Wednesday, October 20, 2010

Belakang kepala Hijaz ada bisol la wei....!

Salam sejahtera semua,
Berapa lama ye Fiza a.k.a Umisofie tak update halaman ini? Eh, baru sehari rupanya. Rasanya macam dah lama sangat biarkan blog ini menyepi. Tu la gamaknya kalau dah tegar sangat blogging. Baru sehari tak update dah rasa bagai seminggu tinggalkan blog. 

Entry kali ni nak story sikit la pasal Hijaz. Hijaz lagi? Lagi-lagi Hijaz....mmmmm, tak pe la. Ni cerita gempak punya,ok! Gempak sangat la tu. Bukan apa pun, ni ha...kat belakang kepala Hijaz tiba2 je saya rasa macam ada benjolan kecil. Mula tu ingatkan macam jerawat ke, tapi dah beberapa hari kemudian, nampak Hijaz tak selesa nak baring. Bila baringkan je, dia cepat2 nak bangun. Pastu macam tahan sakit. Apesal pulak dengan anak bujang saya sorang ni?

Rupa-rupanya, semalam tengok.... haaaa, tu dia........ Korang tengok la sendiri pic bawah ni, ok!:
Ada bisol kat belakang kepala Hijaz..... dah bengkak, dah merah dan ada 'mata' pulak tu. Patut pun dia tak selesa. Adeh la anak umi ni. Ada2 saja la.... Macam2 hal.....

Ni pic terbaru, baru pagi tadi capture. Fresh lagi ok! Bisol dah besar sikit dari yang semalam. Dari semalam saya sapu minyak but-but HPA je. Nampak macam dah nak kering sikit. Ada sesapa tahu petua nak sembuhkan bisol ni?  Malas la nak gi jumpa doktor. Doktor kat tempat saya ni naik muak agaknya tengok muka anak2 Umisofie ni, asyik gi klinik.... :P

Paling kesian dengan budak debab ini, time tido la.... dalam buaian, tak selesa nak baring macam biasa. So, terpaksa mengiringkan dia. Time menyusu dengan saya, terpaksa sengetkan sikit kepala dia supaya tak terkena pada bisol tu pada bantal. Sakit agaknya, sebab dia sendiri menangis bila saya cuba2 pegang kepala dia. Dan saat ini, dia lebih selesa menyusu sambil meniarap di atas badan saya... saya pun apa lagi, lelap jugak la! Hahahahaha...ambil kesempatan sungguh!

Kalau tido waktu malam, terpaksa tido meniarap. Sian betul anak umi ni. Merengek manja dia tu la buat umi lembut hati...cair  woooo dengan dia nangis manja tu. Sedih, sian.....

Paling best, walaupun belakang kepala ada bisol yang tak besar mana, tetap maintain cun, maintain comel dgn aksi2 yang menggoda umi dan abi....asik sangat bermain ok! Tu sebab uminya ini tak perlu risau. Tangga masih lagi ligat memanjat, trompet plastik seronok ditiup...hehe. Chaiyok dear! Esok2, kompom, bisol tu akan sembuh!

14 comments:

  1. Tak tau la apa petua nak baik kan bisul ni...tetapi kalau menurut org kelantan, kalau naik bengkak macam tu bukannya bisul namanya...Bisul itu kalau dari kepala ke bawah..nama utk yg tersbut di atas, x tau la pulak akak, depa panggil apa..hehe

    ReplyDelete
  2. ala, kesian hijaz..camne leh kene tu ek? echa selalu gak kepala dia ade merah² tp bile perati betul² rupanya luka sebab dia garu..

    ReplyDelete
  3. anak saya penah naik bisul atas kepala...kalo org kg kata "kenan"..tapi bila rujuk pd doc..dia kata xde istilah kenan...semua bisul..then dia kata kalau bisul atas kepala bahaya sket..bukan apa,takut kuman boleh merebak & leh sampai ke otak..so, better pi amik antobiotik la sblm terlambat...

    ReplyDelete
  4. kak melur..
    mcm tu ke kak...adeh, mcm2 la istilah. ni bukan bisol ke?

    ***********************************************************************************
    rina,
    kuku echa panjang kot. tu sebab bila garu kepala luka. hehe...

    **************************************************************************************
    ummisofea,
    adeh...takutnya saya. tak boleh jadi ni. nampak gaya kena bawa jumpa doktor jugak la cam ni yer.

    ReplyDelete
  5. ala siannya hijaz..
    emm..tatau pe petua yang bes..tapi,sy pernah try la..

    jgn gelakkkkkkkkk..
    masa sy sekolah rendah dulu,mbr sy kate,mak die kate,kalu bisul,amik air hidung (errr..hingus kot) letak kat bisul.masa kecik2 sy pernah gak la wat..haha..kecik2 kan,tak pk ape.tp,baik la plak.tah.kebetulan je kot

    ReplyDelete
  6. amirah,
    ye la...takut pulak kena jangkitan kuman kat otak...

    *****************************************************************************************
    ashra,
    mmg nak gelak.
    kahkahkahkahkah...
    tapi tak salah mencuba,kan? amik air hingus dia ke, akak punya? :-D

    ReplyDelete
  7. ishh..siannya hijaz...ayu tak berapa tau sgt pasal bisul ni...tapi tu la..fiza boleh la try petua2 yg kawan2 bg tu..mana tau..berkesan ke..

    ReplyDelete
  8. yelah, better g jumpa doktor..

    ReplyDelete
  9. Alahai... kesiannya hijaz.. cepat sembuh ya hijaz... Tapi jika boleh main macam biasa, Hijaz kuat! Yeay!

    ReplyDelete
  10. adoooiii, sakitnye.. baik g jumpe doc.

    ReplyDelete
  11. aduii..sakit tu ..kiter ni pun klau kene xmo disentuh tmpt bisul tu kn..ni kn pulak bdak2..tp kn,hani ska je picit,sebb dh ade mata..kasi kuar nanah2 tu semua..tp klau atas kpla ni sensitif skit kn..so..kene jumpa doc jgk kut kak..

    ReplyDelete
  12. alalalal tomeinya menten boleh main lagi tuh:):)

    ReplyDelete
  13. alahai sian nyer....kene jmpe doc ni mkn antibiotik bg mati kuman bisul tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....