Tuesday, September 28, 2010

Rindunya nak membebel dalam blog ini.

Berapa lama saya menyepi? Terpaksa melupakan seketika blog ini. Alasan yang sama, sangat sibuk. Nak buat entry tentang kehadiran seorang sahabat blogger di blog pun dah tak sempat, cerita dah basi. Hehehe.... Ahad lepas, Atun datang rumah saya. Tak sangka dapat berjumpa Atun secara 4 mata. Selama ni dok chatting kat FB je, tiba2 kali ni dia terjah rumah saya. Seronok dapat berjumpa sahabat maya secara bertentang mata ni.

Raya ni sangat bermakna buat saya. Selain bersama keluarga, saya berpeluang berjumpa 4 mata dengan sahabat maya saya. Hari tu Kak Laili, kali ni Atun pula. Hehehe..... Tq pada Kak Laili dan Atun sebab sudi beraya di rumah saya. Tahun depan datang lagi ye...... Tak sempat ambil gambar dengan Atun. Hijaz asik menangis je sampai tak teringat nak bergambar. Ruginya tak dapat abadikan gambar bersama Atun. Huhuhu....

**********************************************************************************************
Saya nak cerita banyak benda sebenarnya. Pasal Sofie dan anak2 saya. Sabtu lepas, Sofie meragam. Tiba2, lepas Subuh Sofie menangis. Saya rasa kaki dan tangan Sofie sejuk Bila tengok, dah pucat membiru. Hati jadi tak keruan dgn keadaan Sofie. Dah lama sangat Sofie tak macam tu. Saya sangat2 risau. Abisofie pulak masih belum pulang dari surau. 

Bila abisofie balik dari surau, tengok keadaan Sofie, terus kata, "Sofie tak cukup oksigen". Sofie batuk2, dengar cara batuk Sofie amat berat. Gas dah beri beberapa kali. Dalam fikiran saya, macam2 dah. Nak hantar hospital.... kalau kena tahan wad, Hijaz lagi....adoi. Dugaan sungguh pagi itu. Sabtu lepas, suami ada sekolah ganti. Terpaksa pergi lewat sebab risau tengok Sofie begitu.

Kami beri Sofie minum madu campur minyak habbatus sauda`. Kami yakin dengan makanan sunnah ini. Habbatus sauda` mampu mengubati banyak penyakit kecuali mati. Yakin dan tawakal pada Allah. Dalam beberapa minit 2 makanan sunnah itu masuk dalam badan Sofie, tiba2 saya lihat Sofie macam nak keluarkan sesuatu dari mulutnya. Dan akhirnya....Sofie muntah juga. Muntah keluarkan segala lendiran dalam badan. Lendiran yang pastikan kahak, dah beberapa hari Sofie batuk berkahak sebenarnya. Banyak kahak terkeluar.

Amat lega Sofie dapat memuntahkan segala lendiran itu. Selepas Sofie muntah, Sofie kelihatan amat lemah dan letih. Terus tertidur....... Dan selepas itu, badan Sofie pula panas. Sofie demam! Sah, madu yang bersifat panas itu telah menyebabkan Sofie demam pula. Saya tak risau Sofie demam, saya lebih risau Sofie batuk berkahak. Bila Sofie demam, macam biasa bunga raya menjadi penyejuk badan Sofie. Tengahari, badan Sofie beransur sejuk. 

Segala plan hari sabtu lepas terbatal. Hari Sabtu itu sekadar di rumah. Kebetulan Ikhwan juga tidak sihat sebab cirit-birit dan sakit perut. Kalau dia sihat, segala plan hari sabtu pasti terlaksana. Maaf banyak2 pada Noina dan Mama Eja. Akak dah beritahu nak datang rumah korang, tapi tak jadi. Tak ada rezeki kita untuk bertemu kali ini. Mungkin lain hari ok!

*************************************************************************************************
Semalam, Amniy pulak buat hal...adeh! Dugaan sungguh! Begitu menguji kesabaran saya. Amniy muntah2, sakit perut kembung..... ntah apa dia makan pun saya tak tahu. Memang sabar sungguh!!!! Eh, sabar ke saya? Pagi semalam je, 5 kali dia muntah air. Saya call suami yang berada di sekolah, minta dia pulang sebentar. Suami pulang, terus bawa Amniy pergi klinik. Lepas jumpa doktor dan makan ubat pun tah berapa kali tah dia muntah....sangat penat melayan. 

Sebenarnya, Sofie pun ada muntah2 semalam. Muntah yang sama macam Amniy, sekadar air sahaja. Saya pelik juga kenapalah anak2 saya jadi macam ni. Minggu lepas Ikhwan pun muntah2 macam 2 orang adiknya itu. Tapi, doktor kata masalah kecil saja. Dalam minggu ni, memang banyak pesakit kanak2 mengalami keadaan seperti anak2 saya ni. Kata doktorlah. Agaknya penyakit musim rumah terbuka raya kot.....

Alhamdulillah, pagi ni, Ikhwan sudah pulih. Sudah boleh ke sekolah. Amniy hampir pulih. Cuma perlu teruskan antibiotiknya. Sofie juga makin pulih.... cumanya, ubat muntah perlu diteruskan, serta pemberian gas perlu di kerapkan untuk memulihkan batuk berkahaknya. 

Saya sangat rindu untuk ber'blogwalking'. Tapi masa saya terbatas. Saya perlu cari masa.... sabar ye korang. Saya akan terjah blog korang juga. Kepada pembaca baru blog ini, terima kasih saya ucapkan. Mohon anda tinggalkan jejak anda di cbox blog ini supaya saya boleh terjah anda kembali.

p/s: Sabtu ni, 2 hb Oktober, hijaz genap setahun tau korang. Nanti saya update pasal perkembangan Hijaz saya yang comel itu...hehe. See u...daaa....

nota umisofie: sambung sikit, tak larat tau korang, anak2 batuk2, muntah2...tak larat nak basuh kain baju yang kena muntah,...tak larat nak basuh sarung sofa yang kena muntah.... tak larat nak basuh toto yang kena muntah. Penat wooooo......hehe.

11 comments:

  1. Ala kak..takpe..anak2 tak sihat..susah ati gak klu nak bawak gi jenjalan..dah sihat nanti leh la dtg sini.. :)

    ReplyDelete
  2. susah hati kan kalau anak tak sihat kak..

    ReplyDelete
  3. anak² akak tak sihat ye..hope dorang semua oklah hendaknya, lebih² lagi pada sofie..kesian sofie kan..

    akak analkan habbatus sauda ye..kalau gitu rina pon nak kene kasi echa cube jugakler..

    ReplyDelete
  4. fiza, sabar ye..mmg penat kan bila kita handle hal2 sebegini..ayu pernah alami ketika hari selasa lepas..hariz muntah2 setiap sejam sekali dari jam 12.30 malam sampai 3.30 pagi...last2 pagi tu, cirit birit plak..sampai ke hari ni pun, still juga cirit2 sikit lagi ni..

    ReplyDelete
  5. mmg letihkan bila anak2 x sihat..
    tambah dengan risau lg.. tp itulah pengorbanan sebenarnya kan..

    ReplyDelete
  6. sabo ye k.fiza..
    faham cane rasanya anak2 sakit ni.kita pun jadi tak nentu.lagi la,pas sorang sorang..kdg tu tergugat sket kesabaran kita..(huhu,tu saya la..padahal br anak sorang)
    moga pasni mereka sembuh dan ceria bermain semula ye..

    =) jgn susah2 ati.

    ReplyDelete
  7. noina,
    tu yg akak tak sampai rumah ina tu. kalau gi jugak takut2 si sofie tu buat hal...nak2 abangnya pun tak sihat.

    **********************************************************************************
    ami,
    semuanya susah...hahaha....mesin basuh pun tak henti2 berpusing sebab dok basuh sgl mcm kain yg kena muntah.

    ***********************************************************************************
    rina,
    ye rina. kat rumah akak mmg ada madu dan minyak habbatus sawda`. bagilah echa...insya Allah boleh sembuhkan sakit2..

    *********************************************************************************
    ayu,
    ayu pun kena sabar jugak yer...karenah anak2 ni macam2...

    ************************************************************************************
    hanis azla,
    terima kasih baca blog saya. itulah pengorbanan....

    ReplyDelete
  8. ashra,
    tertinggal pulak komen ash. hehe...
    ni tgh senang hati la ni....hehehe.

    ReplyDelete
  9. patutla mendung aje smlm..semua aanak x sihat ye.. nsb baik dah ok..alhamdulillah.. akak perasan betapa tak laratnya nak settlekan semua2 yg berkaitan ngan muntah tu cos akk pun prnah alami perkara yg sama..sabo la ye.. :)

    ReplyDelete
  10. Hari2 akak jenguk sini..tertunggu2 update terbaru...bila x de tu, dah agak dah mesti anak sakit...alhamdulillah, rasanya la ni semua dah ok kan...Fiza seorang yang kuat dan tabah sebb itulah ALLAH uji dengan anak yang sakit.

    Anak-anak akak pula anak - anak yang kuat dan tabah sebb itulah ALLAH uji mereka dengan akak yang sakit...HE HE

    ALLAH MAHA ADIL.

    ReplyDelete
  11. K azma,
    alhamdulillah kak...semua dah sihat. cuma sofie la. adeh risua den!

    ***********************************************************************************
    Kak laili/ MELUR,
    tq kak, rajin2lah jenguk sini ye kak. akak pun fahamkan fiza ni. kalau fiza tak update tu maknanya sibuklah...kalau tak sibuk, memang mengadap jer...hehe

    harap akak dah sihat ye...Allah mmg Maha Adil,kak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....