Thursday, October 14, 2010

Ini kisah Sofie lagi

Anak2 beransur pulih. Tapi saya masih risau dengan kesihatan Sofie. Kenapa ye, saya diduga dengan anak2 yang sering saja sakit2. Sampaikan ada yang perasan, dan berkata, "anak2 Fiza ni selalu sangat sakit2. Sian..." Anak2 saya ni tak kuat antibodi agaknya? Macam2 dah diberi...vitamin itu, vitamin ini. Pernah juga bagi scoot emulsion, kata orang boleh kuatkan antibodi anak. Saya bagi mereka minum, muntah pulak. Mungkin tak daya nak telan rasa yang asli, try beli yang berperisa oren. Masam pulak...dah tak suka nak minum. Aduhai...macam mana tah nak buat lagi. Nampaknya kena juga gunakan vitamin alami....

Dah 2 malam Sofie tak boleh tidur. Tidur sering diganggau oleh batuk, gatal tekak. Batuk tanpa kahak.... sian tengok dan dengar bila Sofie batuk. Bila suami saya tiada dirumah, saya handle Sofie sorang2, menangis saya ni. Pernah beberapa kali, masa tengah tenangkan Sofie, sambil hiburkan dengan zikir, mengalir air mata saya. Tiba2 je tangan Sofie sentuh pipi saya, nampak air mata saya jatuh. Terus buat2 happy, nyanyi2 lagu dengan dia. Alahai....lemahnya jiwa saya ni.

Untuk sakit Sofie kali ni, dah 3 doktor saya jumpa. Semua beri ubat yang hampir sama, antibiotik, ubat demam dan ubat batuk. Untuk perjumpaan doktor yang ke-3 ini, keadaan Sofie hampir2 memuaskan. Ada perubahan dari sebelum ni. Di klinik Sofie sudah diberi nebulizer, sedikit lega bila dapat neb. Kahak Sofie tak banyak pun. Seperti yang saya katakan tadi, batuk Sofie batuk gatal. So, doktor telah berikan ubat khas untuk batuk gatal. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, ubat tu nampak berkesan dengan Sofie. Suami saya selalu berkata tiap kali beri anak makan ubat, "Kita usaha makan ubat ye. Nanti Allah sembuhkan." Ya, betul tu. Sihat kita bukan kerana ubat. Semuanya kerana Allah....

Saya minta maaf ye. Entry kali ni pasal Sofie lagi..... Sofie yang sakit dan masih lemah. Doakan ye, moga2 Sofie kembali ceria seperti dulu. Saya amat rindukan saat2 Sofie aktif dan ceria. Hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih baik dari kelmarin. Begitulah keadaan Sofie....

Saya mahukan Sofie yang suka makan macam dulu, Sofie yang suka sepahkan bakul mainannya, pastu kemaskan semula mainan2 tersebut, Sofie yang rajin mengesot pergi ke dapur dan mengacau saya memasak sambil bersepahkan almari dan mengeluarkan segala macam bekas2 plastik, Sofie yang rajin mewarna dan menulis tah hapa2 bersama2 abang2nya....owh, saya amat rindukan Sofie yang dulu. Bangkitlah Sofie, sihatlah sayang.......

14 comments:

  1. Bila anak tak sihat..semuanya serba tak kena..mulalah kita nak nangis sama..betul kak..ina pun sama..

    Ina doakan Sofie lekas2 sembuh..Amin..:)

    ReplyDelete
  2. get well soon sofie..nnti leh men2 same umie dan abang..

    ReplyDelete
  3. cepat sembuh tau sofie..jgn bagi umi susah hati lagi..kak fiza, ada dgr juga kalau kanak-kanak sakit perkara biasa sebab badan masih dalam proses membina antibodi..sebab bila dah besar nanti penyakit akan dapat dilawan sebab dah pernah kena penyakit tu dulu..wallahualam..ikhtiar apa yg perlu selagi kita termampu. tabahkan hati ye..insyaAllah tak lama lagi sofie ok..

    ReplyDelete
  4. nieda doakan sofie cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala.

    bila anak sakit, mmg cepat je air mata mengalir. merekalah permata hati kita.

    ReplyDelete
  5. Cepat sembuh ye sofie..kesian umie..

    ReplyDelete
  6. aunty doakan Sofie jd org yang lebih kuat & cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  7. aunty doakan Sofie jd org yang lebih kuat & cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  8. masa kecik ni antibodi belum banyak lagi.yet kat luar ni terlalu banyak jenis virus yg ada.sb tu budak2 selalu kena selsema.
    sekadar ingin berkongsi sb nabila pun dulu2 selalu selsema & amat seksa sekali nak bg makan ubat.so sejak tahun lepas akak gunakan quantum pendant di rumah.nabila tak pakai.kakaknya yg pakai & waktu mlm pendant tu letak bawah bantal.akak perhatikan nabila 7 nurul jarang kena selsema @ batuk.kalau nurul yg kena,tak jangkit kt nabila.baru2 ni nabila selsema jg sb dapat dr sekolah tp cepat sembuh...alhamdulilah tak sampai batuk/demam & tak payah bg ubat.kalau nak tau lebih lanjut boleh emel akak.bukan niat nak bisnes cuma sekadar berkongsi.

    ReplyDelete
  9. ina,
    betul tu ina...kalau anak tak sihat kita pun tak boleh tido lena...

    ****************************************************************************************
    akish,
    terima kasih. harap2 sofie cepat sembuh.

    **********************************************************************************
    amirah,
    tu la, sofie ni buat umi susah hati je, kan....

    ************************************************************************************
    nieda,
    harap2 begitulah....terima kasih yer...

    ************************************************************************************
    kak azma,
    begitulah harapan umisofie ni...huhuhu...

    ***************************************************************************************
    wina,
    terima kasih aunty wina (sofie ucap ni!) :-)

    **************************************************************************************
    kak ieda,
    fiza ada baca juga pasal benda ni. kat cosway pun ada jual. tapi, setakat ni, belum cubalagi...tgk la nanti fiza bincang dgn hubby. terima kasih kak..

    ReplyDelete
  10. akak sabar ye..lama tora x jenguk sofie kt cni..rupanya sofie x sihat..arap3 sofie cpt sembuh n akak byk3 besabar ye..insyallah dia akak sihat ye kak =) tora doakn sofie cpt sembuh n kembali ceria

    ReplyDelete
  11. MOGA SOFIE CEPAT SEMBUH YE FIZA.. hariz plak demam ptg smlm..huhu

    ReplyDelete
  12. salamss fiz,

    sayunya kak mieja baca...huhuhuu kuat & tabah tau :)

    kalau batuk gatal tuh biasanya paed akan bekalkan zirtec dgn ubt yg kaler putih tuh kan fiza?

    scott skrg ada keluarkan vit c perasa blackcurrect,juga omega 3 trylah fiza cari....

    auntie doakan soffie cepat sembuh, auntie rindu nak tgk gambar soffie yang ceria tu:):)

    ReplyDelete
  13. sabar ye.. moga soffie cpat sembuh

    ReplyDelete
  14. tora,
    sofie tak sihat tora. akak pun dah lama tak jengok tora. tq ye sbb tora sudi jugak jengok keadaan sofie ....

    ***************************************************************************************
    ayu,
    hariz demam pulak ke? sian...sabarlah ayu. fiza faham apa yg ayu rasakan....kita sama2 doa anak2 kita sihat semula yer...

    *****************************************************************************************
    kak mieja,
    mmg kena sabar kak, kena kuat, kena tabah....
    terima kasih ye kak..

    ***************************************************************************************
    umialya,
    terima kasih yer...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....