Ikhwan dan Amniy amat gemarkan ayam percik. Setiap minggu mereka minta dibelikan ayam percik di pasar malam. Selalunya, memang dilayan je... tapi, sebab hasil ayam percik pasar malam amat2 mengecewakan rasanya, tak puas hati. Stop, anak2, jangan minta ayam percik lagi. Ayam percik pasar malam tak sedap la, dear. Umi dan abi buat sendiri la yer....
Dan petang tadi, demi memuaskan hati anak2 yang teringin sangat makan ayam percik, saya dan suami tunaikan juga. Tukang blender bahan, perap ayam... umi la. Tukang bakar, abi! Hehehehe.... So, projek petang tadi ialah buat ayam percik! Saya beri nama Ayam Percik Ala Satay
Kat sini cuma edisi tayang gambar saja ok! Tiada resepi... Nak resepi, hai, macam biasa la.... sila ke laman saya yang satu tu ye. Atau KLIK SINI! pun boleh.
Kasi korang terliur... terliur tak?
Pemandangan dari atas....
Sekali pekenakan dengan bawang besar, memang best!
Sila la ye.... kalau rajin nak buat, buat la. Tak rugi buat sendiri. Kita dapat hasilkan satu makanan yang hebat...hehe... halal, bersih dan suci. Kalau beli kat pasar malam tu... alahai, tengok tukang bakar ayam yang tak tutup aurat, tengok orang yang berniaga berpakaian seksi, yang lelaki pula, kadang2 tu, time Maghrib pun terlepas jer..... rasa macam sangat tak yakin nak membelinya.
Nak jaga hati dari sifat mazmumah tu bukan senang. Semuanya bermula dengan makanan. Baik makanan yang kita pilih, insya Allah, baiklah hati kita. Nak2 pulak beri makan anak-anak.... anak2 ni jiwa dan hati mereka suci. Sebagai ibu bapa, kita perlu meneliti setiap makanan yang dimakan oleh anak-anak kita....
Ooooppppssss.... terlebih sudah. Jadi ustazah la pulak! Sekadar memperingatkan diri sendiri jugak ni.
Ok, itu je la dulu.... kalau ceramah takut tak larat korang nak baca!
Assalamualaikum!
mesti family sukakan.hasil air tangan ibu dan isteri mmg sdp
ReplyDelete2 produk Taiwan dan produk Cosway ditarik balik kerana mengandungi DEHP
menggoda...pasti sedap tu!
ReplyDeleteitulah yg sebaiknya, hasil tangan ibu...dijamin suci, bersih malah berkhasiat
tgk gambar pun dh tau sedap...kalau cuba kena bakar guna oven ni
ReplyDeletect N honey,
ReplyDeletealhamdulillah, anak2 dan suami suka. ye la, sedap kan... hehehe
ibuintan,
ReplyDeletebegitu la ibu....harapnya saya ni mampu la setanding chef. ceh!
nieda,
ReplyDeleteok je guna oven, sebab kita dah perap dgn bahan perapan tu,jadi rasa mesti sedap jugak. cuba yer...
nyum-nyum. sedap bangat nampaknya. alahai, kak rumah tak boleh nak bakar guna arang. nanti tak pasal2 bunyi loceng ala-ala fire drill
ReplyDeletePssst, kak kalu kotak komen jenis pop up mcm ni sy boleh komen, tp kalu jenis yang macam kat blog resepi mmg x dpt komen. tatau mana silapnya. sob-sob
sedappppnyeeee....
ReplyDeletesaya ni duk membaking je..nak kena gak try masak2 ayam macam2 jenis ni.hehe..
kalu anak suami suka,hati kita pun gumbirakan..hehe