikit dgn durian...fuhh..macam tu pun sedap ..follow ayah ayu makan..

    ReplyDelete
  7. Izwa,
    lapar, sila cari makanan utk kenyangkan perut... hehe

    ****************************************************************************************

    Ashra,
    nak tahu rasa, lepas ni boleh try...

    *******************************************************************************************

    mizah,
    sedap... sebab dapat hayati rasa durian fresh! hehe

    *****************************************************************************************

    mymyza,
    makan cicah budu? mesti sedap tu. :-)

    ****************************************************************************************

    fiza,
    mmg sedap fiza, boleh la try...

    *****************************************************************************************

    ayu,
    gitu ke cara ayah ayu. fiza tak pernah lagi try cara gitu...

    ReplyDelete
  8. fiza....

    huhu...apakah benar sungguh menyelerakan..1st time mas tau ni tau...

    ReplyDelete
  9. salam Fiza,

    saya dulu pun xpenah dgr makan durian ngan nasi tp lps kawin ngan hubby, ikut style dia belah pantai timur makan nasi ngan durian + budu + cili api..perghhhhhhhhh...lupa diri kejap...hahahhaha

    ReplyDelete
  10. tak pernah la plak makan macam tue...lagi nikmat makan sajer buah durian tue...

    ReplyDelete
  11. working mom,
    salam... :-)
    mmg best,kan makan dgn nasi... hehe. org pantai timur mmg makan cicah budu sekali yer...
    tapi, mmg lupa diri la...

    ReplyDelete
  12. kayrul-shah,
    makan gitu aje mmg nikmat, makan dgn nasi pun nikmat. ye la, selera masing2 la kan. cuba try test sekali... hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....