Tuesday, October 26, 2010

Selera makan Sofie

Hari ini amatlah rajin update blog ini. Pagi tadi dah buat satu entry, Sofie join contest.... tiba2 petang ni buat lagi satu entry...pasal sapa lagi. Tentu saja pasal Sofie. Ada saja orang nak tahu pasal Sofie, kan? Gembira, seronok dan tak sabar sungguh umisofie ni nak bercerita tentang Sofie. Nak kongsi pada semua tentang perkembangan terbaru Sofie.

2 minggu lepas Sofie demam teruk, sampai hilang langsung selera makan. Dan sekarang, selera makan Sofie dah kembali. Siapa tak gembira,kan? Dalam minggu ini, saya perhatikan, Sofie amat berselera untuk makan. Makan nasi, makan bihun, makan mee, segala macam benda dia makan. Bila perut dah kenyang, tentu saja Sofie boleh bermain dengan gembira.

Hari ni Sofie makan mee. Mee kering yang yang buatkan mee sup. Mee sup yang Sofie makan sempoi je. Saya tak gunakan perencah segera ye. Masakan saya tiada MSG, untuk keluarga, kita mesti sediakan yang terbaik. No MSG dalam masakan. Memang tak pernah saya amalkan, ok!

Hari ini, Sofie makan amat banyak. Percaya atau tidak, Sofie menghabiskan satu mangkuk mee sup. Sangat kenyang si Sofie itu. Saya pun gembira melihat kekenyangan dia. Bila dah banyak makan, minum susu pun jadi kurang. Jimatlah sikit susu tu...hehehe. (Umisofie dalam mood kedekut! :-D) Lepas dia makan, main2 sekejap, saya pun selesaikan tugas saya sebagai surirumah..... dan tengok semula Sofie dah pun tertidur. Wah, tersenyum saya melihat Sofie yang tidur dalam keadaan kenyang. Amat lena..... kesian juga, sebab tidur sendirian.... :-)

Saya Sofie, tengah makan mee sup tengahari tadi. Sedapnya mee sup yang umi buatkan untuk saya. 

Ini mee sup yang umi buatkan untuk Sofie. Ada ayam, udang, carrot, sawi, telur.....mmmmm, nyum..nyum.... delicious! Sofie suka!

Ok, itu je cerita pasal Sofie untuk kali ini. Saya amat berharap keadaan Sofie seperti ini akan kekal berpanjangan. No sakit2, no fever2, no cough2, no flu2..... Saya nak Sofie yang sihat sentiasa, yang suka membebel, yang suka menyelongkar dan mengemas..... Sofie, umi sayang Sofie! Abi sayang Sofie!

6 comments:

  1. wah sedapnya mee..acik nak sikit leh tak sofie..hehe..

    Alhamdulillah..mesti sofie kembali aktif kan kak..:)

    ReplyDelete
  2. lady nengok mee sup tu sedapnya.. dah la tgh demam ni

    ReplyDelete
  3. Nampak cam sedap je mee sup sofie tu, segala macam ada lam tu. aina bukan leh nampak mee2 ni,peberet dia tu...

    ReplyDelete
  4. mee sup tu amat menarik la fiza..huhu..sama mcm fiza gak, suka bagi hariz & danial makan byk2...so,kurang la minum susu sikit..mcm hariz lagi la...kuat juga minum susu tepung..mujur la danial menyusu badan je..^_^

    ReplyDelete
  5. fiza...share resipi....mau juge bagi dak dadif mi sup...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....