Friday, June 24, 2011

Ulser mulut Sofie

Assalamualaikum semua.... Salam ceria di hari Jumaat.
Beberapa hari ni, saya asyik melawan karenah Sofie. Tak tahu la kenapa, Sofie suka tunjuk2kan mulut tu sambil mulut membebel. Saya layan je, tapi tak tengok la pulak apa yang ada di mulut dia. Sehingga la malam tadi, selepas basuh mulut Sofie tunjukkan lagi. Kenapa la si Sofie ni?

Sekali saya selak bibir bawah Sofie, alahai.... siannya. Patutlah selama ni Sofie sibuk tunjuk2 mulut bawah tu. Rupa-rupanya ada ulser.... orang panggil mata ikan. Sakit la gamaknya tu. Maklum la budak.... 

Terus saya ambil bonjela yang memang tersedia ada di dalam peti sejuk. Sekali letak kat tempat sakit tu, cengir-cengir muka dia, rasa sejuk agaknya.

 Baik sangat dia, saya nak ambil gambar mata ikannya, sangat memberi kerjasama. Langsung tak merengek Siap nak tengik lagi hasil gambarnya. Tapi, tu la gambar sedikit kabur. Susah betul nak ambil kat tempat2 tersorok tu. Salah teknik kot saya ni.

Walaupun ada mata ikan, Sofie tetap ligat dan ceria. Tengoklah senyuman Sofie yang langsung tak nampak mata tu. Tak peduli pun mulut tu sakit ke tidak.....

Ok, itu je untuk kali ini. Laporan tentang Sofie. Sofie pun banyak sangat ceritanya, sehinggakan umisofie tak tahu nak cerita yang mana satu..... hehehe. 
Jumpa lagi!

11 comments:

  1. sian sofie..dulu humaira pernah kena masa dia baru 3 bulan lebih..Panik lah juga bila dia menangis tak henti2 dari kul 3.30 pagi sampai subuh. Lepas subuh bawa pergi klinik ulser dah merebak kt tekak. Tak boleh lupa pengalaman tu.

    ReplyDelete
  2. ala cian kakak sofie..he..he
    w/pun sakit tetap comel..suke tersenyum..

    ReplyDelete
  3. alahai siannya sofie.
    kalu kita yang tua ni pun sakit tak selera makan dibuatnya dgn ulser,lagikan budak kan,k.fiza.

    mudahan cepat sembuh ye sofie.

    ReplyDelete
  4. alahai..pandai dia nak bagitau umminya kan...kesian dia...kejap lagi baik tu ye sofie..sabar ye...

    ReplyDelete
  5. nieda,
    kalau anak2 kecik yg kena mmg kesian,kan? kita kena pun rasa tak selesa....

    *******************************************************************************************
    vill,
    sofie mmg gitu. dia demam pun dia mcm tak demam, nak main jugak. tapi tgk mood la jugak

    ReplyDelete
  6. ashra,
    betul la.... kalau budak yg kena, kita pun tak senang hati. hari2 sapu ubat.

    ******************************************************************************************
    ramizah,
    gitu la dia, cara nak beritahu, dengar je la bebel dia. hehehe

    ReplyDelete
  7. anak2 klu kena sakit ni,,mesti tak nak mkn sbb pedih

    ReplyDelete
  8. sian sofie. tapi sofie sangat sweet.... macik doakan sofie cepat2 baik.

    ReplyDelete
  9. anak cik dah pun baru jer kena aritu..mati akal x tahu nak letak ape seb baik ada gel gamat emas..lam 2 ari terus baik...

    ReplyDelete
  10. amboi sofie....bagus betul la...sakit2 pun boleh senyum lebar lg.

    fiza...pokok lidah buaya @ aloe vera tu,cuba fiza letak asing dalam pasu...biar dia sejenis ja kat situ & jgn siram banyak sgt.akak buat mcm tu..alhamdulillah..penuh padat pasu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....