Assalamualaikum semua....
Nak cerita pasal Sofie lagi ni. Cadangnya, nak stop la dulu cerita pasal Sofie. Tapi, sejak 2 hari ni, saya tengok Sofie amat positif, sedikit sihat berbanding semalam, kelmarin dan hari2 sebelumnya. Rasa membuak2 nak bercerita tentang anak dara sorang ni. Kot2 la ada yang nak tahu perkembangan kesihatan Sofie.
Saya gembira, saya seronok, saya suka, saya bersyukur padaNya yang telah mengembalikan kesihatan Sofie. Walaupun Sofie nampak masih tidak aktif seperti sebelumnya, saya tetap bersyukur. Demam Sofie sudah tiada, batuk Sofie tinggal sikit. Dan tak dengar dia batuk gatal macam hari tu. Selsema Sofie pun sudah pulih. Alhamdulillah...syukur sangat. Terima kasih ya Allah!
Cumanya, Sofie perlukan sedikit masa lagi untuk kembali aktif seperti dahulu. Adakalanya, saya merasakan Sofie sudah lupa apa yang pernah dia lakukan dahulu. Tapi, saya tetap bersyukur di atas nikmat sihat ini. Tak kisah la Sofie lupa atau tidak....boleh ajar lagi.
Namun, sangkaan saya meleset rupanya. Sofie masih ingat pada permainan dia. Sofie masih ingat pada buku2 kegemarannya. Sofie masih ingat pada flash card yang selalu Sofie sepahkan satu rumah. Flash card yang banyak tu sangat membantu untuk mengaktifkan Sofie. Bila nampak je saya keluarkan bekas yang mengandungi flash card, terus Sofie mengesot ke arah saya untuk bermain dengan flash card tersebut. Seronok saya tau!
Biarlah Sofie sepahkan flash card itu satu rumah. Biarlah Sofie sepahkan block2 permainannya. Saya tak kisah semua tu. Yang penting bagi saya, Sofie kembali sihat dan aktif. Boleh bermain seperti selalu. Saya boleh kemaskan kembali. Sepahkanlah Sofie. Nanti umi kemaskan.....
Mari lihat sedikit gambar gelagat Sofie yang sempat saya rakamkan. Excited sangat bila tengok dia sihat, umi ni sibuk pulak merakam aksi dia.... Marilah lihat.......
Leka dengan permainan block itu.... dan dengan permainan 'spinning music'. Bila di pusingkan akan mengeluarkan bunyi muzik yang boleh melekakan Sofie. Siap ada lampu warna warni lagi. Gembira Sofie memusingkan benda alah tu. Sebenarnya, permainan itu baru je beli untuk mengembalikan semangatnya. Berjaya juga!
Bersama buku kegemaran dan flash card yang amatlah banyaknya. Seronok menyepahkan segala macam flash card yang dah bercampur2 gambar dan kategori. Kerja mengkategorikan semula gambar adalah kerja umisofie yang amat 'rajin' ini. :-)
Seronok sangat untuk update entry kali ni, sebab seronok lihat Sofie kembali sihat. Doakan ye kalian, mudah2an kesihatan Sofie ini berpanjangan. Cuma saya masih risaukan tahap berat badan Sofie, makan sangat kurang sekarang. Boleh dikatakan, tak mahu makan langsung. Minum susu pun kurang..... mmmmmm.
Nota: Sangat mengada2 umisofie ni kan, edit gambar pun colour line nak berwarna-warni...hehehe. :-)
Alhamdulillah, sudah baik.
ReplyDeleteyeay! sofie dah sihat. untie masih kat hospital ni. hari kot baru anak untie boleh discharge. take care sofie!
ReplyDeletealhamdulillah .. jika anak dah sihat kembali , tak tau nak cakap mcm mana kan betapa gembiranya hati seorang ibu ..
ReplyDeletealhamdulillah...syukur sofie dah sembuh ye..
ReplyDeletealhamdulillah, sofie dah ok. penat la umie kemas rumah nampaknya
ReplyDeleteumialya,
ReplyDeletealhamdulillah....semoag sihat ini berpanjangan.
*************************************************************************************
comey belako,
semoga anak akak cepat sembuh ye kak...
**************************************************************************************
lana,
jadi rindu dgn telatah dia yg suka sepah2 barang...hehe
************************************************************************************
ayu,
syukur, alhamdulillah.
*************************************************************************************
ica,
tu la...mmg penat ngemas sgl mcm apa yg sofie kerjakan. hehe
hari tu nengok sofie sakit. ni ayesha semput. alhamdulillah dah ok sket. kalau tak, susah hati nak keje esok.
ReplyDeletealhamdulillah..sofie da makin sihat n ceria bermain..
ReplyDelete=) senang sket hati kan k.fiza..
ica,
ReplyDeletetu la...saya baca kat blog ica, yesha semput. tapi, ok la tu...dah baik,kan? alhamdulillah. kita kena sabarkan diri kita,kan? hehehe...
******************************************************************************************
ashra,
ye ash...akak mmg senang hati skrg. sofie dah pulih, makan dah selera balik, tido pun dah lena, mandi pun dah basah....hehe.
alhamdulillah..si omel bonda...sofie udah sehat...leh men2 ngn aktif lagi.....kite kasi penin pale ummie...:)
ReplyDeletealhamdullilah seronok tgk soffie dah main........auntie tumpang gembira sayang:)
ReplyDelete