Semua blog ada cerita raya tersendiri. Saya pun nak kongsi cerita raya keluarga saya juga. Hehehe...sambil2 tgk2 gambar raya keluarga saya.....
Saya, setiap tahun berhari raya konsepnya sama. Malam raya di rumah PIL, pagi raya, selepas solat Aidilfitri, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, saya akan cabut balik kampung saya jumpa dengan umi dan abi saya pula. Kampung saya dengan rumah PIL tak jauh mana pun, boleh cabut lari, berkejar sana sini. Tahun ni, seperti yang sedia maklum, hari raya pertama saya tema hijau. Kami anak beranak memakai baju warna hijau. Sangat nyaman pandangannya...Hehehe...tema bidan terjun ni. Aci rembat je masa beli baju raya hari tu.
Hari raya pertama, saya bersama keluarga sebelah saya, berkunjung-kunjungan rumah saudara2 yang agak tua...hehe...tua ke, eh, warga veteran. Makcik pakcik saya semua duduk di area KL dan Lembah Klang. Kalau kata nak berkunjung ke rumah makcik pakcik, belum lagi la.... So. hari raya pertama ziarah rumah atok nenek saudara ler.... Sangat seronok! Anak2 paling seronok.....
Ok, now...time to tayang2 gambar raya ok. Saya terpaksa edit semua picca raya saya seperti di bawah sebab nak jimat ruang. Hehe.....
Gambar 1- saya bersama Ikhwan dan Hijaz
Gambar 2- saya bersama anak saudara, Ulfa namanya
Gambar 3- Keluarga saya bersama FIL dan sebahagian anak saudara. MIL saya berada di dapur ketika itu
Gambar 4 - Ikhwan dan Amniy bersama sepupu-sepupunya
Gambar 1- saya dengan cik hubby terchenta saya
Gambar 2- saya dengan Hijaz. Sebelah tu umi saya...miss n luv u,umi.
Gambar 3 - Sofie bersama Ulfa
Gambar 4 - saya bersama Hijaz
Gambar 1 - sebahagian adik beradik dan ipar saya. (adik beradik saya ramai woooo.....ini baru sebahagian)
Gambar 2 - Pengantin baru yang baru first time beraya bersama. Adik saya Nasaie dan isterinya, As. Nasaie tu tengah dukung anak saudara. Dah tak sabar la tu nak timang cahaya mata. Sabar ok! Tahun depan, ada rezeki, korang beraya dengan anak sekali. Hehehe....
Gambar 3- Embah wedok a.k.a nenek saya
Gambar 4 - adik perempuan saya, Nurul. (Elleh, maintain cun la tu)
Cerita hari raya kedua dan ketiga keluarga saya, saya bersama keluarga belah suami pula. Mari kita cuci mata lagi, melihat segala macam gelagat keluarga saya berhari raya. Heheh..... ( ini entry tayang gambar ye)
Gambar 1- Sofie nak berhari raya. Belakang tu abisofie. Melihat ke arah umisofie yang sedang menyenap gambo.
Gambar 2 - Saya la tu, bersama Sofie dan Hijaz
Gambar 3 - siapa lagi tu, si Hijaz debab dalam mood hari raya
Gambar 4 - dua orang teruna saya, Ikhwan dan Amniy
Gambar 1- suami saya dengan Hijaz, ni raya kedua, sedang berhari raya di rumah salah seorang makcik belah suami
Gambar 3 - Amniy di hari raya ketiga...makan2 sebelum berjalan raya.
Gambar 4 - suasana makan lagi. Belakang sana tu, abang ipar saya. Sian dia, isterinya dalam pantang. So, dia balik kampung sorang diri......
Gambar 4 - Hijaz bersama sepupu comelnya, Aisya Zinnirah. Sebelah Aisya tu saya ler....
Ok, rasanya, cukup dulu untuk entry kali ini. Korang boring pulak nanti, saya ni dok tayang gambar2 keluarga saya. Jangan la boring yer... hehe. Apapun, selamat menghabiskan baki2 Syawal ini dengan jayanya. Paling penting, jangan lupakan puasa sunat 6 hari yer. Ada masa banyak lagi ni untuk dikejar.
Entry akan datang, saya nak story sikit antara aktiviti raya keluarga saya bersama adik beradik saya...... Nak cerita sekali dalam entry ini, alahai....sempitnya ruang. Tunggu entry akan datang yer. :-)
wah..meriahnya...:)
ReplyDeletebesnye..meriah suasana di hari raya kan.dapat berkumpul ramai2.anak2 la paling hepi
ReplyDeletemerihnya dpt berkumpul dgn sanak saudara..salam aidilfitri
ReplyDeleteina,
ReplyDeletebiasalah...bila dah berkumpul, mmg meriah...hehe
***********************************************************************************
ashra,
anak2 paling happy. mak ayah juga gembira...
*********************************************************************************
nieda,
salam aidilfitri nieda....
mmm..meriahnya...msti kanak2 la yg paling seronok kan...
ReplyDeletebestnya dapat jumpa saudara mara kan... banyaknya gambar raya fiza sekeluarga...ayu byk snap pics budak2 ni je ...^_^
ReplyDeleteP/s : jum puasa 6..hari ni baru bermula..
nice photo.
ReplyDeletejemputan ke giveaway saya di
http://baranganterpilih.blogspot.com/2010/09/blog-post.html