Sunday, September 19, 2010

Kunjungan merapatkan ukhuwah

Salam Lebaran semua. Masih lagi dalam suasana lebaran,kan.... seronok bila baca blog kawan2 semua beraya sakan. Saya ada macam2 cerita ingin dikongsikan bersama. Saya akan kongsikan satu persatu ye.... banyak sangat ni. 

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang seseorang sahabat maya saya yang sudi bertandang menziarahi rumah saya malam tadi. Sambil berziarah sambil berhari raya. Sangat berbesar hati menerima kehadiran beliau. Sangat teruja juga.... dia yang saya maksudkan ialah seorang sahabat blogger, Kak Laili.

Sebenarnya, Kak Laili berhasrat mahu bertandang ke rumah saya pada hari sebelum itu. Tapi, memandangkan saya tiada di rumah, terpaksa menukar plan. Akhirnya, sampai juga Kak Laili ke teratak buruk saya. 

Terima kasih Kak Lali, atas kunjungan yang sangat2 menggembirakan. Terima kasih buat puteri2 Kak Laili, Puteri dan Dayang kerana bawakan hadiah comel buat Sofie dan Hijaz. Semoga kita ada harapan untuk bertemu kembali, insya Allah.

Hadiah dari Puteri dan Dayang.

Nota umisofie: Sebenarnya, saya ada merakamkan beberapa keping gambar bersama Kak Laili. Tetapi, atas permintaan beliau, saya tak jadi uploadkan di sini. 

2 comments:

  1. wahh.k.laili bewraya umah k.fiza ye.
    besnye..
    teringin gak nak beraya umah kawan2 yang kenal kat blog ni.
    insyaallah ada rezki nak dtg umah k.fiza n k.laili la le?

    ReplyDelete
  2. ashra, tak sangka sebenarnya kak laili nak beraya kat rumah akak. seronok sambut kedtgan dia.
    bila ash nak dtg rumah akak ni...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....