Friday, September 03, 2010

Membebel lagi si Fiza ni!

Salam Ramadhan semua....
Cepat je masa berlalu, dah hari ke-24 kita berpuasa. Ada lagi 6 hari menjelang Aidilfitri. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang mulia. Pesta beribadah hampir meninggalkan kita. Mampukah kita beribadah sama seperti kita beribadah di bulan Ramadhan? Saya sediri tak tahu sejauh mana kemampuan saya. Kita cubalah yer....mood sedih sangat ni :-(.

Persiapan hari raya saya sekeluarga biasa2 sahaja. Sekadar bertukar baju. Belilah juga baju baru, time raya ni la nak merasa berbaju baru. Anak2 semua menginjak usia, bentuk badan pun berubah. Mana mungkin pakai baju lama kembali, dah senteng, sendat dan tak selesa di pandang. Cadangnya, raya tahun ni mahu membeli pakaian buat anak2 sahaja. Tapi, ada rezeki lebih sikit, umi dan abi juga sambar sorang sepasang. Jadilah... untuk hari raya pertama. Hari raya kedua, ketiga dan seterusnya, gunakan baju yang dah sedia ada je la. Berjimat la sikit....

Saya bukan jenis bertukar langsir, bertukar perabot ketika hari raya. Gunakan yang ada je. Tak ada maknanya la nak bertukar bagai....buang duit je. Kasut anak2 pun....mmmm, mungkin tak bertukarlah. Tahun2 lepas, sibuk dok membeli kasut, akhirnya sandal juga yang mereka cari. So, tahun ni, abi dah kata, tiada kasut raya. Pakai je sandal yang ada. Melainkan sandal koyak ke, hilang ke, jangan saja digunting bagi putus sudah.

Saya mohon maaflah andai sepanjang minggu ni saya tidak ziarah blog kawan2. Sebab, sedia maklumlah,kan. Ramadhan hampir berlalu pergi....pasti sisa2 Ramadhan yang tinggal ini ingin saya penuhi dengan sedikit amalan. Saya belum khatam lagi ni. Sempat ke tidak. Macam tak sempat, sebab dah banyak tertinggal. Mesti kawan2 semua dapat khatam,kan? Sedihnya la....

Hari raya pun hampir menjelang tiba. Kuih raya saya belum selesai lagi. Nak buat juga la sikit2, beli2 ni macam tak best pulak. Raya tahun2 lepas, saya beli je. Tahun ni saya buat sendiri dalam 3-4 jenis. Buat sikit2 jer. Rumah pun tak settle lagi. Nak berkemas, nak basuh langsir....nak repair baju raya anak2. Maklumlah, baju semua beli siap je. Tak pernahnya tempah. Jadi, ada yang terpanjang...kenalah repair sikit. Terutamanya baju Ikhwan dan Hijaz. Nak jahit sendiri, lagi la tak sempat. Ke tak pandai? 

Tak tahu nak tepek gambar apa, jadi, saya tepek la gambar hasil rembatan shopping raya fasa ke-2 kami baru2 ni. Hehehe.... Baju2 yang bakal dipakai pada hari raya pertama nanti, Insya-Allah. Tema warna, hijau tak sekata. Maklumlah, beli.

Ok, nanti kita jumpa lagi pada entry sebelum raya ye...sebelum saya balik kampung, saya akan update satu entry khas... ceh, konon! Macam la ada yang ternanti2 entry dari Fiza ni yer....perasan!

9 comments:

  1. wah...hijau..saya suka hijau..suami pun suka.tapi takleh la tahun ni kena tukar..baju raya masih blom beli lagi la kak..tgh berkira2 nak beli ke takyah..ongkos kena bajet

    ReplyDelete
  2. mmg kena bajet amie...kita pun bajet gak ni. baju kita tu pun murah sepasang. cik somi kita request nak kita pakai jubah pulak tahun ni. hehe...

    ReplyDelete
  3. waa..hijau ye thn ni....sy ikut famili kat kg je...beraya berdua je katekan

    ReplyDelete
  4. thn ni kami purple pink..dah carca merba dah kaler kami.hehehhe...

    ReplyDelete
  5. btul k.fiza..
    sy pun ala kadar je.tak tukar langsir,bagai.selagi elok..basuh pakai semula..baju beli pun,sbb da lama tak beli baju baru.hehe,asyik bj aleesya je.
    da ada anak ni,keperluan anak didulukan kan..kita org terakhir tuk di pk kan.hehe

    ReplyDelete
  6. takpelah yang...
    bebudak tu lagi utama kan...kite2 ni dah byk kali sambut raye dah...hehehe
    akak pon tak abis shopping lagi neh

    ReplyDelete
  7. waaa....hijau la tema tahun nih..kami pulak biru. :) hehe..
    akak balik kg bile?

    ReplyDelete
  8. wah..hijau dia..hihi..sha pink kaler thn ni kak..agak drastik jugak perbelanjaan kitorg kak..garu kepala jap..heheh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....