Boleh tak tajuk tu pendekkan sikit? Aduhai, pemalas sungguh umisofie ni nak fikir tajuk terbaik. Layan je la...
(Sebelum baca sampai habis, lihat dulu gambar Sofie kat atas tu yer....hehehe. Saje je tepek gambar ni, sebab saya sangat2 suka dengan posing Sofie macam ni. Kot2 la ada yang rindukan Sofie, meh la tatap....kihkih)
Semalam tak sempat nak update blog ini. Alasan yang dah basi, bizi manjang.... entah hape tah yang dibizikan dgn dak Fiza ni,kan? Semalam, nak cerita la sikit,kan. Sofie ada terapi kat HSB. Ini merupakan terapi pertama Sofie selepas pembedahan. Sebelum ni dah 'arrange'kan appointment baru, tapi tak boleh nak pergi. Ada saja halangannya. Jadi, semalam petang, saya gagahkan juga untuk pergi. Sian Sofie sudah lebih 4 bulan tak bertemu juruterapi di HSB.
Agak malas sebenarnya, dah la bulan2 puasa ni. Cuaca semalam pulak sangat2 la panas. Cik suami pun balik dari sekolah agak awal, sempat terlelap sekejap. Tapi, demi anak gadisku terchenta, digagahkan jugak diri ini. Mujahadah melawan kemalasan juga ni....adeh! Tak pe, kita yakin dengan janji Allah, Dia pasti membalas setiap titik peluh yang kita gugurkan demi anak istimewa kita.
Sampai di HSB, saya bawa Sofie terus ke bilik terapi. Cik suami menjaga anak2 lain di kereta, sambil bawa anak2 pusing2. Saya sangat excited bila depan bilik terapi tu saya terserempak dengan seseorang yang saya rasa macam kenal. Permulaan dimulakan oleh dia, "eh, macam kenal je. Kak Fiza kan?" Saya pun menegur si dia, "Ina yer?" Kami berbalas senyuman dan saya datang kepadanya. Ina sedang mendukung anak istimewanya, si Nabila yang sangat comel dan cute.
Sungguh! Saya sangat2 teruja berjumpa dangan Ina. Ina ni saya kenal hanya melalui alam maya, permulaan perkenalan di RH, kemudian bawa ke FB dan terus saya mem'follow' blog dia dan dia juga mem'follow blog saya. Meskipun mengetahui dia juga sering membawa Nabila ke Gedangsa menjalankan rawatan bersama Kak Raw, tapi, kami tak pernah ada rezeki untuk berjumpa. Tak sangka rezeki kami bertemu 4 mata petang semalam. Walaupun hanya pertemuan yang sangat2 singkat, saya rasa sangat seronok dan gembira. (Ina, ada rezeki bila2 kita jumpa lagi ye. Tak puas nak main2 dengan Nabila...:-)) Selepas berpisah saya masuk ke bilik terapi.....
Terapi Sofie bersama Puan Zuriyati, bukan bersama Puan Sally. Wah...Sofie sangat teruja ok. Sudah lama dia tak masuk bilik tu, tiba2 semalam dia masuk, senyum je memanjang. Macam2 ada tu.... ye la, benda yang tak ada kat rumah, ada kat situ. Mana tak terujanya.
Ok, keseluruhan, terapi semalam, Sofie banyak beri kerjasama. Maklumlah, selepas pembedahan Mac lepas, Sofie pun makin ligat dan aktif. Jadi, setiap apa yang juruterapi mahukan Sofie cuba tunaikan walaupun kadangkala ada sedikit hilang fokusnya. Sofie belajar berjalan, Sofie bermain bola, Sofie bermain puzzle....Sampai letih pulak umi Sofie nak melayan semua kehendak dia.
Yang pasti, saya juga berpuas hati denga terapi semalam. Puan Zuriyati juga berkata, Sofie sudah kuat. Cuma dia takut nak melangkah ke depan untuk berjalan tanpa berpaut pada mana-mana objek. Jadi, latihan harus ada. Dia kata lagi, Sofie makin aktif, dan memberi respon pada setiap arahan kita. Mulut pun sangat bising dengan bahasa dia. Alhamdulillah, setiap perkembangan Sofie walaupun kecil dan sedikit, saya merasa amat bersyukur dan bangga. Hai, Sofie, cepat la jalan.....
p/s: Saya terlupa nak bawa kamera untuk merakamkan setiap aktiviti Sofie di terapi semalam. Ada juga beberapa aktiviti yang saya rakamkan di dalam handphone, tapi...malangnya, USB handphone saya tak boleh berfungsi pulak....huhuhu. Amatlah terkilan, ok!
alo comeynye..dah leh buat tocang dah
ReplyDeletebagusla gtu k.fiza..ni semua berkat kesabaran k.fiza dan suami.moga sofie jadi anak yg solehah..gtu gak anak2 yg lain. =)
ReplyDeletebagus jugak sofie pergi kat tempat
ReplyDeleteterapi ni kan...kak harap sofie lebih sihat lagi dan labih aktif..
mesti ummi dia pun tak larat nak layan....nasib baik ada ijaz ebab.
ada jugak kwn sofie kat rumah.
ALHAMDULILLAH SOFIE DAH ADE PERKEMBANGAN.....
ReplyDeleteP/S ZAINYER USB HANDPHONE PUN DAH TAK BLEH PAKAI KENA BELI BARU...
Smg sofie cpt berjalan..nnt hasif pun nak menyusul jugak..(bila la agaknya) :D
ReplyDeletemacam malu2 pulak sofie kali nie...comel.
ReplyDeletefiza ditag oleh sayep..sile amek yek..:)
ReplyDeletecomelnya soffie...:)
ReplyDeleteFIZA: kalau usb tu tak blh pakai, fiza try buka pic tu kat screen pastu snap pakai kamera (largekan camera tu)pastu snap.
ATAU
pergi kedai gambar, mintak mereka transferkan. Kak rasa boleh sebb dulu camera akak masuk air, kong, pictures byk dlm tu, akak gie kedai mintak dia transferkan.
fiza, alhamdulillah...makin cepat perkembangan sofie..
ReplyDeleteBestnya.. ica pun teringin nak jumpa semua sahabat yang punya anak istimewa. :D
ReplyDeletekak fiza, tulah..klu akak nak tau..ina ni rabun jauh tau..mula2 tu masa akak jalan laju2 tu..nampak mcm kenal..tapi takut salah org, so tunggu akak betul2 kat lorong tu baru ina tegur.hehe..tak sangka betul dapat jumpe akak..hurm..tak puas betul tgk sofie..wah seronok dia yek..Nabila semalam nanes..nak susu..sudahnya dah minum susu, baru senyum..baru ok ngan puan Zu tu..Nabila semalam aktiviti dia just dok berdiri dalam lubang sebelah kolam bola tuh..ibu terlambat datang..hehe..
ReplyDeleteSalam fiza jelita,
ReplyDeletealhamdulillah, semakin bertambah maju sofie.
salam semua,
ReplyDeletesorry korang, tak dapat nak balas komen korang satu2. masa terhad. pasni nak masuk dapur. anyway sayang ngn korang sebab sudi baca entry ni...
to ina, len kali kita jumpa lagi,key....