Saturday, June 11, 2011

Menjala roti pulak!

Sekejap je, sehari lagi sekolah akan bermula kembali. Kejap betul masa berlalu. Hari ni, hari Sabtu, tiada aktiviti di lakukan di rumah. Banyak membuta sebab kepala sedikit sakit siang tadi. Ikhwan dan Amniy pula, macam biasa, sibuk dengan basikal dia. Cadang buat kek, tak jadi, sebab kepala rasa berat. Ngantuk je mata ni. Ni pun sengkang mata sebab nak update blog....

Ikhwan dari hari tu minta roti jala. Saya abaikan sebab acu roti jala dah pecah dikerjakan dek anak2 yang soleh ni. Huhuhuhu.... tapi, kesian pulak. Asyik bercakap pasal roti jala. Semalam nak makan ayam percik, hari ni nak makan roti jala pula. Mmmmm, gitu la anak sedang membesar. Asyik nak makan. Umi dan abi pun kena la rajin masak. Dan suami saya pergi keluarlah ke kedai berhampiran mencari acu roti jala. Alhamdulillah ada, tinggal satu je pun. Untuk saya la tu... :-)

So, petang tadi, buat jugaklah apa yang Ikhwan minta. Umi tukang bancuh adunan roti jala, dengan buat kari ayam. Dan sementara abi tukang menjala la. Umi kurang rajin sikit bab2 menjala ni. Renyah je rasa. Malas tunggu! Hehehehe.... Alhamdulillah, dapat abi yang rajin turun dapur, lega tau!


Selera tak tengok anak2 saya makan?

Balik dari bermain petang, tak sempat nak mandi, Ikhwan dan Amniy tak sabar2 nak menjamah roti jala. Apa lagi dorang tu, cepat2 basuh tangan, dan terus duduk di meja makan. Mak eh, macam tak pernah makan! Ikhwan je makan 9 ketul, Amniy makan 8 ketul. Umi makan 5 ketul je tau! Tak sampai hati nak makan lebih2 sebab tengok betapa seleranya anak2 makan. Tak pe la... makan la ye. Esok2 abi jalakan lagi.....

Ok, saya sakit kepala lagi ni. Esok2 la saya BW blog korang ye. Sekarang tak sempat. Rasa nak tido je.... Assalamualaikum.......

13 comments:

  1. wahhh berseleranye mereka..sy xpenah buat roti jala, tp suka mkn roti rala..heheh sm mcm akak rs renyah je nk buat..

    ReplyDelete
  2. wah..sunggh berselera diaorang makan ye...seronok kan kalau tgk anak2 berselera makan hasil air tangan kita ataupun husband :)

    ReplyDelete
  3. ah sedapnya roti jala, nak buat sendiri tak pandai..

    ReplyDelete
  4. tetiba teringat resepi roti jala mak mentua..
    lama gak tak menjala ni..hehe

    ReplyDelete
  5. shilafaizz,
    saya pun jarang buat, sebab malas. hahha.... sebab anak nak,kan. ikutkan jugak la...

    ReplyDelete
  6. ramizah,
    dorang tu anak2 sdg membesar, tu sebab berselera makan. hehe

    ReplyDelete
  7. mymyza,
    sonang je nak membuatnyer...
    try le, pasti best!

    ReplyDelete
  8. ashra,
    agaknya kalau ash yg buat, pasti sedap,kan?

    ReplyDelete
  9. sedapnye makan rotijala..nak2 kalau ptg2..pekena plak kopi panas.kari kasi kaw2..shedapnye......posla kat kite ckit k.fiza!

    ReplyDelete
  10. ala lady baru je buat puding roti karamel akak tunjuk roti jala, nak kene menjala la pulakkkk ni hehe

    ReplyDelete
  11. Nadya,
    roti jala ni kegemaran ramai orang,kan? mmg sedap, lagi2 kalau kuahnya sedap.

    ReplyDelete
  12. Lady,
    haaa.... apa lagi, pergi la menjala.
    akak nak tgk puding roti karamel awak.

    ReplyDelete
  13. seronok tgk anak selera makan dgn masakan kita..air tangan umi tu yg penting..
    suka tgk!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....