Tuesday, September 07, 2010

Last minute enty before Hari Raya!

Beberapa hari terpaksa lupakan blog ini. Tapi, memang tak boleh lupa la...rindu weh...rindu dengan blog ni. Rindu nak blogwalking.... Lagi pun sedih....Ramadhan akan tinggalkan kita.... :-(

Okeh! Ini projek last minute saya dengan cik suami dalam minggu ni. Minggu last raya ni, dalam masa 3 hari, kami dapat buat 6 jenis biskut raya. Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun pertama kami membuat biskut raya sendiri. Tahun2 sebelum ni, biskut raya semuanya tunjuk saja....beli le...hehe. Tahun ni, saja nak rasa air tangan sendiri. Hasil...wallah.... cantik gitu. Sangat perasan dak Fiza ini ye.
Saya peminat tart. So, saya mencari aneka resepi tart untuk dicuba. Tak sangka juga, saya dan suami terchenta boleh hasilkan 3 jenis tart yang berlainan. Untuk gambar pertama tu, Tart Tuna. Sangat berbeza dari tart2 sebelum ni. Resepinya dapat di majalah Rasa. Rasa tart ini sangat sedap dan enak. Dan FYI, tart tuna ini telah dihasilkan oleh cik suami saya 100% tanpa bantuan saya, ok! Sangat berbangga mendapat suami seperti dia...oh, I love u, dear!

Untuk gambar kedua pula, ialah Tart Sekundang. Isi dalam tart ini, jem nenas. Sedap juga rasanya, cuma saya masih tak puas hati sebab belum lagi dapat menghasilkan tart yang gebu. Apa ye rahsia tart gebu ni? Apapun, rasa tart sekundang ni, sedap sekali. Resepi ini juga saya dapat dari majalah Rasa.

Gambar ketiga tu pula Tart Coklat. Satu inovasi yang sedikit lain dari yang lain. Ok, resepi asal tart ini saya minta dari dari Atun. Tq Atun, sorry, akak ubah filling. Heheh..... Asalnya, nak letak jem nenas, tapi, masa buat tart ni, jem nenas belum beli. Kebetulan ada coklat kat rumah. Saya gaulkan coklat yang agak cair  dengan kacang tumbuk untuk dijadikan filling tart itu. Rasa...jangan cerita la. Saya telah makan tart itu untuk korang semua, ok!

Selain 3 jenis tart kat atas tu, saya juga dengan amat rajinnya membuat 3 jenis kuih lain. Mari kita lihat,ok!
Gambar pertama, tau dah, mesti korang agak itu ialah cornflakes madu,kan? Hahahaha....salah! Itu bukan cornflakes madu ye. Jangan tak percaya, itu ialah belinjau madu. Tahu tak belinjau? Alaaaa....emping belinjau. Sejenis keropok, yang kita goreng dan rasanya lemak2 pahit gitu. Setengah orang tak gemarkan keropok belinjau ini. Tapi, bila keropok belinjau ini dijadikan belinjau madu, rasanya.....uuummpphhh! Kalah cornflakes madu tau! Anak saya, Ikhwan yang tak suka makan keropok belinjau, bila dia rasa belinjau madu tu, terus jatuh chenta ok! Cara buat, sama je dengan cornflakes madu.

Gambar kedua tu, macam biasala....Biskut Arab. Saya sukakan biskut arab ni, sebab rasanya yang macam susu,kan? Nak buat pun mudah.....

Gambar ketiga tu pula, Peanut Butter Mazola Cookies. Resepinya sama je macam nak buat biskut mazola tu, cuma dalam adunan tu saya campurkan dengan peanut butter. Rasa pun lebih sedap, lembut jer.....

Ok, tu je la kot untuk entry kali ini. Last entry before hari raya, esok...saya akan pulang ke kampung. Jadi, saya tak akan dapat berinternet, tak dapat berjumpa blog....huhu. Sedihnya... Tak pe, lepas balik berhari raya di kampung, saya balik semula ke sini. Kita akan bercerita lagi pelbagai kisah raya pulak.

Saya sekeluarga mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MINAL `AIDIL WAL FAIZIN. KULLU `AMMIN WA ANTUM BIKHAIR..... buat semua pembaca blog saya ini. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna. Sambutlah dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Selamat tinggal Ramadhan, pemergianmu kami rindukan. Semoga berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang. 

12 comments:

  1. best dpt hasilkan biskut dgn air tangan sendiri kan..nieda dpt buat 2 jenis je biskut. nasib baik sempat nak wat dlm kuantiti byk. nak bagi emak dan emak mertua.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya dari saya utk fiza sekeluarga. selamat pulang ke kampung. pandu tu hati2 yea ^_^

    ReplyDelete
  3. wah..rajinnya buat kuih raya..lain2 hasil tart tu pulak..rajin en.somi mu kak :)
    selamat hari raya buat kak fiza sekeluarga..maaf zahir batin andai ade tersalah kata ye kak.. :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raye untuk fiza juga ye..maaf zahir dan batin:)

    ReplyDelete
  5. menariknya biskut2 raya yg fiza buat ni...harus diterjah nanti ni..hehe..btw, selamat menyambut hari raya utk fiza sekeluarga...

    ReplyDelete
  6. wahh..besnye.spesel ni sbb wat sendiri.gtu dtg raya umah k.fiza le?hehe

    selamat hari raya tuk k.fiza sekeluarga ya!
    hati hati di jalanraya.moga selamat pergi dan selamat pulang..

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya buat kak fiza sekeluarga..dari saya dan keluarga

    ReplyDelete
  8. wah buat kuih sendiri..ina still lagi kuih tunjuk..huhu..

    Selamat Hari raya dari ina sekeluarga buat akak sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  9. dear.. selamat hari raya .. belinjau madu .. sure sedap erkk .. kite suke kepek belinjau .. pos kat umah sikit boleh?.. hihi

    ReplyDelete
  10. Salam. wow kak... nmpk cam sedap je.. Nak rasaaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  11. Salam caiyang

    Pandainyer buat belinjau madu. Gud idea. Love you.

    ReplyDelete
  12. salam fiza...ada lg ke kuih raya tu?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....