Friday, September 24, 2010

Occupational Therapy untuk kesekian kalinya

Assalamualaikum semua....
Lewatnya update blog. Sangat bizi sekarang. Maklumlah, bergelumang dengan anak2 kecil ni, masa untuk berblog amat2 terbatas. Tapi, saya cuba juga luangkan sikit waktu untuk meng'update' blog ini.

Lama sungguh menyepi cerita tentang Sofie,kan? Huh....Sofie sekarang amatlah ligat dan aktif. Nantilah saya ceritakan kat entry lain. Sekarang, saya ingin bercerita tentang Sofie yang pergi Occupational Teraphy baru2 ni. Macam biasa, dia sangat gumbira ye berada di bilik terapi. Semua benda dia nak bermain. Mula la buat perangai hilang fokus pada sesuatu perkara. Semua benda nak dibuat dalam satu masa.

Terapi kali ini bukan dilakukan oleh Puan Zu. Tapi, seorang pelajar yang dalam praktikal. Sangat leceh, ok! Tapi, layan je la... kalau kita tak beri kerjasama macam manalah pelajar2 ni nak berjaya, ye tak? So, layan je la..... Saya bukan apa, saya jadi malas sebenarnya nak libatkan anak saya ni dengan pelajar. Sejak dok kat wad, follow up klinik, terapi, kalau melibatkan pelajar, saya jadi macam tak best je. Sebabnya, kalau yang baru pertama kali jumpa Sofie, mulalah nak belek badan Sofie sana sini. Kadang, jadi rimas anak dara saya tu. Masa kecik dulu, dia tak mengerti apa2, diam je la. Bila dah pandai memberontak, badan dia macam jadi bahan eksperimen, mulalah nak menangis dan mengamuk. Yang susah, uminya ini. Sebenarnya, saya tak kisah sangat kalau pelajar ingin tahu tentang Sofie. Cuma, sejak Sofie pandai memberontak ni, saya jadi tak seronok nak berkongsi kisah Sofie dengan pelajar. Kedekut sungguh saya,kan? Tak de la macam tu..... ntah la....susah sangat nak ceritakan keadaan...... Tapi, jangan risau ye pelajar medic, pelajar juruterapi atau pelajar jururawat. Insya Allah, saya pasti akan beri kerjasama sekiranya anda ingin mengetahui keadaan anak saya. Cuma, perlu melihat keadaan Sofie ketika itu la...kalau mood dia tak baik, mungkin susah untuk saya beri kerjasama. (Melalut tang mana pulak dah umisofie ni.... Tadi kan nak cerita pasal terapi Sofie.)

Ok, balik pada tujuan asal, Sofie makin bijak weh...sangat pening melayan karenanya. Disuruh main puzzle, sekejap je fokusnya. Cepat betul dia hilang fokus. Disuruh main dalam 'lautan' bola, dia lagi seronok. Siap tendang2.... Saje je juruterapi tu suruh Sofie selamatkan diri daripada lemas dalam 'lautan' bola itu. Korang tgk video Sofie dalam 'lautan' bola tu yer, kat SINI tau....sangat lucu ok. (Sekali lagi saya tak sabar menunggu upload video menggunakan blogger ni. Leceh dan lambat. Jadi saya uploadkan di FB je)


Dah penat bermain bola2 comel yang berwarna warni tu, Sofie disuruh untuk berlatih berjalan pulak. Sofie masih belum boleh seimbangkan badan ketika berdiri. Hanya dapat setapak dua, kemudian jatuh. Bangun lagi, melangkah lagi setapak dua, dan jatuh. Hijaz lagi advance dari Sofie.... Kesian juga dengan dia. Tapi, Sofie ialah anak yang tak pernah kenal putus asa tau. Walaupun tahu kekurangan diri, dia tetap berusaha menyaingi Hijaz. Mari lihat aksi Sofie setelah penat menjalani latihan berjalan di SINI.

Ok....untuk kali ni, tu je cerita si Sofie comel. Sambung cerita lain entry....daaaa.

7 comments:

  1. hope sofie sentiasa sihat hendaknya..auntie sentiasa mendoakan yg terbaik buat sofie..

    bile dah mkin membesar, tantu² makin bijak dan makin lasak..same ngan si echa jugak, dah pandai ngamuk²

    ReplyDelete
  2. owh..sofie pon makin notti neh...same aje ngn dadif..leh geng2..peningkan pale bonda2 kamoo!!!:)

    ReplyDelete
  3. takpe, perlahan2 lama2 tererla sofie berjalan..

    ReplyDelete
  4. good luck soffiee......soffie memang bijak ...moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik selalu...muahhh!!

    ReplyDelete
  5. kalau ayesha, dia akan baling semua bola ke luar.hehe

    ReplyDelete
  6. salam fiza ... tgk sofie dlm lautan bola warna warni tu terus teringat kan ammar .... hehehe

    ammar pon masih blom dpt imbang bdn sepenuhnyer ... walaupon ada sket peningkatan .. kalau dulu 2-3 tapak dah jatuh, skang nih dah hampir 10 tapak tp akhirnyer jatuh gak ... sblm raya baru nih, ada pegi fisio ... kami digalakkan utk buat kasut khas utk ammar, kata therapist tuh masalah anak2 DS ialah kedudukan tapak kaki x betol ... pasal tu susah nk imbang ...

    apapon, saya doakan yg terbaik buat Nabila yer ... geram tgk dia ... :))

    ReplyDelete
  7. mesti best kan tgk sofie dah jln wpun jatuh2.. x lama lagi mesti lg advance la tu.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....