Monday, July 25, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


KATEGORI : Bersalin secara normal
Tarikh Lahir Anak : 2 Oktober 2009

Hijaz Muhammad bin Subky
(Gambar hari pertama selepas lahir)
Mukaddimah / Keterangan :
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, akhirnya saya berjaya juga menulis entry ini. Mulanya, saya dijemput oleh Puan Admin Dunia Susu Ibu sendiri. Atas sokongan saya tidak berbelah bahagi terhadap Puan Admin kita, saya kuatkan hati juga, mencari masa untuk mencipta entry ini. Selain itu, Puan Admin merupakan sahabat saya ketika saya bersekolah di KISAS dulu, dan duduk satu dorm bersamanya. Atas sebab itu juga, saya telah memberi sokongan penuh padanya. :-)

Saya teruskan dengan misi ini, Alhamdulillah, kelahiran anak ke-4 ini dipermudahkan Allah Taala. Walaupun pelbagai rintangan saya lalui ketika mengandungkannya, tapi semuanya dapat berjalan dengan mudah. Umum mengetahui, saya mengandungkan anak ke-4 ini dengan adanya seorang anak istimewa yang sering keluar masuk wad. Jadi, sepanjang kehamilan saya itu, hidup saya banyak berulang alik ke wad hospital dan rumah. Semuanya mencabar hati dan iman saya. Sepanjang mengandung juga, saya sentiasa memujuk bayi dalam kandungan supaya sabar dan kuat kerana kakaknya yang istimewa.

3 hari sebelum melahirkan Hijaz Muhammad, kakaknya, Sofie Mariah telah di tahan di wad peadiatrik HSB kerana jangkitan kuman di paru-paru. "Ah! Sekali lagi!" Rungut saya dalam hati. Ketika doktor meminta Sofie naik ke wad, saya dan suami berbincang, bagaimana mahu menguruskan kehidupan saya dan anak2 lain sedangkan ketika itu saya sedang menunggu hari untuk melahirkan Hijaz. Suami memberi sokongan, "Inilah jalan yang Allah tentukan!" Jadi, saya redha.... 2 orang anak yang lain terpaksa saya hantar ke kampung.

Di hari saya mahu melahirkan Hijaz, saya sudah pun berada di wad kanak-kanak HSB kerana menjaga Sofie Mariah. Apabila telah merasa sakit yang teramat, saya terus di sorong oleh kakitangan wad kanak-kanak terus ke dewan bersalin sementara suami menjaga Sofie Mariah di wad kanak-kanak. Saya hanya redha dan pasrah kerana impian untuk melahirkan dengan ditemani suami tidak tercapai. Apakan daya, itulah jalan yang Allah beri pada saya.

Selesai melahirkan, saya sangat tidak sabar untuk menyusukan baby baru saya. Setelah nurse membersihkan  baby, mereka menyerahkan baby pada saya, "Puan Hafizah, baby awak. Susukan ye. Pandai,kan? Dah anak ke-4 tak kan tak pandai kot." Saya cuma tersenyum dan kata, "Insya Allah, boleh." Bila disuakan payudara, memang baby pandai mencarinya. Bila terasa baby menghisap puting, masa tu, indahnya rasa. "Alhamdulillah, anak umi pandai." 1 jam saya dibiarkan sendirian di dalam bilik menunggu sementara untuk berpindah ke wad biasa. Dan masa itu saya habiskan untuk membiasakan baby dengan menyusu..... Saya gembira baby saya itu pandai untuk mencari puting apabila puting saya tercabut dari mulutnya, dan apabila sampai di wad biasa, baby baru saya itu ingin terus melekat dengan saya sehinggakan saya mahu pergi ke tandas menukar pad pun rasa terbatas. :-)

Cabaran & Penyelesaian Semasa Penyusuan:
1. Penyakit kuning / Jaundis
Kesemua anak2 saya menghidap jaundis ketika bayi. Begitu juga dengan Hijaz. Saya terpaksa bermalam di wad selama 3 hari dan baby terpaksa berada di bawah lampu 24 jam tanpa berbaju, hanya ber'diapers'. PENYELESAIAN saya hanyalah dengan cara memberikan susu ibu dengan lebih kerap pada baby. Walaupun orang2 di kampung memberi pelbagai petua itu dan ini, saya hanya tersenyum, dan yakin hanya susu dari Allah ini yang mampu memulihkan baby saya dari penyakit jaundis. Alhamdulillah, dengan keyakinan itu, baby saya bebas dari jaundis HANYA dengan memberi susu ibu!

2. Payudara bengkak 
Sepanjang tempuh berpantang, ini adalah masalah yang sering menganggau saya. Dari anak pertama hingga anak keempat ini, masalah ini tetap berlaku. Dan saya yakin ia berlaku hampir pada semua mereka yang bergelar ibu. Banyak petua saya peroleh untuk mengelakkan bengkak susu, antaranya dengan melekapkan kobis pada payudara. Tapi, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya kerana tidak berjaya melakukannya. PENYELESAIAN: saya hanya urut payudara dengan perlahan dan tuam payudara dengan tuala suam. Alhamdulillah, ia melegakan. Selain itu, saya juga mengepam susu supaya bengkak dapat dikurangkan.

3. Luka di bahagian puting
Orang kata, luka puting hanya berlaku pada hari2 pertama kelahiran. Tapi, tidak pada saya. Saya mengalami luka di puting sehingga Hijaz berusia 3 bulan. Rasa sangat pedih dan sakit, tetapi saya hanya menahan kesakitan sahaja. Sakitnya umpama kalau ada orang di kaki, mahu saja saya tendang orang itu. Tidak dinafikan salah lekapan mulut bayi ketika menyusu menyebabkan puting ibu akan luka. Pada saya, baby saya sangat pandai menyusu, lekapannya amat sempurna. Tetapi, entah kenapa puting saya tetap luka teruk. Keadaan ini berhenti seketika, dan pada usia Hijaz 6 bulan, ia berlaku lagi. PENYELESAIAN saya hanya meneruskan penyusuan dalam keadaan azab. Sudah sapu susu juga luka tetap tidak hilang. Akhirnya, ia hilang dan baik dengan sendiri.

4. Rasa rengat di ari-ari ketika menyusu
Saya tak tahu nak terangkan bagaimana rasa sakit ini. Sakit ini berlaku ketika saya berpantang. Tapi, menurut doktor, apabila rasa rengat semasa menyusu menandakan rahim kita akan mengecil. Saya alami perkara ini sehingga 2 minggu. PENYELESAIAN, saya teruskan jua penyusuan sambil menyapu bahagian abdomen saya dengan minyak panas, dan bertungku.

Mereka Yang Menyokong Saya :
1. Tentulah SUAMI yang tercinta. Tanpa sokongan suami, saya bagaimana saya mampu menyusukan Hijaz sehingga sekarang (1 tahun 9 bulan). Suami yang banyak memberi kata2 penenang hati ketika saya mengalami masalah menyusu. 

2. Ibu saya, semangat dia menyusukan anak2nya seramai 10 orang memberi semangat pada saya. Juga ibu mertua saya yang tidak putus-putus memberi nasihat terbaik buat saya tentang pengalamannya menyusukan anak-anaknya.

3. Anak-anak saya sendiri. Disebabkan saya tahu, anak2 adalah anugerah, dan susu isu juga adalah anugerah tidak ternilai buat anak yang memerlukan. 

4. Juga dari rakan-rakan yang bersama menyokong penyusuan susu ibu terutamanya rakan-rakan dari Ratuhati sendiri.

Gambar Berkaitan Penyusuan:
Saya kecewa kerana tidak dapat memaparkan apa2 gambar berkaitan penyusuan di ruangan ini, kerana kebanyakan gambar saya musnah akibat kerosakan besar pada PC saya yang lama. Hanya gambar ini yang mampu saya pamerkan....

Dia, insan yang minum susu saya paling lama berbanding adik beradiknya yang lain.
Sekarang Hijaz Muhammad sudah berusia 1 tahun 9 bulan.
Insya Allah, saya akan teruskan penyusuan sehingga Hijaz berusia 2 tahun, dan selama mana yang dia mahu.

TAG:
Orang yang tag ialah semua ibu2 yang menyokong penyusuan susu ibu. (Boleh ye? :-))

p/s: Puan Admin Dunia Susu Ibu, sebenarnya, sambil saya menaip entry ini pun saya sedang menyusukan Hijaz, hehehe......

8 comments:

  1. gudluck kak :) sangat comel hijaz time newborn tu..skrg dah ensem..hihihihi

    ReplyDelete
  2. gud luck!

    hehe.comelnye hijaz..da besar da skang kan.dari comel da jadi ensem.hehe

    ReplyDelete
  3. mizah, ashra....

    mekaseh... Hijaz kata, "tq aunty, sebab kata Ijaz comel dan ensem...hehe"

    ReplyDelete
  4. salam fiza
    good luck ya. wah bestnya, Fizah siap dijemput oleh Puan Admin sendiri.anak saya, hanya dapat menyusu dengan saya tak sampai 2 ahu, disebabkan saya mengambil ubat-ubatan hospital.

    ReplyDelete
  5. kak ummu,
    w salam... dari awal bulan lagi puan admin dunia susu ibu hantar jemputan utk sertai peraduan ni. cuba cari masa selami ni, tapi tak sempat. skrg baru sempat, tu pun curi2 sambil buat kerja lain, dan sambil melayan kehendak Hijaz. alhamdulillah, tercipta juga entry ni....

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya menyusukan Hijaz hingga 2 tahun =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....