Pertama, jari telunjuk kiri saya sakit, dan merasakan seluruh tangan kiri pun sakit. Sakit sejak Jumaat lalu... nak buat kerja2 rumah semua tak boleh, nak menaip apatah lagi. Ada jugak menaip sikit2 kat forum, menggunakan tangan belah kanan dan sedikit bantuan jari manis kiri. Terasa betul bila Allah menarik sementara nikmat yang selama ni kita gunakan. Saya sendiri tak pasti kenapa saya sakit begitu. Suami saya kata, "Gout kot!" Hohohoho.... jangan la.
Kedua, sebab suami saya perlu guna PC dalam tempuh masa yang lama. Dia perlu menyiapkan soalan kuiz.... jadi, bagi la peluang padanya untuk menggunakan PC. Maklum la, PC kat rumah ni sebijik jer. Pastu dalam pada dia nak siapkan soalan kuiz, kakinya pula di serang gout. Sian suami saya tau! Tak boleh tersalah step sikit, pantang makan, memang pantang la..... mmmmmm. Sabar je la, ujian Allah ni!
Ketiga, kehadiran ibu dan bapa mertua menyebabkan saya terpaksa untuk tidak melayan alam internet. Hehehehe.... melayan tetamu lebih afdhal ok!
Dan sekarang, alhamdulillah semuanya telah selesai. Sakit di jari pun makin kurang, PIL pun dah pulang semula ke kampung, cik suami pun dah selesaikan tugas menyiapkan soalan kuiz...... Sekarang, masa untuk melayan internet pula, Hohoohoho.... Rindu nak berforum kat Ratuhati.com, rindu2 amat seh! Rindu nak tgk status kawan2 kat FB, dan paling rindu nak berblog walking! Tapi...... masa tetap terhad. Huhuhuuhuu. Buat je la mana yang daya!
harap2 keduanya sihat seperti sediakala... kalau ada org dtg mmg kena hormat kan.. kang tgk kita bertenet apa plak la kan... ehhe
ReplyDeleterindunyaaaa nak berforummmm.. tapi still tak de masa lagi ni..
ReplyDeleteFB plak baru nak aktif balik..tu pun upload gambar2 kahwin adik je..hehe...
blog harus lihat hari2..hehe
update pun sama..kalau sempat..