Saja nak cerita hal Sofie. Lama betul sepi cerita tentang Sofie. Minggu lepas, Sofie kurang sihat. Jadi untuk bercerita hal dia pun macam tak ada mood jer....
Macam mana nak mula pun, saya tak tahu. Sebenarnya, banyak perkara baru tentang Sofie. Sofie yang semakin sihat, membuatkan saya sangat gembira. Namun, kadang2 hati risau juga. Sofie mudah sangat dijangkiti penyakit. Flu, mmg sangat2 mudah...batuk, dan demam. Bila semua penyakit tu dah dapat, alamat tak tidur malam la Sofie..... Tapi, alhamdulillah...sekarang sudah makin pulih dan sihat.
Berita terbaru, Sofie sekarang sudah pandai sebut 'abi'.... sikit-sikit abi, sikit-sikit abi. Bila diajar suruh sebut 'umi', jadi 'abi' juga. Tapi, kadang2 mahu juga terkeluar bunyi 'ammi'...hehe. Masa tu, perasaan si umi ni sangat2 la happy. Punyalah lama menunggu dia menyebut perkataan tu.
Dan Sofie juga sangat kuat makan. Suka betul dia mengunyah. Masa raya, bila bertandang ke rumah orang, mesti ada je makanan kat tangan dia, pastu mengunyah.... seronok tengok dia makan. Amat berselera. Bila dah selera makan, sepatutnya, susu kurang. Tapi, Sofie tak...susu tetap kuat minum juga. Aduhai, ngeluh juga ni...susu Sofie dah la mahal harganya. Nampaknya, Sofie terpaksa bertukar susu... mana larat weh...harga setin susu Sofie 900gm, hampir RM70 tau. FYI, Sofie minum susu Pediasure... Macam lah abisofie ni jutawan yer.
Jadi, mulai minggu ini, saya harus mengajar Sofie untuk tukar kepada susu yang murah sikit. Pilihan, mungkin Sustagen atau Dutch Lady123. Tengok la mana2 yang sesuai dengan badan dia. Kalau dia suka, serasi dengan badan, poo-poo pun cantik je, kita akan tukar. Kalau tak rasi, nampaknya, perlulah jugak berkorban teruskan susu yang amat mahal itu....huhuhu.
Dan terbaru tentang anak dara sorang ni, sangat suka mengacau abang2nya buat kerja. Mewarna, menulis adalah aktiviti abang2 Sofie. Dan Sofie amat gemar turut serta libatkan diri ketika abang2nya beraktiviti. Dan mulalah dengar jeritan si abang..."umi, Sofie kacau!" "umi, ambiklah Sofie ni!" "umi, Sofie tutup gambar. kitorang nak kaler!" Adeh.... memang memeningkan kepala bila budak 2 orang itu sudah menjerit.
Adik tetap adik...sayang pada adik tetap ada. Saat abang2 Sofie dalam mood yang baik dan waras, meraka akan layan Sofie sebaik mungkin. Masa ni tak kan dengar jeritan, rengekan dari abang2 Sofie. Sofie dilayan bagai puteri ok! Sangat senang melihatnya. :-)
Gambar ini bukan diambil semata2 utk dimasukkan dalam blog ini ye. Ini realiti, betapa baiknya abang2 Sofie malayan Sofie menulis....hahaha. Saya candid gambar ini semalam.....
Ok, kita jumpa di lain entry yer.... banyak sangat bebel nanti. cerita Sofie yang lain, dalam entry yang lain. Daaaa......
seronok jek tgk anak2 umisofie ni..
ReplyDeleteyg abg2nye kerjasama laks tu..
tak sabar tunggu mawar dgn adik dia plaks..
nak tau cmne keletahnye.. :D
bagusnya abang2 sofie ni melayan sofie ye..cuma tertanya2 mana perginya hijaz ye...tidur ekkk
ReplyDeleteui..khusyuknya sofie menulis..ada gaya sungguh..hehe
ReplyDeletebagusnya abg2 sofie..syukur.mesti fiza hepi kan! Akak nak cdgkan supplemen utk tolong tingkatkan antibodi sofie. Transfer factor. Ni pun doktor yg suggest kat akak ms hasif br kluar hosp dulu. Nmpk cam berkesan tp akak dah stop pasal hasif dah jarang sakit & harganya agak mahal. RM204 utk 30 biji kalau tak silap. Boleh la try kalu nampak sofi selalu x sihat..
ReplyDeletealhamdulillah..sofie da sihat.tak lama lagi pandai la cakap la kan..mesti banyak sofie nak ty..hehe
ReplyDeletea'ah..dulu aleesya kurang sgt berat badan.doc suggest pediasure..huhu.mmg tak tahan nak membeli...
jap je..sebulan dua je pakai.pastu mmg sama je berat tak naik2 gak trus tukar susu.keke
Syafiah reti sebut ayah je. asyik panggil ayah... nak apa pun ayah, ayah pi kerja pun panggil ayah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehehe..comelnya..:) pandai betul..!! seronok tgk ada abg2 yang layan..:)
ReplyDeletesukelah tgok mase sofie tgh kusyuk nulis tu, comei..
ReplyDeletekalaka juge tgok gelagat abg² sofie ni..biasalah tu kak, budak² mmg camtu, time mood okeh dia layan adik² ok, tp kalau mood ko, kene marah jugak adik tu..
Sofie bakal jelitawans juga sangat peramah dan mesra orangnya. Senyum jerrr..bertuah sungguh dapat jumpa dia n fiza jelita sekeluarga.
ReplyDeleteowhh sofie makin lasak yek..tape nnti leh lawan same abng yah..:)
ReplyDeletealahai seronok nyer tgk abg2 sofie layan adik...
ReplyDeletelagi syokk tgk sofie peganng colour pensil tu..sweet jek punyer la tekun menulis.hehehe...
good good...bagus la semua anak kak fiza ni.alhamdulillah syukur..;)
wow...cr sofie pgg pencil betul!
ReplyDeletehalooo dear. baru 1st time singgah sini and blog anda memang boleh dilayan sesungguhnya. dengan itu saya telah me'molo' anda dan meng'add'kan anda di blog saya. sekian ;)
ReplyDeletepanjang dah akal sofie ni
ReplyDeleteamboi amboi....pandainya sofie menulis tu...bila nak g sekolah?
ReplyDelete