Tuesday, September 21, 2010

Aktiviti raya ke-5 hari tu

Assalamualaikum....
Saja la nak story mory tentang kisah keluarga saya yang sempat ber'happy' dan berlibur ketika musim raya ni. Cerita ni pun dah agak basi.... tapi, memang dah niat nak kongsi dalam blog,kan, so cerita jugalah... see the blog`s title? Cerita umisofie, right? Jadi, umisofie akan terus bercerita....

Hari raya kelima hari tu la....family saya pakat2, plan2 nak berlibur, berendam kat Teluk Batik. Kami pun pergilah. Pergi tanpa abi saya...huhu. Sedih juga. Abi saya tak de masa tu. Dia balik Kelantan, kampung mak muda saya. Hehehe....jangan tak tahu tau. Saya ada 2 orang mak. Umi dan umi thani. Mak saya umi le... bangga gitu! So, demi permintaan anak2 ni, umi saya pun setujula untuk berhibur di Teluk Batik, bersama anak menantu dan cucu-cucu. Hehehe...paling happy? Off course la anak2 saya.....

Umi saya dah siapkan segala keperluan perut anak2nya ini. Adik ipar saya pun ada bawa sedikit bekalan perut. Saya? Hehehe...bawa perut kosong jer.... Bertuah punya anak,kan? Mana taknya, pagi nak pergi baru dorang call saya bagitahu nak ajak gi berkelah. Mana sempat nak bawa apa2. Umi saya kata, "ko bawa je perut kosong. Umi dah siap semuanya." Wah....sangat bertuah ini orang yer!

Tapi, suami singgah juga pasaraya untuk membeli sekaton air kotak sebagai bekalan. Maklumlah, pergi 3 biji kereta penuh, mesti habis punya. Keluarga saya sampai agak lewat. 2 biji kereta sudah sampai, dan masing2 dah tukar pakaian untuk mandi manda di laut. Ikhwan dan Amniy paling tak sabar bila engok makcik2 dan pakcik2 mereka sudah bersedia sepenuh hati. Saya paling relax, suami pun relax je. Sebab tak perlu menjaga anak lelaki kami yang dua orang tu. Sudah ramai penjaga dan pelayan mereka. Syok sungguh berkelah dengan budak2 ni. Sonang akak korang. Hehehe.... lain kali, nak berkelah ajak korang tau!

Sebenarnya, minggu tersebut merupakan minggu2 terakhir kami semua bersama salah seorang adik saya. Dia telah pun terbang merantau ke negara orang untuk berjuang. Adik saya telah ke Cairo. Huhuhu....sedih! Tak mengapalah, nanti saya cerita pasal dia. Sekarang cerita gembira2 ok!

Gambar2 ketika berkelah di Teluk Batik amatlah banyak. Ini baru sebahagian. Belum campur gambar dalam kamera adik saya lagi. Ni pun dah tak larat nak edit dah. Cukuplah ini saja buat tatapan semua. Elleh, macamlah ada yang nak tengok gambar2 ni,kan? Eh, ada kot.....

Silalah ye....menonton gambar2 kegembiraan keluarga saya berkelah di tepi pantai nan indah....mandi-manda di laut nan membiru....hehe. :-) Tontonan percuma je...tak perlu bayar. :-)

Di tepi pantai Teluk Batik

Adik beradik saya sibuk melayan anak buah

Kat pondok kami berteduh, makan2, sembang2 a.k.a gosip2, tido2..... Yang pakai baju warna biru tu umi saya. Sweet tak umi saya? :-)

Umisofie dan abisofie melayan karenah Sofie. Sofie mandi laut, tak nak keluar dari air laut. Dia siap beratkan badan bila nak diangkat ke tepian... so clever ini girl yer.... Tapi, tak boleh biarkan dia lama2 berendam. Demam pulak anak dara ni.....

Sessi makan2, rehat2, gosip2, posing2...hehe. Sangat seronok berehat di tepi pantai. Gambar terakhir tu la adik saya yang telah pun merantau ke negara Timur Tengah, melanjutkan pelajarannya. Sedih pulak bila tengok gambar2 dia. Ni gambar candid dia saya ambil masa dia tengah tido sambil layan MP3nya.

Sessi mandi manda stop waktu azan Zuhur berkumandang. Lepas mandi manda, makan2. Bersihkan diri, tukar pakaian bersih untuk solat Zuhur. Lepas solat Zuhur, rehat2 kejap. Cuaca dah sedikit redup, masing2 sambung mandi. Aduhai....sakan sungguh mereka. Ikhwan dan Amniy siap cakap, "kita balik petang ye, mi." Hehehe....tak puas lagi bermain air. 

Selesai semuanya, jam 6 petang, masing2 bersihkan diri. Tukar lagi pakaian bersih siap sedia untuk pulang. Masing2 sudah penat. Selepas semua tunaikan solat Asar, terus cabut pulang ke Sabak Bernam..... 

Lain kali, ada waktu, kita luangkan masa lagi untuk berkelah ye adik2ku.....

7 comments:

  1. waa...seronok nyer mandi manda!syok syok..

    jenuh baca semua entry kak fiza tapi takpe saya suka sbb bnyk mase ni kat kaunter nih!kekekeekek....abis semua ku baca!

    i like...:)

    ReplyDelete
  2. kihkihkih....
    abis dah ye izwa
    terima kasih sesgt...hargai izwa yg comel rajin baca entry akak....

    ReplyDelete
  3. seronoknye tgok gamba² family akak mandi manda..rina dah lama tak mandi laut..last mandi seblom kahwin dulu, isk, lama sungguh tu kan..

    mmg seronok kalau dapat berendam lame² dalam air ni, rasa macam tanak kuar dah, same lah macam si sofie tu..

    ReplyDelete
  4. sempat pergi mandi manda lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. salam fiza...
    seronoknya tengok gambar-gambar fiza dan keluarga berkelah...syooooknya mandi-manda.

    ReplyDelete
  6. besnyeee mandi manda..hepi tgk semua bergembira..

    mesti cantik kan teluk batik skang..dulu masa darjah satu dua,mmg family sy slalu bawa saya adik beradik main sana.
    lama daaaa.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....