Monday, October 18, 2010

Kisah Hijaz Pulak!

Sedikit tentang Sofie. Sofie pun makin sihat dan ceria. Sekarang cuba semula untuk berselera makan. Walaupun makan sedikit sahaja, cukup menggembirakan hati saya daripada tak makan langsung. Harapan saya, kesihatan Sofie ini akan terus berpanjangan. Stop talking about Sofie,ok! Nak cerita pasal Hijaz ni... Lama dah cerita pasal anak bujang sorang ni.....

Lepas pulih dari demam sebab suntikan setahun 2 minggu lepas, budak bulat ini kembali aktif dengan aktiviti lamanya. Gelaran 'Hijaz The Explorer' oleh abinya, sangat2 sesuai buat waktu ini. Hehehe.... Semasa tengah ligat merangkak, tangga menjadi tempat permainan. Sampaikan terpaksa meng'cover' tangga. Pagar tangga tak siap lagi ni...adeh....!

Sekarang, Hijaz berusia 1 tahun 15 hari. Sudah pandai berjalan, tapi amat malas untuk berjalan. Berjalan ikut mood..... tak kisah la, yang penting, ada perkembangan. Bila Sofie dah pulih ni, Hijaz amat suka berlumba dengan Sofie...... biarlah, ada persaingan sikit antara 2 beradik tu. Meh tengok gambar Hijaz di tangga. Syok je umisofie ni menyenap gambo anak2 ni. Saja, buat kenangan bila mereka dewasa kelak. :-)

Aksi Hijaz di tangga....jangan risau ok! Umisofie tetap berhati2 bila Hijaz beraksi di tangga.
Hijaz sendiri tak mahu dipegang bila dia di tangga. Eksen sungguh budak ni! 

Pastu kan korang, saya baru belajar Cara Letak Video Facebook Dalam Blog. Dan saya telah mencubanya. Ini video Hijaz baru dapat kaki, nak berjalan satu rumah. Terima kasih untuk blog Liyanaa atas tunjuk ajar yang diberikan..... Lepas ni, saya akan gunakan kaedah ini kalau nak upload video dalam blog ini. (Sungguh naif umisofie ini ye, orang mungkin dah lama tahu, dia baru nak tahu. Kihkihkih!)
Hasil video yang saya uploadkan......


Ok....daaaaa....Nanti update cerita lain pulak! :-)

9 comments:

  1. Wahhh Fiza jelita dah pandai ya uploadkan video u tube kat blog...he he

    ReplyDelete
  2. bukan video u tube kak laili. video dari facebook je...tak suka nak guna u tube. hehe....

    ReplyDelete
  3. aritu igt nak cakap kat akak, tp rina asiklah terlupa pasal upload video dari fb..sgt senang kan kak, tak macam blogspot ni..

    wah, hijaz, esok² panjanglah langkahnnye ni, heheh..

    ReplyDelete
  4. wah...jenuh la nak kepung hijaz lagi sofie lagi. raksasa sedang mengganas...hehehe.

    ReplyDelete
  5. seronok tgk perkembangan anak-anak.

    ni nak ajak umi sofie utk dpt sampel percuma. jemput ke baranganterpilih.blogspot.com. cepat2 tau.

    ReplyDelete
  6. fiza...apasal video takdak plk hari ni??huhuhu

    ReplyDelete
  7. tahniah hijaz.. dah pandai berjalan ye

    ReplyDelete
  8. salam..wah..dah pandai jalan yer..nnt penat ler umi nak kejar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....