Saya membisu dari online sejak dari semalam. Pagi tadi saya online sekejap kat FB, nak update cerita dalam blog, mood tiada. Sebab Hijaz demam. Sian dia, si manja saya demam. Dah 3 hari. Saya jadi risau. Hijaz pandai sangat, dah bagi PCM, tapi dia luahkan balik. Cadangnya, lepas abi Hijaz balik dari sekolah, nak ke klinik jumpa doktor. Risau jugak .....
Saya agak macam2 penyebab Hijaz demam. Secara kebetulan, 2hb Ogos kelmarin, Hijaz masuk usia 10 bulan. Saya memang perasan, tiap kali masuk bulan baru, Hijaz pasti demam dan sedikit selsema. Dan kebetulan pula, dalam tempuh naik bulan baru ni, gigi atas Hijaz dah bertambah jadi 4 batang. 2 batang lagi baru nak tumbuh.
Kebetulan pula hari ini saya berpuasa ganti, last day la ni kiranya. Lain kali sila ganti puasa seawal mungkin yer. Sepanjang hari Hijaz merengek, sedikit menguji kepenatan saya. Saya bagai hilang tenaga sebelum menjelang tengahari, badan saya lemah, kaki dan tangan saya lembik, mana lagi nak mendukung Hijaz yang sentiasa minta di dukung. Sepanjang masa pula di mahu menyusu. Alhamdulillah, Sofie beri kerjasama pada uminya ini. Sofie langsung tak meragam, bermain sendiri, dan tetidur bila penat bermain. Amniy yang melayan Sofie bermain.
Ni tengahari tadi...sian Ijaz umi ni. Kaki sejuk, badan panas. Saya lap2 kepala dan badan Hijaz dengan kain lembap. Saya bungkus badan Ijaz dengan kain batik saya, saya peluk dia sambil dodoikan dia. Akhirnya Ijaz tertido dalam pelukan saya. Saya letak Ijaz dalam buaian, sebab Ijaz memang selesa tido dalam buaian.
Suami saya balik agak lewat hari ini. Hari ini hari Rabu, kebetulan ada gerak kerja ko-kurkulum di sekolah di sebelah petang. Tapi, bila suami saya sampai rumah, di bawa segenggam bunga raya. Petik di tepi jalan. Sepanjang jalan menuju ke rumah saya agak banyak pokok-pokok bunga raya yang di tanam oleh pemaju. Jadi, tak salah saya manfaatkan bunganya. Banyak khasiat tersembunyi dalam bunga raya ini. Cuma kita je tak tahu. Bunga raya mempunyai sejenis lendir atau mucin. Berfungsi sebagai penyejuk ketika demam panas, juga sebagai penyejuk kepada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu, bunga raya juga mengandungi hebiscetin, satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Penghidap akan mendapati lendir yang menganggu saluran pernafasannya akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak ketika batuk.
Cara saya menggunakan bunga raya, hanya meramaskan segenggam bunga raya itu bersama sedikit air. Memang ia akan mengeluarkan lendir, dan lendir itulah yang kita sapukan pada kepala Hijaz yang demam. Andai kita juga rasa panas di kepala, boleh juga mencuba petua ini. Sebenarnya, petua ini saya telah lakukan pada setiap anak apabila mereka demam. Walaupun waktu itu tengah malam, suami saya akan keluar untuk mengambil bunga raya di tepi jalan. Berhasrat juga untuk menanam pokok bunga raya, tapi tak cukup tanah.
Bunga raya dan lendirnya, saya gunakan untuk menyapu kepala Hijaz yang panas.
Alhamdulillah, selepas beberapa kali menyapukan lendir bunga raya di kepala Hijaz, dengan izin Allah, suhu badan Hijaz turun mendadak. Dia bangun dari tidur petang tadi dengan senyuman yang ceria. Rindu saya lihat Hijaz yang ceria dan aktif. Walau beberapa hari Hijaz demam, dia kurang sikit aktif, saya jadi rindu dengan keaktifannya....
Hijaz aktif kembali....gambar petang tadi.
Alhamdulillah, tak perlu lagi ke klinik dan jumpa doktor. Demam Hijaz demam nak pandai, kata orang budak2 bila nak cerdik ada saja dugaannya. Demam la, selsema la.... jadi, kena harung juga. Mulut Hijaz sekarang pun dah makin bising. Bunyi bebelan dia saja buat hati kita riang....Macam2 bunyi dia boleh buat. Geram je dengar..... Dan walaupun Hijaz dah pulih dari demam, untuk waktu malam, saya masih lagi menyapu kepala Hijaz dengan lendir bunga raya itu, supaya dia betul-betul sembuh dan baik.
kalau anak demam, memang risau sangat kan?
ReplyDeletetapi, comel je hijjaz dalam kain batik tu.. perasan tak, kain batik ni sejuk kan sekalipun tak dilembabkan dengan air... :)
sekarang memang musim demam.. jaga-jaga denggi juga.
ReplyDeletehehe.samalah kita k.fiza.arini ari terakhir ganti posa..alhamdulillah..selamat sudah puasa gantiku.keke
ReplyDeletehepi da hijaz baik demam ye.le ar nanti guna petua bunga raya ni tuk aleesya kalu demam.hehe.tq share info
bunga raya pun boleh buat ubat demam ye.. selama ni kalau anak demam akak guna daun dia je.. dpt petua baru ari ni. Mekasih fiza..
ReplyDeletehuhu..hijaz pun demam jugak..lekas2 sembuh yek hijaz.... :)
ReplyDeleteSalam Fiza, Alhamdulillah...sembuh dh demam hijjaz.Dlu2 kalo x silap mak akak ade jugak kasi petua cmnie.Tapi oleh krn psekitaran umah x de bunga raya..last2 g klinik jgk jwb nya.
ReplyDeletesedih la pulakkk..sbb sufiya pun demam mcm ni jugak sbb gigi nk kuar then selsema teruk..merengek meragam je..
ReplyDeletesedih..:(
syukurla hijaz cepat ok..mmng demam nak jd budak bijak la tu... : )
ReplyDeletesalam fiza..
ReplyDeletekesian tengok hijaz...
nasib baik boleh guna bunga raya tu kan...biasanya akak dengar org guna bunga raya yg warna putih tu...tapi susah nak dpt..
syukur alhamdulillah dia dah ok.
alhamdulillah, cepat sembuh hijaz ye...ceria je muka hijaz selepas sembuh....bagus kan ada bunga raya ni..kat area rumah ayu, susah sgt nak dpt bunga raya ni..so, ayu guna air asam jawa n ramas2kan letak atas kepala anak2 bila diaorg demam...paling risau bila anak2 demam kan...lagi2 bila dah bagi ubat n tak juga surut2 demam diaorg...masa anak2 demam serentak baru2 ni, mujur la suami ada..kalau tak, jenuh juga la nak handle sorg2..
ReplyDeletesya,
ReplyDeletesaya mmg suka balut anak dgn kain batik. kalau buat alas tido anak2 pun sedap. hijaz nampak lebih selesa bila balut dgn kain batik.
**************************************************************************************
ica,
tu yg saya risau tu...
mmg kena jaga2 jugak. tq.
************************************************************************************
ashra,
mmg hijaz happy dh baik demam. gunakanlah petua ni ash. insya Allah, boleh.
************************************************************************************
k.azma,
ooo, daun dia pun boleh ke? baru tahu ni...hehe. tq 4 d info!
************************************************************************************
noina,
ye cik ina...tapi, hijaz dah sembuh skrg.
************************************************************************************
mysdear,
salam kak...
hehe, pegi klinik ni pilihan terakhir kak.
***********************************************************************************
izwa,
sabar ye...
mmg cam tu la budak kalau tak sihat. mama jgn merengek pulak yer....
****************************************************************************************
amirah,
tq...jadi pembaca setia blog akak. haah, hijaz dah sembuh skrg. alhamdulillah. cuma perangai mengada dia ni susah betul nak hilang....hehe
***************************************************************************************
salam kak mazz,
bunga raya putih mmg susah nak dpt la kak. boleh juga guna bunga raya merah ni....
**************************************************************************************
ayu,
kalau anak2 demam ni, susah kalau kita sorg2 nak handle. kena juga ada bapa si anak. ringanla sikit bahu kita ni. kalau tak, mmg pengsan dulu la si ibu. hehe....
sama macam echa, asal nak masuk bulan baru mesti demam or sesema..mmg org cakap demam nak pandai, hehehe..
ReplyDeleteowh, itu petuanya ye kalau nak kasi demam reda..alhamdulillah..
anak2 mmg mcm tu kan bila beralih bulan, org tua2 kata nak makin pandai..bila dia aktif sgt kita x terkejar, bila demam/tak aktif kita risau pulak kan..;)
ReplyDeletebtw, tips psl bunga raya tu bole guna nanti if anak demam, tq ..
Alhamdulillah, dah sihat dah Hijaz.
ReplyDeletePandai Fiza jelita...Terimakasih beri info yang begitu lengkap. Memng betul2 umi yang jelita!
salamss fiza,
ReplyDeletealhamdullilah dah sihat :)
hari tuh balqish kaki tangan sejuk, bdn kepala panas....akak bwk urut, dia demam urat kata mak bidan akak.
http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/nikmati-sajian-istimewa-burger-hitam-di.html
ReplyDeletehttp://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/3-pertimbangan-pria-yang-selingkuh-tak.html
http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/4-fakta-menarik-miss-universe-2017-demi.html
Tunggu Apa Lagi Guyss..
Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
- BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
- Skype : Vip_Domino
- WHATSAPP : +62813-2938-6562
- LINE : DOMINO1945.COM
- No Hp : +855-8173-4523