Wednesday, January 20, 2010

Tabung Sedekah!

Assalamualaikum semua...
hari ni, izinkan aku berbicara tentang salah satu cara mendidik anak-anak dan ahli keluarga kita bersedekah. bersedekah satu amalan yang sangat mulia. jadi, marilah kita sama-sama bersedekah supaya kita akan semua akan dapat menfaatnya di kemudian hari.

begini, satu hari tu, abang mendengar satu kuliah di surau, dan di dalam kuliah tersebut ada disarankan oleh ustaz supaya setiap rumah menyediakan satu tabung khas untuk ahli keluarga bersedekah. bila tabung tu dah penuh, bolehlah disedekahkan ke masjid atau surau atau tempat2 yang kita rasa wajar.

ekoran dari itu, abang telah sediakan satu tabung khas kat rumah aku supaya aku dan ahli keluargaku boleh bersedekah. kita niatkan sedekah lillahi taala. ajak anak2 sekali. setiap hari, lepas solat subuh, masukkan duit seberapa banyak yang kita nak... seringgit ke, seposen ke, lima posen ke...tak kisah la, yang penting masukkan! iwan dan amniy, aku bagi sorang lima posen, pastu suruh dorang masukkan dalam tabung tu. tabung tu aku letakkan atas peti sejuk supaya mudah nampak dan tak lupa untuk bersedekah.

aku cuba nak amalkan amalan mulia ini. nanti, bila tabung tu dah penuh, niatnya nak hantar kat surau taman perumahan tempat tinggal aku. tak pun nak sedekahkan kat masjid.....eeemmmm, mudah2an, amalan mulia ni tak hangat2 tahik ayam. hehe... semoga Allah kuatkan hati kami untuk terus bersedekah.




inilah tabung yang aku sediakan untuk keluargaku bersedekah.
tabung biasa jer...tak la cantik mana. yg pentingkan niat.hehe

5 comments:

  1. a'ah kan kak fiza...
    ann suka idea ni...
    biasanya basuh kain baju..misti terjumpa duit..so duit tu bolehlah letakkan dalam tabung kan..
    terima kasih kak sebab sudi share benda yg baik ni...
    kata org..tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima kan...

    ReplyDelete
  2. betul tu,ann...
    meh la kita sama2 bersedekah. kita bermula dari rumah sendiri.

    ReplyDelete
  3. thanx fiza share idea nie...;)
    leh apply kat irfan nanti...ehehhe

    ReplyDelete
  4. Salam Fiza,
    Sedekah memang amalan mulia. Terima kasih sudi berkongsi salah satu cara kita nak mendidik anak2 dan diri sendiri untuk bersedekah. Eyta harap dapat didik Adam untuk bersedekah juga.

    ReplyDelete
  5. yer, kak fisa.terima kasih sudi membaca coretan fiza yang tak seberapa....

    eyta....
    sama2lah kita mendidik anak2 kita bersedekah. fiza cuba amalkan, bagi anak2 20sen ke, 50 sen ke, pastu suruh anak2 masukkan dlm tabung tu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....