Thursday, September 30, 2010

Sofie dan gas

Sangat risau pasal Sofie sejak dua menjak ni. Semua anak2, alhamdulillah, sihat semua!. Tapi, Sofie masih belum sihat sepenuhnya. Masih batuk dan kedengaran batuknya agak berat. Kadang2, kedengaran bunyi kahak yang sedikit melampau. Risau sangat.... 

Saya dah tak larat dah nak bawa Sofie pergi ED. Sungguh, tak larat! Benda yang nak diberi pada Sofie sekiranya Sofie dibawa ke ED, ada di rumah. Memang doktor sudah bekalkan gas2 yang perlu Sofie ambil apabila batuk. Poo-poo Sofie pun sedikit tidak sihat. Dah hampir seminggu poo-poo Sofie tak sihat. Cair dan kerap. Asal minum susu je, dalam beberapa jam, pasti dia poo-poo. Sebenarnya, perut Sofie pun sedikit kembung. Risaunya saya.......

Saya masih amalkan madu campur minyak habbatus sauda` untuk Sofie. Tiap pagi, saya beri dia makan madu  campur minyak habbatus sauda` satu sudu kecil, minum air putih. Nampak la sikit perubahan....cumanya, gas dari hospital memang tak boleh tinggal. Kena sedut jugak.

Gas yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk Sofie. Gas biru tu gas ventolin/ asthalin / salbutamol (banyak nama. Tapi fungsi sama, melegakan batuk dan cairkan kahak ) Gunanya time Sofie batuk je. Kalau batuk teruk, sedut 4 hourly, dah kurang sikit, sedut 6 hourly, sampai la batuknya lega. Kalau kat klinik swasta pun, dorang bagi ubat ni juga, tapi, dalam bentuk cecair. Kena minum.

Gas yang warna oren tu nama dia apa tah, kalau tak silap Flixotide Evohaler. Gas ini sebagai pencegah athma. Gas ni kena sedut setiap hari pagi dan malam, sepanjang hayat. Selagi doktor tak suruh Sofie stop sedut benda alah ni, selagi tu lah Sofie perlu sedut. Kalau korang rajin nak baca pasal Flixotide Evohaler ni, baca kat SINI yer.

p/s: Kedua2 gas ni controlled madicine ok. Jangan cuba2 nak try pada anak korang yang batuk tanpa arahan doktor. Bahaya nanti anak korang.

Kenapa Sofie perlu sedut gas2 tu? Sebab masa dekat Hospital Ampang, April tahun 2009, doktor sana suspect Sofie akan kena athma. Tapi, belum tahap athma lagi. Saya dan abisofie pun memang tiada keturunan athma. Jadi untuk cegah athma, doktor telah bekalkan gas ini.

Gelagat Sofie sedut 2 gas itu pagi hari. Setiap hari, inilah kerja saya dan Sofie

Doakan Sofie sihat ye.... risau betul dengan keadaan dia. Walaupun Sofie kurang sihat, Sofie tetap cergas bermain. Cuma, adala masa mood dia kureng sikit...buat hal lah, menangis tanpa sebablah, minta dukung selalulah, nak berpeluklah....yang jadi mangsa, abisofie. Sofie tahu Hijaz asyik berkepit dengan umi je, tu sebab time abi balik sekolah, mula buat hal. Saja la Sofie ni....... Anak dara abi ni!!!!

8 comments:

  1. kesian ye sofie, belom sihat sepenuhnye..mmg risau kalau anak tak sikit pon..hatta sesema pon dah risau..

    harap² sofie baik² aje ye sayang..

    ReplyDelete
  2. rina,
    tu la...sian dgn dia. nak gi umah terbuka kawan2 dok fikir byk kali. huhuhu....

    ***************************************************************************************
    lady,
    terima kasih. moga doa lady dimakbul Allah...

    *****************************************************************************************
    Azra,
    terima kasih juga ye...:-)

    ReplyDelete
  3. moga sofie cepat sembuh dan sihat

    ReplyDelete
  4. sabo ye k.fiza.risau gak dgr citer k.fiza ni.kalu berlarutan,bawa je gi ED (btw,ED tu ape ek?)/jumpa doc ek?
    emm..mmg sofie kena beri perhatian lebih.nasib baik anak2 k.fiza yang sulung pun da pandai bawa diri.so,le bantu2 k.fiza yang ringan2 apa yang tak sempat wat.

    sofie,moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  5. smg sofie cpt sembuh ye.. Dr x suh buat suction ke kalau kahak banyak sangat? Hasif kalau banyak kahak mesti nurse @ Dr suggets tuk buat suction.. anyway, take care ye sofie. cpt baik k!

    ReplyDelete
  6. Harap sangat sis dpat mmbantu... Anak sy terkena pnumonia... Dan baru kluar wad.. Dokter ada bg ventolin y calor biru tuh.... Tp anak sy mmg xdk asma. Dy sorg y activ. Mmg boleh jgk ka dgunakan untuk batuk dy.. Sbb sy takot dy sntiasa memerlulan pam tuh kalo dah start guna...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....