Friday, October 29, 2010

Sofie - Terapi pertuturan kali kedua.

Entry saya yang ini, mendapat banyak respon sama ada melalui cbox atau ruangan komen. Terima kasih atas kesudian anda semua membaca entry yang tak seberapa itu. Ada macam2 pendapat dan pandangan, saya terima dengan rela hati, walaupun ada yang beri pandangan pahit. Huhuhu... tak mengapa, itukan pendapat masing2. Jangan salah faham dengan saya ye, saya tak mahu mencari publisiti, saya sekadar berkongsi cerita yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Seperti yang saya katakan, saya masih belum berjaya sepenuhnya....

Ok, cukup bercerita tentang entry lepas. Sekarang suka saya untuk berkongsi cerita tentang Sofie. Sofie jumpa juruterapi pertuturan, perjumpaan untuk kali kedua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usia Sofie sudah hampir 3 tahun. Sofie masih belum boleh bertutur seperti kanak-kanak sebayanya. Adakalanya, saya rasa sangat2 teringin mendengar dia bercakap.

Untuk perjumpaan kali kedua ini, Sofie masih lagi diberi permainan. Juruterapi memberitahu, latihan Sofie untuk sekarang ni, banyakkan bermain sambil bercakap. Saya perlu lebih tumpuan pada Sofie. Kesian Sofie, kadang kala di rumah Sofie bermain sendirian, kerana saya sibuk dengan tugasan rumah. Andai punya waktu bersama Sofie, peluang untuk berkomunikasi dengannya, saya tak kan lepaskan. Lepas ni saya harus membeli lebih banyak alatan permainan buat Sofie, supaya permainan Sofie boleh di pelbagaikan.


Video Sofie ketika melayan baby doll makan dan minum....

Di rumah tiada baby doll... perlu ke saya membelinya? Mungkin perlu, sebab Sofie anak perempuan. Perlu ajar dia untuk kasih dengan baby,kan? Melalui baby doll, Sofie boleh belajar untuk gerakan tangan dan kaki. Melalui baby doll, Sofie boleh main masak2, melalui baby doll juga, Sofie boleh main mak-mak. Hehehe...harus saya mencarinya. 

Dan saya mahu juga belikan set permainan peralatan masak buat Sofie, mungkin juga set permainan peralatan rumah. Mmmmm...harus difikirkan ongkosnya juga. Segala benda nak dibeli. Adeh.... kenapa tidak gunakan segala yang ada di rumah jer. Sudu, pinggan, cawan, dah ada di rumah. Iron, kipas pun dah ada. Mesin basuh, peti sejuk juga dah ada. Ala...yang saya nak beli ni kan utk permainan Sofie. Fiza ni terlalu berkira yer.....

Sebenarnya, mahu mengajar Sofie ni tidaklah susah sangat. Perlu ulang-ulangkan ilmu supaya ilmu boleh terus melekat di kepalanya. Dan paling penting sabar perlu ada. Saya perlu tingkatkan kesabaran saya....Saya amat berharap, Sofie mampu bertutur seperti kanak-kanak normal satu hari nanti.

Sofie dah merengek penat...nak balik. Lambat pulak tunggu kad biru dipulangkan pada Sofie....

Aksi2 Sofie ketika saya sedang update entry ini, sambil menunggu upload video selesai
Sungguh sibuk dia nak menolong umi.

Wednesday, October 27, 2010

Membaca awal tak semestinya genius??? (Ini cerita saya)

Saya mengajar anak sulong saya, Ikhwan Hubby membaca seawal usia 3 tahun. Dalam usia 3 tahun setengah, dia sudah boleh membaca suku kata. Alhamdulillah. Dan dalam usia 5 tahun, Ikhwan sudah lancar membaca. Saya hanya masukkan Ikhwan sekolah pada usianya 6 tahun kerana tak mahu dia bosan belajar. Itupun hanya pra sekolah. Niat dihati mahu masukkan dia PASTI, tidak kesampaian.

Kenapa saya bercerita tentang Ikhwan? Saya pernah berbual dengan seseorang, begini asal perbualan:

Puan M : Ikhwan dah pandai membaca ke? (Sebab waktu tu dia mendengar Ikhwan membaca buku cerita, agak lancar bacaannya)

Saya : Bolehlah..... (sambil tersenyum)

Puan M : Mmmm.... tak semestinya budak yang pandai membaca awal ni genius! (Saya tersentak ok! Makcik ni seolah2 nak mematahkan semangat saya!)

Saya : Oh begitu yer....? Sekurang2, kalau dia membaca cepat, dia boleh dapat ilmu lebih sikit. Sebab dia memang suka membaca.

Puan M : Ye la, tapi, tak semestinya bila dia besar nanti dia jadi budak genius. (Sambil tersenyum sinis kepada saya. Saya sekadar membalas senyumannya)

Tiba-tiba, dia ternampak al-Quran milik Ikhwan yang berada di atas rak. 

Puan M : Ikhwan dah habis baca Iqra` ke? Itu Quran Ikhwan?

Saya : Bolehlah.... Iqra` dah habis dah. Sekarang, bolehlah baca Quran sikit2. Alhamdulillah, hampir masuk juzu` 3.

Puan M : Cepatnyalah ajar dia baca Quran.

Saya : Biar hati dia terang, ye la, dia tu, belom tentu genius budaknya. Kalau dia dah boleh baca Quran, insya-Allah, hati terang dan mudah terima ilmu lain. Ilmu Allah ni kan luas.....Kalau dah besar baru nak ajar Kalam Allah ni, susah jugak kita. Nanti bila kita dah tak ada, sekurang2nya, dia boleh sedekah Al-Fatihah pada kita. Seboleh2nya, biarlah dia rajin dan pandai baca Quran.

(Dia sekadar tersenyum mendengar komen dari saya.... dan perbualan berhenti setakat itu sahaja. Topik telah ditukar kepada topik lain.....)

Image dari sini

Saya malas nak bicara lebih panjang dengan Puan M pasal anak boleh membaca cepat ni. Sebab dia punyai anak sebaya Ikhwan, mmmm....agak lasak budaknya, sehinggakan kalau Ikhwan bermain bersama anaknya, Ikhwan jadi lasak semacam. Mungkin sebab sering ditinggalkan ibunya kerana sibuk dengan tugasan. Mujurlah jarang berjumpa.....(sgt geram ok!) Puan M pun bukan jenis calang2 orang, punya degree dalam bidang tertentu. Biarlah saya rahsiakan.....

Bukanlah niat saya mahu berbangga diri sebab anak saya boleh membaca di awal usia muda. Tapi, saya amat kecil hati dengan Puan M, katanya belum tentu budak cepat membaca ni genius! Semua ibu bapa mahukan anak2nya menjadi anak yang bijak, cerdik, pandai, genius. Saya juga ada harapan begitu terhadap anak saya. Saya melihat sejauh mana kemampuan mereka. Saya masih rendah diri sebab saya juga sering merasakan SAYA MASIH BELUM BERJAYA MENDIDIK ANAK2. Anak2 saya bukan Ikhwan seorang. Setiap anak ada cabaran tersendiri dalam mendidik mereka.

Amniy Mahfuz, anak saya yang kedua, tidak seperti abang Ikhwan. Usia sudah 4 tahun, tapi, baru belajar membaca. Setakat sambungan suku kata konsonan dan vokal bolehlah. Kalau lebih dari itu, masih belum boleh. Iqra` pun baru nak masuk Iqra` 4. Bila anak dah ramai, kadangkala tumpuan kita terhadap anak yang satu ini sedikti tercalar. Saya ni bukanlah supermom yang boleh handle semua perkara dengan mudah. Tapi, saya cuba mahu menjadi supermom, boleh segala2nya. Ia tetap gagal...dah nama pun makhluk. Mana mungkin sesempurna Al-Khaliq.

Sekalipun Ikhwan cepat membaca, dia juga punyai kelemahan2 lain. Saya tak kata anak saya bijak, saya tak kata anak saya cerdik, saya tak kata anak saya pandai, TAPI, saya cuba sedaya mungkin menjadikan anak saya bijak.... andai dia tak mampu untuk penuhi impian saya, saya tak mahu memaksa dia. Dan saya tak mahu, di akhirat nanti saya akan disoal kenapa saya tidak terapkan ilmu dalam dada anak2 saya pada usia muda. Anak2 boleh dididik di awal usia..... Bila dah besar baru nak didik, mungkin susah. Itu pandangan saya.


Ihsan Google

Apa yang penting, saya berusaha menjadi yang isteri yang terbaik untuk suami saya, dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya. Saya sendiri akan menjadi guru dan ustazah buat anak2 ketika di rumah. Ketika di sekolah, biarlah guru-guru di sekolah ambil alih. 

Saya sendiri yang akan mengajar anak2 saya membaca al-Quran, sungguhpun ilmu al-Quran saya tak banyak mana, saya akan ajar mereka setakat yang saya mampu. Saya bersyukur dikurniakan suami yang bijak dan rajin membantu mendidik anak2. Saya tidak keseorangan. Saya sebenarnya agak tegas dan garang dalam hal ni. Biarlah mereka kena marah sekarang, bila dah besar, susah dah nak marah kalau tak mengaji. Betul tak? 

Anak2 saya agak ramai, 4 orang, jadi cabaran amatlah besar. Bukan mudah menjadi isteri dan ibu yang sempurna. Keluarga yang sakinah dan mahabbah adalah impian setiap makhluk yang ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Ihsan Google

Saya minta maaf, entry saya kali ini agak serius! 

Tuesday, October 26, 2010

Selera makan Sofie

Hari ini amatlah rajin update blog ini. Pagi tadi dah buat satu entry, Sofie join contest.... tiba2 petang ni buat lagi satu entry...pasal sapa lagi. Tentu saja pasal Sofie. Ada saja orang nak tahu pasal Sofie, kan? Gembira, seronok dan tak sabar sungguh umisofie ni nak bercerita tentang Sofie. Nak kongsi pada semua tentang perkembangan terbaru Sofie.

2 minggu lepas Sofie demam teruk, sampai hilang langsung selera makan. Dan sekarang, selera makan Sofie dah kembali. Siapa tak gembira,kan? Dalam minggu ini, saya perhatikan, Sofie amat berselera untuk makan. Makan nasi, makan bihun, makan mee, segala macam benda dia makan. Bila perut dah kenyang, tentu saja Sofie boleh bermain dengan gembira.

Hari ni Sofie makan mee. Mee kering yang yang buatkan mee sup. Mee sup yang Sofie makan sempoi je. Saya tak gunakan perencah segera ye. Masakan saya tiada MSG, untuk keluarga, kita mesti sediakan yang terbaik. No MSG dalam masakan. Memang tak pernah saya amalkan, ok!

Hari ini, Sofie makan amat banyak. Percaya atau tidak, Sofie menghabiskan satu mangkuk mee sup. Sangat kenyang si Sofie itu. Saya pun gembira melihat kekenyangan dia. Bila dah banyak makan, minum susu pun jadi kurang. Jimatlah sikit susu tu...hehehe. (Umisofie dalam mood kedekut! :-D) Lepas dia makan, main2 sekejap, saya pun selesaikan tugas saya sebagai surirumah..... dan tengok semula Sofie dah pun tertidur. Wah, tersenyum saya melihat Sofie yang tidur dalam keadaan kenyang. Amat lena..... kesian juga, sebab tidur sendirian.... :-)

Saya Sofie, tengah makan mee sup tengahari tadi. Sedapnya mee sup yang umi buatkan untuk saya. 

Ini mee sup yang umi buatkan untuk Sofie. Ada ayam, udang, carrot, sawi, telur.....mmmmm, nyum..nyum.... delicious! Sofie suka!

Ok, itu je cerita pasal Sofie untuk kali ini. Saya amat berharap keadaan Sofie seperti ini akan kekal berpanjangan. No sakit2, no fever2, no cough2, no flu2..... Saya nak Sofie yang sihat sentiasa, yang suka membebel, yang suka menyelongkar dan mengemas..... Sofie, umi sayang Sofie! Abi sayang Sofie!

Monday, October 25, 2010

Kisah hujung minggu

Hujung minggu lepas, sangat2 sibuk. Tak tahu nak gambarkan betapa penatnya saya. Hari Sabtu, suami saya ada Multaqa Guru-guru Agama Seluruh Daerah Gombak. Wajib hadir! Tidak boleh tidak..... Terpaksa batalkan program mahu bawa Sofie pergi terapi di Gedangsa seperti biasa. Sudah lama benar Sofie tidak bertemu Kak Raw. Insya Allah, minggu depan, saya perlu wajibkan diri membawa Sofie ke Gedangsa.

Ikhwan juga menunjukkan taringnya, bila hari Jumaat dia bawa balik 3 buah buku yang perlu disiapkan di rumah. Bising juga saya, kenapa kerja sekolah perlu bawa balik ke rumah. Rupa2nya, banyak kerja2 yang sepatutnya disiapkan di sekolah, dia tak siapkan. Akhirnya, cikgu minta Ikhwan bawa balik buku, dan siapkan kerja di rumah. Bila teringat balik, Ikhwan tak dapat habiskan semua kerja sebab Ikhwan banyak tak hadi ke sekolah tahun ini. 

Siapkan kerja yer...jangan main2.

Paling lama, 2 minggu Ikhwan tak kesekolah. Sewaktu Sofie menjalani pembedahan jantung April lepas, 2 minggu Ikhwan tidak ke sekolah kerana berada di kampung. Dan dalam bulan Ramadhan lalu, 10 hari Ikhwan tidak ke sekolah kerana demam teruk. Jadi, cuti 2 hari minggu ni, Ikhwan berhempas pulas menghabiskan semua kerja sekolah yang cikgu minta. 

Pulang ke kampung, menghadiri kenduri kahwin sepupu pun, Ikhwan terpaksa bawa buku2. Nenek Ikhwan pun tolong Ikhwan membuat kerja2 sekolahnya. Akhir..... siap juga. Tahniah ye anakku! Umi janji nak belanja Ikhwan,kan? Nanti umi belanja ok!

Pengantin sedang makan. Tahniah Ain dan suami...

Menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu.... saya datang agak lewat sebab anak2 kecil saya ini. Bila saya datang, penganting lelaki sudah pun sampai, dan mereka sedang makan. Sangat2 lambat ok! Minta maaf ye pada pihak penganting dan keluarga. :-) 

Apapun, saya mengucapkan tahniah buat sepupu saya, Ain dan suami (nama suami dia saya tak tahu...Dahsyat sangat saya ni!) Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Friday, October 22, 2010

2 Cerita 1 Entry-Hijaz dan Sofie-

Sorry semua, saya sibuk melayan Hijaz yang terkena bisol kat belakang kepala. Merengek jugak la budak tomei2 tu. Aduhai, kesian sangatlah dengan itu budak debab. Muka tomei2, belakang kepala berbisol pulak. Suami saya kata, "Eh, bukan bisol ni. Kalau bisol, besar...." Saya jawab, "Ye ke? Tak kisah la, nak jugak bawa Hijaz gi jumpa doktor." Dan atas nasihat kawan2 blogger dalam entry lepas, saya bawa juga Hijaz jumpa doktor. Risau juga, dia pun tak boleh nak tido. Posisi tido pun asyik mengiring dan meniarap je.

Masa bawa jumpa doktor kelmarin, kata doktor, "Ini memang bisol." Saya pun puas hati dengan teka teki selama ini. Bisolkah, atau bukan? Sah, ianya bisol. Kata doktor, ia mungkin terjadi pada tempat2 yang selalu Hijaz baring, mungkin di tilam, mungkin di buaian, mungkin gigitan serangga dan hama. Dan biasanya, untuk budak sekecil ini, bisol akan terbentuk. Dan paling saya takut, belakang kepala merupakan tempat yang paling cepat kuman nak akses hingga ke otak. Oh tidak! Harus dielakkan!. 

Doktor ni jugak kadang2, statement dorang menakutkan saya. Hehehe.... katanya, takut2 bila bisol ni besar, banyak nanah, kita tak boleh dah nak guna ubat sapu je. Kena buat dressing, cuci itu ini, korek sana, korek sini, bersihkan lagi...alahai, siannya anakku itu. Dah la kecik lagi. Mesti sakit sangat. Paling dahsyat, bila statement doktor, "Paling takut bila kuman bisol ni sampai ke otak la. Lepas tu, macam2 la kena buat." Sambil tersenyum manis si doktor itu. Hehehe...maunya tak takut!

"Tapi, ibu jangan khuatir. Bisol kat kepala Hijaz ni belum sampai macam tu sekali. Kita bagi antibiotik untuk matikan kuman, dan ubat sapu. Insya Allah, paling lama 3 hari akan pulih. Antibiotik kena habiskan" Huh...! Lega seh.... bila doktor tenangkan hati kita begitu. Sebabnya, masa doktor terangkan tu, muka saya dah berkerut seribu. Dia faham la kot apa yang saya rasakan. 

Ini ubat yang Hijaz dapat masa gi jumpa doktor. Antibiotik dan krim sapu.

Insya Allah, lepas ni kepala Hijaz comei balik. Sekarang macam dah tak sedap dah bila cium kepala Hijaz. Tapi, umi tetap suka cium kepala itu budak debab.... :-D

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Ni kisah Sofie yang cantik manis tu pulak. Hamboi...anak dara sorang ni, lepas pulih dari sakit itu hari, selera makan kembali meningkat. Alhamdulillah... sangat gembira ok! Satu perkembangan yang sihat tau. Pergi KK 2 minggu lepas, nurse sana dah bising. "Ini apa pasal, berat tak mo naik2. Umo sudah mau 3 tahun, berat badan serupa budak satu tahu maa." Adoi la ini nurse. Sudah bising dia. Bukan dia tak tahu Sofie macam mana. Saya dah terangkan beribu riban kali pun, dia tetap nak samakan Sofie dengan budak normal. Mana boleh yang.... 

"Ini kira berat badan sudah naik, kira sudah ok la jugak, nurse." Saya jawab macam tu la. Naik tak banyak mana, tapi, ada sikit peningkatan, kira cukup Alhamdulillah. Mana boleh comparekan Sofie dengan budak normal ok! Sofie yang baru selesaikan masalah AVSD with pulmonary hipertension, dengan congenital hypothyroidismnya, mana boleh sama dengan Hijaz atau budak normal lain. Betul tak? Give time la....

Dan satu hal lagi, saya telah berjaya menukarkan susu asal Sofie kepada susu yang lain. Sudah seminggu lebih mencuba. Sofie sukakan rasa susu baru ini. Saya tukar sebab selera makan Sofie bertambah, jadi saya tukar dengan susu yang murah sedikit. Tak larat nak beli susu mahal tu.

Setelah menjalankan ujikaji selama seminggu, poo-poo Sofie cantik, dan Sofie juga boleh terima susu baru ini, saya putuskan untuk Sofie teruskan dengan susu baru. So, selamat tinggal Pediasure, selamat datang Sustagen! Terima kasih la Sofie sebab memahami keadaan abi dan umi. Hehehe..... 

So, saya minta sangatlah, janganlah ada mulut2 yang kata lagi, "eh, kenapa tukar?". "eh susu Pediasure kan ok. Rugilah tukar." "kan doktor suruh guna susu Pediasure. Macam mana berat bada Sofie nak naik mendadak....???" Cukuplah, saya tak mahu dengar lagi. 

Ini keputusan saya. Muktamad! Dan janganlah ada yang kata saya ni tak mahu berkorban untuk anak... huhuhu. Sedih hati saya. :-(  Saya dah buat yang terbaik untuk dia. Lagipun antara saya dan suami, suami saya sorang je kerja. So, harap memahami la keadaan kami ni. Anak2 lain lagi....

Lagipun, salah satu cara saya untuk menambahkan berat badan Sofie adalah dengan menambahkan kalori dalam makanan Sofie. Itu arahan doktor. Kaedah memasak makanan Sofie, semuanya jenis goreng dan tumis. Perlukan sedikit minyak dan lemak. Contoh, kalau bubur tu, saya akan tambah sedikit santan. Kalau makan roti, saya bakar roti dengan mentega, dan makan bersama keju. Ok je kan?

Susu Sofie, kini dan dulu.....hehe.

Tu je la kot untuk entry kali ini. Terpanjang pulak bebel. Maklumlah, 2 cerita dalam satu entry. Ok, daaa.....

Wednesday, October 20, 2010

Belakang kepala Hijaz ada bisol la wei....!

Salam sejahtera semua,
Berapa lama ye Fiza a.k.a Umisofie tak update halaman ini? Eh, baru sehari rupanya. Rasanya macam dah lama sangat biarkan blog ini menyepi. Tu la gamaknya kalau dah tegar sangat blogging. Baru sehari tak update dah rasa bagai seminggu tinggalkan blog. 

Entry kali ni nak story sikit la pasal Hijaz. Hijaz lagi? Lagi-lagi Hijaz....mmmmm, tak pe la. Ni cerita gempak punya,ok! Gempak sangat la tu. Bukan apa pun, ni ha...kat belakang kepala Hijaz tiba2 je saya rasa macam ada benjolan kecil. Mula tu ingatkan macam jerawat ke, tapi dah beberapa hari kemudian, nampak Hijaz tak selesa nak baring. Bila baringkan je, dia cepat2 nak bangun. Pastu macam tahan sakit. Apesal pulak dengan anak bujang saya sorang ni?

Rupa-rupanya, semalam tengok.... haaaa, tu dia........ Korang tengok la sendiri pic bawah ni, ok!:
Ada bisol kat belakang kepala Hijaz..... dah bengkak, dah merah dan ada 'mata' pulak tu. Patut pun dia tak selesa. Adeh la anak umi ni. Ada2 saja la.... Macam2 hal.....

Ni pic terbaru, baru pagi tadi capture. Fresh lagi ok! Bisol dah besar sikit dari yang semalam. Dari semalam saya sapu minyak but-but HPA je. Nampak macam dah nak kering sikit. Ada sesapa tahu petua nak sembuhkan bisol ni?  Malas la nak gi jumpa doktor. Doktor kat tempat saya ni naik muak agaknya tengok muka anak2 Umisofie ni, asyik gi klinik.... :P

Paling kesian dengan budak debab ini, time tido la.... dalam buaian, tak selesa nak baring macam biasa. So, terpaksa mengiringkan dia. Time menyusu dengan saya, terpaksa sengetkan sikit kepala dia supaya tak terkena pada bisol tu pada bantal. Sakit agaknya, sebab dia sendiri menangis bila saya cuba2 pegang kepala dia. Dan saat ini, dia lebih selesa menyusu sambil meniarap di atas badan saya... saya pun apa lagi, lelap jugak la! Hahahahaha...ambil kesempatan sungguh!

Kalau tido waktu malam, terpaksa tido meniarap. Sian betul anak umi ni. Merengek manja dia tu la buat umi lembut hati...cair  woooo dengan dia nangis manja tu. Sedih, sian.....

Paling best, walaupun belakang kepala ada bisol yang tak besar mana, tetap maintain cun, maintain comel dgn aksi2 yang menggoda umi dan abi....asik sangat bermain ok! Tu sebab uminya ini tak perlu risau. Tangga masih lagi ligat memanjat, trompet plastik seronok ditiup...hehe. Chaiyok dear! Esok2, kompom, bisol tu akan sembuh!

Monday, October 18, 2010

Kisah Hijaz Pulak!

Sedikit tentang Sofie. Sofie pun makin sihat dan ceria. Sekarang cuba semula untuk berselera makan. Walaupun makan sedikit sahaja, cukup menggembirakan hati saya daripada tak makan langsung. Harapan saya, kesihatan Sofie ini akan terus berpanjangan. Stop talking about Sofie,ok! Nak cerita pasal Hijaz ni... Lama dah cerita pasal anak bujang sorang ni.....

Lepas pulih dari demam sebab suntikan setahun 2 minggu lepas, budak bulat ini kembali aktif dengan aktiviti lamanya. Gelaran 'Hijaz The Explorer' oleh abinya, sangat2 sesuai buat waktu ini. Hehehe.... Semasa tengah ligat merangkak, tangga menjadi tempat permainan. Sampaikan terpaksa meng'cover' tangga. Pagar tangga tak siap lagi ni...adeh....!

Sekarang, Hijaz berusia 1 tahun 15 hari. Sudah pandai berjalan, tapi amat malas untuk berjalan. Berjalan ikut mood..... tak kisah la, yang penting, ada perkembangan. Bila Sofie dah pulih ni, Hijaz amat suka berlumba dengan Sofie...... biarlah, ada persaingan sikit antara 2 beradik tu. Meh tengok gambar Hijaz di tangga. Syok je umisofie ni menyenap gambo anak2 ni. Saja, buat kenangan bila mereka dewasa kelak. :-)

Aksi Hijaz di tangga....jangan risau ok! Umisofie tetap berhati2 bila Hijaz beraksi di tangga.
Hijaz sendiri tak mahu dipegang bila dia di tangga. Eksen sungguh budak ni! 

Pastu kan korang, saya baru belajar Cara Letak Video Facebook Dalam Blog. Dan saya telah mencubanya. Ini video Hijaz baru dapat kaki, nak berjalan satu rumah. Terima kasih untuk blog Liyanaa atas tunjuk ajar yang diberikan..... Lepas ni, saya akan gunakan kaedah ini kalau nak upload video dalam blog ini. (Sungguh naif umisofie ini ye, orang mungkin dah lama tahu, dia baru nak tahu. Kihkihkih!)
Hasil video yang saya uploadkan......


Ok....daaaaa....Nanti update cerita lain pulak! :-)

Sunday, October 17, 2010

Sofie sudah mula bermain

Assalamualaikum semua....
Nak cerita pasal Sofie lagi ni. Cadangnya, nak stop la dulu cerita pasal Sofie. Tapi, sejak 2 hari ni, saya tengok Sofie amat positif, sedikit sihat berbanding semalam, kelmarin dan hari2 sebelumnya. Rasa membuak2 nak bercerita tentang anak dara sorang ni. Kot2 la ada yang nak tahu perkembangan kesihatan Sofie. 

Saya gembira, saya seronok, saya suka, saya bersyukur padaNya yang telah mengembalikan kesihatan Sofie. Walaupun Sofie nampak masih tidak aktif seperti sebelumnya, saya tetap bersyukur. Demam Sofie sudah tiada, batuk Sofie tinggal sikit. Dan tak dengar dia batuk gatal macam hari tu. Selsema Sofie pun sudah pulih. Alhamdulillah...syukur sangat. Terima kasih ya Allah!

Cumanya, Sofie perlukan sedikit masa lagi untuk kembali aktif seperti dahulu. Adakalanya, saya merasakan Sofie sudah lupa apa yang pernah dia lakukan dahulu. Tapi, saya tetap bersyukur di atas nikmat sihat ini. Tak kisah la Sofie lupa atau tidak....boleh ajar lagi. 

Namun, sangkaan saya meleset rupanya. Sofie masih ingat pada permainan dia. Sofie masih ingat pada buku2  kegemarannya. Sofie masih ingat pada flash card yang selalu Sofie sepahkan satu rumah. Flash card yang banyak tu sangat membantu untuk mengaktifkan Sofie. Bila nampak je saya keluarkan bekas yang mengandungi flash card, terus Sofie mengesot ke arah saya untuk bermain dengan flash card tersebut. Seronok saya tau!

Biarlah Sofie sepahkan flash card itu satu rumah. Biarlah Sofie sepahkan block2 permainannya. Saya tak kisah semua tu. Yang penting bagi saya, Sofie kembali sihat dan aktif. Boleh bermain seperti selalu. Saya boleh kemaskan kembali. Sepahkanlah Sofie. Nanti umi kemaskan.....

Mari lihat sedikit gambar gelagat Sofie yang sempat saya rakamkan. Excited sangat bila tengok dia sihat, umi ni sibuk pulak merakam aksi dia.... Marilah lihat.......

Leka dengan permainan block itu.... dan dengan permainan 'spinning music'. Bila di pusingkan akan mengeluarkan bunyi muzik yang boleh melekakan Sofie. Siap ada lampu warna warni lagi. Gembira Sofie memusingkan benda alah tu. Sebenarnya, permainan itu baru je beli untuk mengembalikan semangatnya. Berjaya juga!

Bersama buku kegemaran dan flash card yang amatlah banyaknya. Seronok menyepahkan segala macam flash card yang dah bercampur2 gambar dan kategori. Kerja mengkategorikan semula gambar adalah kerja umisofie yang amat 'rajin' ini. :-)

Seronok sangat untuk update entry kali ni, sebab seronok lihat Sofie kembali sihat. Doakan ye kalian, mudah2an kesihatan Sofie ini berpanjangan. Cuma saya masih risaukan tahap berat badan Sofie, makan sangat kurang sekarang. Boleh dikatakan, tak mahu makan langsung. Minum susu pun kurang..... mmmmmm.

Nota: Sangat mengada2 umisofie ni kan, edit gambar pun colour line nak berwarna-warni...hehehe. :-)

Friday, October 15, 2010

Saya rindu

Assalamualaikum....
Entry ni tak nak karang panjang berjela.... sekadar luahkan rasa rindu saya pada aksi dia. 
Serius! Saya amat rindukan setiap aksi dan tingkahlaku dia
Saya amat rindukan senyumanya yang comel dan menawan itu
Bagi saya, senyuman anak dara saya ini amat cantik..... saya rindu sangat!!!!
Bangkitlah sayang....sihatlah segera. Umi dan abi amat rindukan Sofie yang aktif dan ceria....


Sofie masih lemah lagi
Belum sihat sepenuhnya
Saya tak nak cerita lebih2, nanti korang boring....
Sekadar ini saja untuk kali ini.
Kalau saya rajin, dan ada mood, saya buat entry yang lain petang nanti...
Daaaaaa......

Thursday, October 14, 2010

Ini kisah Sofie lagi

Anak2 beransur pulih. Tapi saya masih risau dengan kesihatan Sofie. Kenapa ye, saya diduga dengan anak2 yang sering saja sakit2. Sampaikan ada yang perasan, dan berkata, "anak2 Fiza ni selalu sangat sakit2. Sian..." Anak2 saya ni tak kuat antibodi agaknya? Macam2 dah diberi...vitamin itu, vitamin ini. Pernah juga bagi scoot emulsion, kata orang boleh kuatkan antibodi anak. Saya bagi mereka minum, muntah pulak. Mungkin tak daya nak telan rasa yang asli, try beli yang berperisa oren. Masam pulak...dah tak suka nak minum. Aduhai...macam mana tah nak buat lagi. Nampaknya kena juga gunakan vitamin alami....

Dah 2 malam Sofie tak boleh tidur. Tidur sering diganggau oleh batuk, gatal tekak. Batuk tanpa kahak.... sian tengok dan dengar bila Sofie batuk. Bila suami saya tiada dirumah, saya handle Sofie sorang2, menangis saya ni. Pernah beberapa kali, masa tengah tenangkan Sofie, sambil hiburkan dengan zikir, mengalir air mata saya. Tiba2 je tangan Sofie sentuh pipi saya, nampak air mata saya jatuh. Terus buat2 happy, nyanyi2 lagu dengan dia. Alahai....lemahnya jiwa saya ni.

Untuk sakit Sofie kali ni, dah 3 doktor saya jumpa. Semua beri ubat yang hampir sama, antibiotik, ubat demam dan ubat batuk. Untuk perjumpaan doktor yang ke-3 ini, keadaan Sofie hampir2 memuaskan. Ada perubahan dari sebelum ni. Di klinik Sofie sudah diberi nebulizer, sedikit lega bila dapat neb. Kahak Sofie tak banyak pun. Seperti yang saya katakan tadi, batuk Sofie batuk gatal. So, doktor telah berikan ubat khas untuk batuk gatal. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, ubat tu nampak berkesan dengan Sofie. Suami saya selalu berkata tiap kali beri anak makan ubat, "Kita usaha makan ubat ye. Nanti Allah sembuhkan." Ya, betul tu. Sihat kita bukan kerana ubat. Semuanya kerana Allah....

Saya minta maaf ye. Entry kali ni pasal Sofie lagi..... Sofie yang sakit dan masih lemah. Doakan ye, moga2 Sofie kembali ceria seperti dulu. Saya amat rindukan saat2 Sofie aktif dan ceria. Hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih baik dari kelmarin. Begitulah keadaan Sofie....

Saya mahukan Sofie yang suka makan macam dulu, Sofie yang suka sepahkan bakul mainannya, pastu kemaskan semula mainan2 tersebut, Sofie yang rajin mengesot pergi ke dapur dan mengacau saya memasak sambil bersepahkan almari dan mengeluarkan segala macam bekas2 plastik, Sofie yang rajin mewarna dan menulis tah hapa2 bersama2 abang2nya....owh, saya amat rindukan Sofie yang dulu. Bangkitlah Sofie, sihatlah sayang.......

Monday, October 11, 2010

Kuatkah saya???

Perlu ke saya bercerita hal2 yang sedih2, sakit2 saja? Kadang2 hati bagai memberontak, betapa kurang sabarnya saya berhadapan dengan semua dugaan ini. Saya dapat banyak respon, betapa kuatnya saya hadap semua ini. Tapi, sebenanrnya, saya tidaklah sekuat yang disangkakan. Kadang2 rasa tewas juga dengan keadaan. Lepas seorang anak, seorang lagi anak tak sihat. Mohon semoga Allah teru memberikan kesihatan pada saya untuk memelihara anak yang tidak sihat. Mohon petunjuk supaya Allah beri jalan terbaik untuk kembalikan kesihatan anak2 saya. Berat sungguh dugaan.....

Saya risaukan batuk Sofie. Bagai orang semput dah jadinya. Kegembiraan saya tidak lama melihat Sofie sihat selepas pembedahan beberapa bulan lepas. Nampak lebih ketara sebenarnya selepas raya hari tu. Sofie sering saja sakit2, kembali kepada keadaan Sofie yang dulu. Demam, batuk, selsema, semput2.... Ya Allah, kesian anak itu! Sofie tak boleh tidur malam. Ikutkan hati saya, mahu saja saya bawa Sofie ke hospital. Tapi, suami saya cuba pertahankan. Habiskan ubat dahulu.... kalau ubat semua dah habis, dan Sofie tiada perubahan, nampaknya, pilihan terakhir Sofie ialah hospital. Andai kena tahan pun, saya pasrah..... Semoga tidak kena tahanlah, kesian jugak dengan Hijaz.

Saya bagai mahu giler dengan keadaan ini. Sofie, Hijaz.... kemudian, anak2 saya yang dua orang lagi tu, pun dah mula tunjukkan ciri2 tidak sihat. Bangun tidur batuk2, selsema.... "Ikhwan dan Amniy, umi dah tak larat. Tolong jaga diri kalian!", itu rintihan hati saya. Suami sering berkata, "Sabar ye mi..." :-(

Saya ni tak pandai jaga anak agaknya. Selalu saja sakit2 mereka ini. Kesian dengan mereka. Saya sedih sangat, sehingga menyebabkan saya hilang kesabaran. Mahu saja tinggikan suara.... dan menyesal atas perbuatan memarahi anak yang sering merengek tidak sihat. Ikhwan pula pandai menjawab, "Iwan sakit la mi. Janganlah marah..." Aduh, sayu je mendengarnya.....

Pagi tadi, Amniy bangun tidur terus nangis2, sambil batuk2. Sorang lagi batuk.... " Sudahlah anakku, umi sangat tak larat!" Kadang2 saya rasa saya tiada panduan. Saya lupa, sakit dan sihat kita datang dari-Nya. Tapi, kita tak boleh pasrah saja dengan keadaan. Perlu juga terus berusaha untuk kembalikan kesihatan. Ya Allah...berilah kekuatan kepada kami untuk menghadap ujianMu ini. Berilah petunjuk kepada kami supaya anak2 kembali sihat dan ceria.....

Rintihan hati...... saya perlu berusaha lagi untuk mengembalikan kesihatan anak2 saya. 

Sunday, October 10, 2010

Dugaan sungguh!

Baru beberapa hari lepas saya bercerita kisah Sofie yang semakin sihat. Baru la rasa ingin gembira dengan kesihatan Sofie. Agak lama saya menyepi,kan? Menyepi dari melihat blog sendiri, menyepi dari ber'blogwalking'.... sangat sibuk ok! 

Sofie sakit lagi... Sofie tak sihat... saya pun jadi macam tak sihat, tapi buat2 sihat jer. Sakit kepala tau! Rasa macam nak demam, tapi tak jadi demam. Beberapa hari lepas Sofie sembelit. Makan banyak, tapi kurang minum air. Sudahnya, nak poo-poo pun susah. Sian la tengok dia...rasa nak mengalir air mata. Sofie nangis2 meneran nak keluarkan poo-poo tu. Dan bila berjaya keluarkan, memang amat keras najis dia. Sian betul anak umi ni. Lepas ni Sofie kena rajin makan buah ye.... minum air banyak2. 

Lepas daripada Sofie kena sembelit tu, Sofie demam pulak. Perut kembung tak pasal2, nampak la perut Sofie tu macam buncit sikit. Dah bawa Sofie jumpa doktor kat klinik kesihatan, tapi doktor kata Sofie demam biasa. Ada sikit jangkitan pada tekak, sebab dia tengok tekak Sofie merah. Dan doktor kata, perut Sofie biasa je. Ni yang musykil ni, apesal umi dan abi Sofie rasa perut Sofie kembung semacam. Saya cuma sapu perut Sofie dengan minyak telon, lepas tu amalkan bagi Sofie makan madu dengan minyak habatus sauda`.

Sebenarnya kan, Hijaz pun demam jugak. Mana tak pening saya dibuatnya. Tapi, saya tak risau sangat Hijaz ni. Dia demam bersebab. Sebabnya, Hijaz baru dapat suntikan untuk setahun. Tu sebab demam. Saya sekadar bagi dia minum ubat yang dibekalkan, sapu lendiran bunga raya. Tapi..... sedikit risau sebab batuk Hijaz tak sembuh lagi. Takut2 dapat lelah pulak.... Ada petua tak, nak sembuhkan batuk baby setahun ni selain bagi ubat?

Bila dah 2 anak kecil saya demam dan meragam....cuba bayangkan.... Suami saya tiada di rumah. Ada program perkemahan di sekolah selam 2 hari, 1 malam. Dan malam itu, saya panggil dia balik rumah sebab dah tak larat nak layan ragam anak2 kecil yang sedang demam. Sofie pun bukan main hebat ragamnya bila abinya tiada di rumah. Nangis2, batuk2, sampaikan kaki tangan dia jadi biru. Dah lama Sofie tak macam tu. Kalau sampai kaki dan tangan Sofie biru, ini bermakna Sofie tak cukup oksigen. Hidung Sofie block akibat flu. 

Sofie pandai buang hingus. Senang sikit. Tapi, malam tu, memang tak dapat ampun dah... Saya naik panik. Mujur suami saya dah sampai rumah. Terus bawa pergi klinik sebab saya tahu Sofie perlukan nebulizer. Bila doktor dah bagi nebulizer, alhamdulillah, Sofie nampak lebih bertenang dan gembira. 

Siang esoknya hari Sabtu, abisofie masih berada di sekolah. Hijaz yang masih demam, Sofie juga masih demam. Saya juga bagai mahu demam. Ya Allah.... dengan ragam 2 anak kecil ini, ada kalanya membuatkan kesabaran saya hilang. Mujurlah saya boleh fikir waras. "Ini anak kecil, Fiza! Sabar sikit!" Saya tinggikan suara dengan Sofie, minta dia sabar sikit, maklumlah, adik pun minta perhatian kita juga. Dah dia menangis teresak2, sebab sangka umi marah. Sian Sofie... Saya pujuk la dia balik, peluk dia, minta maaf dengan Sofie sebab tinggikan suara..... Sensitif anak dara ni!

Bayangkan, Sofie menangis minta perhatian, Hijaz pun minta dukung... Dah sudah, saya terpaksa dukung 2 orang sekaligus. Ampunnnn, amat tidak larat. Pandai anak2 umi ni, bila didukung, diam.....siap gelak2, seronok! Adoi...umi tak larat, sayang!!!!! Masa tu rasa nak menjerit, "Abi.... lekaslah balik!!!!!!!" Bahu ni dah nak patah dah, pinggang  dah nak bengkok... Abi balik, nak minta urut satu badan ok!

Akhirnya, suami saya balik dah agak lewat petang. Dia pun kepenatan, sebab malam sebelum tu dia tak tidur. Lepas maghrib, dia pun terus lena....kita nak minta urut pun tak sampai hati. Anak menangis pun, dia tak dengar dah.... Sian kandaku, penat ye. Tidurlah kanda! :-)

Saya berharap, esok2 Sofie makin sihat. Boring jugak saya asyik nak bercerita pasal Sofie yang sering sakit tu. Bukan apa, takut pembaca bosan dengan cerita saya. Saya pun berharap, Hijaz lebih sihat esok hari. Sian anak debab umi ni....

Percaya atau tidak, ini 2 orang budak yang sedang demam bermain bersama. Macam budak tak demam je kan. Masa ni, dorang tengah leka bermain, bolehlah umisofie pergi dapur buat apa yang patut.

Wednesday, October 06, 2010

Update terbaru Sofie

Saja nak cerita hal Sofie. Lama betul sepi cerita tentang Sofie. Minggu lepas, Sofie kurang sihat. Jadi untuk bercerita hal dia pun macam tak ada mood jer....

Macam mana nak mula pun, saya tak tahu. Sebenarnya, banyak perkara baru tentang Sofie. Sofie yang semakin sihat, membuatkan saya sangat gembira. Namun, kadang2 hati risau juga. Sofie mudah sangat dijangkiti penyakit. Flu, mmg sangat2 mudah...batuk, dan demam. Bila semua penyakit tu dah dapat, alamat tak tidur malam la Sofie..... Tapi, alhamdulillah...sekarang sudah makin pulih dan sihat.

Berita terbaru, Sofie sekarang sudah pandai sebut 'abi'.... sikit-sikit abi, sikit-sikit abi. Bila diajar suruh sebut 'umi', jadi 'abi' juga. Tapi, kadang2 mahu juga terkeluar bunyi 'ammi'...hehe. Masa tu, perasaan si umi ni sangat2 la happy. Punyalah lama menunggu dia menyebut perkataan tu. 

Dan Sofie juga sangat kuat makan. Suka betul dia mengunyah. Masa raya, bila bertandang ke rumah orang, mesti ada je makanan kat tangan dia, pastu mengunyah.... seronok tengok dia makan. Amat berselera. Bila dah selera makan, sepatutnya, susu kurang. Tapi, Sofie tak...susu tetap kuat minum juga. Aduhai, ngeluh juga ni...susu Sofie dah la mahal harganya. Nampaknya, Sofie terpaksa bertukar susu... mana larat weh...harga setin susu Sofie 900gm, hampir RM70 tau. FYI, Sofie minum susu Pediasure... Macam lah abisofie ni jutawan  yer. 

Jadi, mulai minggu ini, saya harus mengajar Sofie untuk tukar kepada susu yang murah sikit. Pilihan, mungkin Sustagen atau Dutch Lady123. Tengok la mana2 yang sesuai dengan badan dia. Kalau dia suka, serasi dengan badan, poo-poo pun cantik je, kita akan tukar. Kalau tak rasi, nampaknya, perlulah jugak berkorban teruskan susu yang amat mahal itu....huhuhu.

Dan terbaru tentang anak dara sorang ni, sangat suka mengacau abang2nya buat kerja. Mewarna, menulis adalah aktiviti abang2 Sofie. Dan Sofie amat gemar turut serta libatkan diri ketika abang2nya beraktiviti. Dan mulalah dengar jeritan si abang..."umi, Sofie kacau!" "umi, ambiklah Sofie ni!" "umi, Sofie tutup gambar. kitorang nak kaler!" Adeh.... memang memeningkan kepala bila budak 2 orang itu sudah menjerit.

Adik tetap adik...sayang pada adik tetap ada. Saat abang2 Sofie dalam mood yang baik dan waras, meraka akan layan Sofie sebaik mungkin. Masa ni tak kan dengar jeritan, rengekan dari abang2 Sofie. Sofie dilayan bagai puteri ok! Sangat senang melihatnya. :-)

Gambar ini bukan diambil semata2 utk dimasukkan dalam blog ini ye. Ini realiti, betapa baiknya abang2 Sofie malayan Sofie menulis....hahaha. Saya candid gambar ini semalam.....

Ok, kita jumpa di lain entry yer.... banyak sangat bebel nanti. cerita Sofie yang lain, dalam entry yang lain. Daaaa......

Saturday, October 02, 2010

Setahun sudah rupanya

Saat ini jam 4.30 pagi.... Setahun yang lepas saya bertarung melahirkan anak ini. Masih segar dalam ingatan, saat melahirkan dia, saya telah pun berada di hospital kerana Sofie telah dimasukkan di wad 8C HSB kerana broncholitis yang ringan. Tapi, ntah kenapa doktor mahu Sofie admitted. Dan saya redha...itulah kesudahan cerita bagaimana saya dan suami selesaikan masalah Sofie dan dalam masa yang sama saya ingin melahirkan bayi.

Semuanya sudah tertulis. Allah memudahkan semua jalan kami. Sofie warded, 3 hari kemudian, saya bersalin. Nurse di wad 8C sibuk bertanyakan hal saya, sama ada saya merasa sakit atau belum. Dan pada 1 Oktober 2009, sedari pagi saya telah merasakan yang saya akan bersalin pada malam itu juga. Segera menelefon suami yang masih berada di sekolah, minta dia bersedia apa yang patut, demi menjaga Sofie yang masih berada di wad.

Jam 10 malam, selesai Solat Isya`, saya beritahu staff wad 8C yang saya merasa sakit amat kerap, dan ingin melahirkan. Sesudah bersalam dengan suami, saya disorong oleh seorang staff nurse. Zuraidah namanya. Saya ingat lagi...sambil sorong saya menggunakan wheel chair, sambil borak2, turun ke bawah menggunakan lif....terus sampai ke Dewan Bersalin. 

Jam10.30 malam, doktor check laluan, owh...masih 1 cm!!!! Sangat kecewa. Ada ke patut, dia suruh saya balik dulu. Katanya lambat lagi bersalin ni.... Saya nak balik ke mana? Suami saya pun berada di wad 8 bersama anak perempuan saya. Jadi, mereka tempatkan saya di bilik menunggu.....

Jam 12 tengah malam, saya merasa sangat sakit, dah terus berjumpa nurse bertugas. Diperiksa laluan.... sudah 3cm bukaan. Di suruh saya baring di katil menunggu...sakit, semakin kerap. Nurse masih kata, lambat lagi. Saya naik geram juga.... tapi, mulut sangat laju mengucap dan berzikir sambil menahan rasa sakit. Ini anak ke4 ok! Bukan anak pertama. Saya sangat yakin yang saya akan bersalin malam itu juga. Sambil menahan sakit, saya juga tertidur sekejap. Sempat lagi tu....dah ngantuk sangat. Tiba2 sakit lagi..... tahan lagi, sakit makin kuat dan...saya menjerit minta tolong.

Saya lihat jam di dinding, sudah jam 4 pagi. Nurse check laluan, terdengar dia menjerit, "Patient ni dah buka 7cm!!!" Terus mereka sorong saya ke LR. Masa tu saya merasakan saya sudah mahu meneran. Terdengar nurse kata,"sabar dik! jangan teran dulu. Kita pindah katil sana..." Mana tahan weh.... Dah nak keluar ni.

Tapi, sempat juga berpindah katil. Bidan tanya, "suami puan mana?" saya jawab, "suami saya di 8C, jaga anak permpuan saya." Saya dengar dia kata, "Ya Allah...kesiannya. Sabar ye....Istighfar banyak2....."  Sekali teran, dua kali teran....maka, selamatlah saya melahirkan bayi lelaki itu, pada jam 4.20 pagi, berat bayi 3.0kg. 

Tersenyum saya saat mereka meletakkan bayi di dada saya. Hilang segala sakit yang saya tanggung saat saya berjaya memberikan susu pertama padanya. Hati berbunga saat melihat, betapa comelnya bayi itu di dada saya...... dialah, permata hati saya HIJAZ MUHAMMAD...

Wajah2 Hijaz saya... dari lahir.

Hari ini 2 Oktober 2010, genaplah dia setahun. Alhamdulillah.... dia masih bersama saya sekeluarga. Allah masih meminjamkan dia pada saya. Rasa sayang padanya. Walau banyak karenah, tapi sering beri kerjasama saat kakaknya, Sofie Mariah sakit. Sangat2 memahami keadaan.... Mungkin sebab sepanjang mengandungkan dia, sering keluar masuk wad, mengajar dia sesuatu....

Saya melihat setiap perkembangannya, dari mengiring, meniarap, merangkak. Dari merangkak perlahan sehingga laju. Saat dia berdiri sendiri, saya menjerit riang...saat dia mula bertatih, hati senang. Dan sekarang, masih dalam proses untuk belajar berjalan. Kadang2 jatuh, dan bangun semula. Jatuh lagi, bangun lagi... Jalanlah si kecil bulat ini dengan terkedek2.... Dia terus membesar dengan hasil susu uminya ini, tanpa solid food yang complete, tanpa formula milk. Alhamdulillah, dia sentiasa sihat......

Semoga membesar bagai johan ye anakku....menjadi insan soleh yang bisa membuatkan hati abi dan umi tenang dan gembira dengan kamu. Kamu permata hati abi dan umi...semua anak2 permata hati abi dan umi.

Hijaz terkini....bersama sepupu, Aisya Zinnirah.

SELAMAT HARI LAHIR, SETAHUN HIJAZ BERSAMA ABI DAN UMI..... SEMOGA SIHAT SENTIASA. YA ALLAH, PELIHARALAH ANAK INI. LINDUNGILAH DIA.....