Wednesday, January 27, 2010

kesian, iwan...!

sebenarnya, dari semalam lagi nak update blog...ada cerita yang nak kuluahkan tentang anak terunaku yang baru saja 2 hari melangkah ke alam persekolahan. tapi, semalam disebabkan kekangan waktu, niat aku untuk update blog yang tak seberapa ini terbatal. dan pagi ini, selepas anakku, iwan pergi ke sekolah, aku ingin meluangkan sedikit masa.....

tengahari semalam, iwan balik menaiki van kak liza. turun je dari van, terus meluru masuk rumah dan terus mengadu tentang persekolahan dia.

iwan: umi, pensel warna iwan dah habis. kawan2 iwan ambik, pastu ada sorg kawan tu koyakkan kotak colour.

umi: Ya Allah, kenapa macam tu? masa kawan2 iwan buat macam tu kat colour iwan, apa iwan buat?

iwan: iwan diam je,mi.

umi : laaa....kenapa tak cakap colour tu iwan punya. kan umi dah tulis nama iwan kat tiap batang pensel warna tu.

iwan: iwan dah cakap, tapi dorang kata, tu dorang punya....( iwan diam, dan sambung lagi) iwan tak pernah sentuh barang dorang. dorang tu suka sangat sentuh barang iwan. kata nak pinjam, tapi lepas tu tak mo pulangkan balik. ( sambil mencebik...sian anakku )

umi: eeemm.... tak pela iwan, ( aku usap kepala iwan.)

sian kat iwan. iwan seolah2 kena buli dengan kawan. bukan saja pensel warna iwan hilang, malah pemadam iwan pun ditoreh2 dek kawannya. aku hanya mampu bercakap, sabarlah iwan.... aku tambah lagi, lain kali kalau kawan iwan buat cam tu lagi pada iwan, iwan bagitahu kat cikgu. iwan hanya mengangguk.

umi: umi minta tolong sangat dengan iwan, iwan jangan buat macam tu kat kawan. kalau iwan buat jugak, maknanya, iwan sama je macam kawan tu,ok!

iwan nampak faham apa yang aku katakan, dia mengangguk.

tengahari tu, bila abi iwan balik, aku pula jadi pengadu tentang masalah iwan kat sekolah. abi iwan kata, tak pe la....kita tengok dalam seminggu ni. kalau kawan iwan tu masih mengacau iwan, aku nak abang jumpa dengan cikgu sekolah iwan. bukan nak ngadu apa pun. nak minta tolong cikgu tgk2kan anak2 murid tu. takkan tiap hari nak beli warna pensil,kan?

so, malam tadi, abi iwan belikan lagi colour pencil utk iwan. kali ni, belikan yang pendek je untuk dibawa ke sekolah. yang panjang tinggalkan di rumah. pemadam baru pun abi iwan belikan. dan pagi tadi, selepas solat subuh, abi iwan torehkan belakang colour pencel dan tulis nama 'iwan'. sempat juga aku dengar abi iwan berpesan pada iwan, "
kalau ada kawan nak pinjam colour iwan ni, iwan cakap, lepas tu kena pulangkan. dah ada nama iwan ni...."

dan seperti biasa, abi iwan menghantar iwan ke sekolah. harapnya hari ini iwan tak lagi mengadu perkara yang tak seronok didengar. sebagai ibu, hati sentiasa risau.....

17 comments:

  1. alahh siannye iwan..
    tngoklah,ank2 yg masih kecil p0n dah pandai membuli2 kwn.. ssah nk kata asuhan dr ibubapa @p0n bbsitter biar saje.
    p/s : masuklah wei, contest tuh..
    aku suke tgok pic ko ngan sofea kat pic profile blog, sweet...

    ReplyDelete
  2. gelagat anak2 bersekolah ni pelbagai kan? sian iwan asyik kena buli je..

    ReplyDelete
  3. alahai iwan...ermmm iwan kena cakap dgn kawan2 sila pulangkan barang2 saya balik....;)

    ReplyDelete
  4. mmm...hari ni iwan balik sekolah, terus cakap, "umi, iwan dah dapat balik kale iwan. kale iwan ada kat dlm beg kawan iwan." punyalah suka.

    ReplyDelete
  5. zai- aku ni malu ler nak bercontest2 ni...lagi kalau tunjuk muka aku.huhuhu....muka tak seberapa ni...

    ReplyDelete
  6. salam fiza..
    macam2 perangai budak2 zaman sekarang ni ek..
    tai pandai fiza dan suami mendidik anak2.. suka kelly tgk cara fiza nasihat iwan.. semoga iwan akan jadi anak yang soleh.. aminn.

    ReplyDelete
  7. budak baru mmg selalu kena kacau..dulu anak2 saya pun selalu ngadu kena kacau dgn kawan..kami selalu nasihat anak2 buat tak tau jer...tp kalau buli lebih2 kami suruh lawan balik..hahaha..makbapak brutal nie..kalau kawan ambil barang anak2 kami suruh anak2 ambil balik masa rehat..tp pastikan ambil brg sendiri jer..sekarang nie dah tak ngadu apa2 dah..pandai jaga diri dah kot.

    ReplyDelete
  8. kelly, jgn le kata cam tu. masih mencari ilmu lagi. kadang2 mau puting beliung jugalah melayan karenah budak2 ni....

    ReplyDelete
  9. ieda,
    saya selalu nasihatkan iwan dan amniy, anak2 saya tu, jgn jadi orang yang tak disukai. saya tak bagi anak2 balas apa yang orang buat kat dia, sebab saya tak mau anak2 macam orang tu juga. tu sebab saya minta anak2 bersabar.... ada cara lain selesaikan masalah. baik gunakan cara yang lembut dulu.

    kalau dah melampau sgt, mmg saja cari nahas ler....mau gunung berapi meletup jugak nanti. hehehehe

    ReplyDelete
  10. sebagai ibu memang hati senantiasa risauu .. huu .. nnt anak lana sekolah esok2 cane lah pulak ..

    ReplyDelete
  11. lady, mmg indah menjadi ibu. lady pun mommy jugak,kan...hehehe

    ReplyDelete
  12. L@n@,
    terima kasih sudi menjengok. sekarang saya tahu hati ibu kita dahulu....

    ReplyDelete
  13. umisofie,
    untuk budak, pastikan beli pensil warna, atau berang2, kasut, baju yang harga murah2 atau yang biasa2 je. supaya tak menjadi tarikan pelajar lain.. biasalah, budak kecik memang pantang tengok orang punya lawa sikit dari dia, mula lah nak 'pinjam'.. :P

    ReplyDelete
  14. Tahun depan anak Fatihah plak nak masuk tabika.. sebai ibu risau plak..

    ReplyDelete
  15. sya...
    terima kasih. mmg itu yg dibeli pun. sebab tau dah perangai budak ni macam mana.
    selalu bawa bekas air yg cantik sikit...ada gambar katon la, tekan button keluar straw ler....tetiba, iwan kata kawan iwan suka dgn bekas air dia. siap berebut lagi. hari ni bawa air dalam botol 100 plus jer...

    ReplyDelete
  16. fatihah,
    mmg nak tak nak kita kena tempuh juga. kalau tak, anak tak tahu suasana persekolahan. hati ibu mmg le risau!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....