Monday, April 26, 2010

Panjangkan Ukhuwah.....

Pertemuan yang dirancang bersama seorang rakan blogger, akhirnya terlaksana juga. Dia seorang adik, kerana usianya yang muda 2 tahun dari saya. Dia seorang yang saya kenal melalui blog. Tidak saya sangkakan dia sudi berkunjung ke teratak saya yang tak seberapa bersama suami dan anaknya yang comel, Syura. Dia yang saya maksudkan ialah Mama Eja. Terima kasih Eja, kerana sudi berkunjung ke teratak kak Fiza, terima kasih kerana membawakan hadiah buat anak-anak kak Fiza terutamanya Sofie.

Saya dan suami memang dah merancang, kalau Mama Eja jadi bertandang ke rumah kami, saya nak masak sikit buat hidangan tetamu terhormat. Jadi, saya telah menyediakan bakso. Sebenarnya, saya baru je balajar membuat bakso dari MIL. Harapnya tetamu berpuas hati la dengan hidangan tak seberapa dari kami, yer. Sorry pada Eja dan Ariff kalau bakso yang kak Fiza buat macam kureng sikit. Maklumlah...baru first time buat.

Mama Eja dan keluarga berangkat pulang dari rumah kami seusai solat maghrib. Insya-Allah, panjang umur, murah rezeki, kunjungan ini akan berbalas. Eja, nantikan kedatangan kak Fiza sekeluarga ke rumah Eja pula, yer.... Insya- Allah, satu hari nanti. Kena cari masa...hehe. Apapun, kak Fiza gembira sangat dengan kunjungan Eja sekeluarga ke rumah kak Fiza.

Sofie bersama teman baru, Assyura.... excited betul dak Sofie tu!

Inilah Mama Eja... (pandangan dari sisi je, yer) Seronok Mama Eja melihat gelagat Syura.

Bergambar sebelum Mama Eja berangkat pulang. Alahai... gambar tak bersedia la pulak. (Cik suami saya sebagai jurugambar amatur, jadi dia tiada dalam gambar). Sekali lagi,bang!

Haaa...ni baru betul. Sebelah Mama Eja tu, husband dia bersama anak daranya, Syura. Dua orang budak lelaki kat belakang tu, anak bujang saya, Ikhwan dan Amniy.

Eja, semoga ukhuwah yang kita bina melalui alam maya ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Sungguh kak Fiza tak sangka, sahabat alam maya telah menjadi sahabat alam nyata pula.....

6 comments:

  1. wah..dah siap dah entry kak fiza.. eja x sempat masukkan lagi entry nih :)

    macam mana pun..eja gembira sangat dapat dtg umah kak fiza smlm..especially dapat jumpa sofie... manja betul dier semalam..pandang eja x berkelip2... time eja suap syura, dier pun nganga sama.. apa lagi.. suap je la dua2.. :D
    eja pun doakan moga ukhwah terjalin ini kekal dunia akhirat insyaAllah..

    jangan lupa dtg bukit sentosa pulak ye... nanti eja masak utk akak sekeluarga pulak..

    p/s : bakso tu cedapla.... tak tau plak leh makan dengan sos cili je.. eheheh :p

    ReplyDelete
  2. waa..sedapnye bakso.. lehla nad pon dtg melawat sofie sekeluarga.. sambil kenalkan maira dgn abg, kakak n adik hijaz.. hehee

    ReplyDelete
  3. eja,
    entry segera....hehe...
    len kali datang lagi yer...

    **********************************
    mummy_nad,
    meh la datang. di alu2kan. boleh kita panjangkan ukhuwah...

    ReplyDelete
  4. dari alam maya beralih ke alam nyata.. seronok kan...
    :)

    ReplyDelete
  5. fiza, bila kita pula nak jumpa ye?
    tapi, memang seronok bila sahabat maya, jadi sahabat betul... :)

    ReplyDelete
  6. lady,
    bila pula turn kita nak berjumpa yer?

    ***********************************
    sya,
    teringin betul nak jumpa sya.
    kalau ada rezeki, bolehlah aturkan pertemuan....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....