Tuesday, July 19, 2011

Melayan karenah mereka sehingga habis bateri!

Assalamualaikum......
Boring sikit hari ni, tiada cerita nak dikongsikan.
Anak bongsu saya, Hijaz (setahun 9 bulan), pandai buat permintaan. Macam2 yang dimintanya.
Malam tadi, saya pegang kamera, ambil gambar kuih apam mentega gula hangus yang saya buat untuk berbuka puasa Maghribnya, tiba2 datang budak kecik itu.

Mulutnya terus bercakap. "nyom...nyom..." Faham apa dia minta?
Dia minta diambilkan gambarnya, dan tersenyum. Pantang nampak kamera, mesti akan cakap "nyom..nyom..." Aduhai... bilalah nak pandai bercakap dgn betul ni. Lucu dengar dia bercakap.


Tiba-tiba, anak sulong saya datang, mulut si bongsu terus bercakap, " abam, nyom..." 
Heheheh.... dia mengajak abangnya ikut serta dalam sessi fotografi yang tak semenggah itu.


Bila saya kata, " dah ye dik, bateri dah habis." Dia jawab, "nyom... nyom..." sambil merengek2, nak lagi bergambar..... Jadi saya layan je kehendaknya sementara bateri kamera belom habis. Dia nak bergambar bersama abangnya saja....


Tiba2, mulut comelnya bercakap lagi, "kakak... nyom." Ah! Sudah, dia mahu bergambar bersama kak chik pula. Kak chik Sofie pula ketika itu berada di depan bersama abi dan abang Amniy, melihat abinya mengajar abang Amniy mengaji.

 Sementara Amniy selesai mengaji, mereka bertiga sibuk nak nyom (istilah Hijaz utk bergambar).
Umi..... layan je la...... selagi belum habis bateri kamera, selagi belom ada tanda merah pada kamera.

Selepas Amniy mengaji...... wah... semua sibuk. Abi tak nak ikut serta. Sebab tahu, nanti umi tayang kat blog! Nanti abi lagi glemer dari anak2, jadi, kasi can la kat anak2.... Hehehhe....

Sekian untuk paparan kali ini...... Adios!
p/s: sebeno eh, nak tayang gambar ber'watermark' ai tu..... kihkihkih!!!!!!!!! 
perasan cantik pulak gambar2 ai tu... :-P

18 comments:

  1. ala comel nyer adik beradik ni bergambar :)

    ReplyDelete
  2. hehehe.... mereka adik beradik mengada! teringinnak berphotoshhot mcm izwa. hehehhe, tapi tak pandai. kamera pun tak semenggah.

    ReplyDelete
  3. pandainyer hijaz nak bergambar....nyom2....oklah tu dia dah pandai cakap...klu adam blum lagi nak bina ayat....setakat sepatah dua dah pandai dah....tapi rajin bila disuruh

    ReplyDelete
  4. hehehhe nyom2 semuanya, auntie baca entry ni pon smbil nyom2...seronok tgk gelagat 4 beradik ni...

    ReplyDelete
  5. seronok je melayan anak2 nih,
    dah pandai ijaz bergaya depan kamera....
    comel2 anak-anak fiza!
    pssssttt yg penting dah ada watermark tu hehe...
    cantik.

    ReplyDelete
  6. hehhe..tersenyum auntie kat sini baca..hehe..nyom..nyom..tapi paling comel, senyuman kak chik tu... kenapalah dia sebut nyom nyom ek...cute!! hehehe..

    hee..teringat auni sampai skrg sebut nyok = dukung...hhhhihi

    ReplyDelete
  7. KAK ZAIDAH,
    lucu sebenarnya dgn si hijaz ni... suka beno dia, nyom...nyom... hehe.
    adam rasanya lebih kurang hijaz,kan? tak pe, lama2 nanti boleh bercakap. hijaz pun rajin menolong...

    ***********************************************************************************************

    KAK AJUMOHIT,
    terima kasih kak, sudi jengah sini lagi.
    gelagat budak2 ni selalu mencuitkan hati kita,kan?

    ReplyDelete
  8. KAK MAZZ,
    terima kasih kak, puji anak2 fiza comel. anak2 mmg comel, tapi bila dah besar, jadi comot...hahahahah
    cantik kan watermark tu....hasil tgn kak ummi.

    ********************************************************************************************

    MIZAH,
    haaaa.... nyok=dukung. cutenya bunyi. Hijaz sebut dukung = kokong! kihkihkih...

    ReplyDelete
  9. heheheheee comei jek baca keletah hijaz nie..dh pandai nak bergambar ye?

    ReplyDelete
  10. VNA SANDHU,
    hehehe.... budak2 mmg gitu la keletahnya.

    *********************************************************************************************

    DELLA,
    mmg kiut pun...hehehe

    ReplyDelete
  11. nyom nyom tu for senyomm kot kan kak fiza.

    aleesya pon kalau nak bergambar nyommm nyomm!
    ahahaha ade-ade je budak2 ni buat kite rase nak gelak.

    ReplyDelete
  12. MiuMiu,
    memnag senyou pun... sebab kalau bergambar kan kita suruh dia senyum, tu yg nampak kamer je, "nyom..nyom.." hehehe

    ReplyDelete
  13. hehe.suka saya tgk 4 beradik ni.
    ni lah rezki k.fiza dan suami kan..anak2 lah keceriaan rumahtangga wpun kekadang tu haru biru jugak kita dibuatnya.hehe

    hehe.cantik watermark nye tu... =p

    ReplyDelete
  14. ashra,
    alhamdulillah... akak kaya anak kata org. hehe...tak de harta lain dah ni, anak je harta yg ada...
    cantik ke watermark tu, tq!

    ReplyDelete
  15. salam kenal..comey jek adik beradik tuh...:)

    ReplyDelete
  16. comelwatermark tu..ekeke.. suka tengok sofie..

    ReplyDelete
  17. nyom..nyom..~ ekekeke, comel lah hijaz..geram akak..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....