Perlu ke saya bercerita hal2 yang sedih2, sakit2 saja? Kadang2 hati bagai memberontak, betapa kurang sabarnya saya berhadapan dengan semua dugaan ini. Saya dapat banyak respon, betapa kuatnya saya hadap semua ini. Tapi, sebenanrnya, saya tidaklah sekuat yang disangkakan. Kadang2 rasa tewas juga dengan keadaan. Lepas seorang anak, seorang lagi anak tak sihat. Mohon semoga Allah teru memberikan kesihatan pada saya untuk memelihara anak yang tidak sihat. Mohon petunjuk supaya Allah beri jalan terbaik untuk kembalikan kesihatan anak2 saya. Berat sungguh dugaan.....
Saya risaukan batuk Sofie. Bagai orang semput dah jadinya. Kegembiraan saya tidak lama melihat Sofie sihat selepas pembedahan beberapa bulan lepas. Nampak lebih ketara sebenarnya selepas raya hari tu. Sofie sering saja sakit2, kembali kepada keadaan Sofie yang dulu. Demam, batuk, selsema, semput2.... Ya Allah, kesian anak itu! Sofie tak boleh tidur malam. Ikutkan hati saya, mahu saja saya bawa Sofie ke hospital. Tapi, suami saya cuba pertahankan. Habiskan ubat dahulu.... kalau ubat semua dah habis, dan Sofie tiada perubahan, nampaknya, pilihan terakhir Sofie ialah hospital. Andai kena tahan pun, saya pasrah..... Semoga tidak kena tahanlah, kesian jugak dengan Hijaz.
Saya bagai mahu giler dengan keadaan ini. Sofie, Hijaz.... kemudian, anak2 saya yang dua orang lagi tu, pun dah mula tunjukkan ciri2 tidak sihat. Bangun tidur batuk2, selsema.... "Ikhwan dan Amniy, umi dah tak larat. Tolong jaga diri kalian!", itu rintihan hati saya. Suami sering berkata, "Sabar ye mi..." :-(
Saya ni tak pandai jaga anak agaknya. Selalu saja sakit2 mereka ini. Kesian dengan mereka. Saya sedih sangat, sehingga menyebabkan saya hilang kesabaran. Mahu saja tinggikan suara.... dan menyesal atas perbuatan memarahi anak yang sering merengek tidak sihat. Ikhwan pula pandai menjawab, "Iwan sakit la mi. Janganlah marah..." Aduh, sayu je mendengarnya.....
Pagi tadi, Amniy bangun tidur terus nangis2, sambil batuk2. Sorang lagi batuk.... " Sudahlah anakku, umi sangat tak larat!" Kadang2 saya rasa saya tiada panduan. Saya lupa, sakit dan sihat kita datang dari-Nya. Tapi, kita tak boleh pasrah saja dengan keadaan. Perlu juga terus berusaha untuk kembalikan kesihatan. Ya Allah...berilah kekuatan kepada kami untuk menghadap ujianMu ini. Berilah petunjuk kepada kami supaya anak2 kembali sihat dan ceria.....
Rintihan hati...... saya perlu berusaha lagi untuk mengembalikan kesihatan anak2 saya.
sabar ye kak...sedih baca rintihan hati akak ni..tapi hnye akak yg tahu ape rase di hati..
ReplyDeleteSalamss fiza,
ReplyDeleteFiza Mesti kuat.....akak tau fiza blh lakukannya. Sekarang memang musim anak2 tak sihat selsema batuk demam, akak doakan semoga anak2 fiza sihat kembali....amin amin....
Yang penting fiza mesti kuat semangat, kuat fiza, kuatlah semangat mereka utk sihat kembali:).
Bagi mereka makan vitamin c setiap hari utk elakkan sebarang batuk/selsema inysallah.
Take care juga kat FIZA:):)
kak fiza, agaknya berjangkit2 kut selesema dgn batuk tu..moga akak terus kuat..sabar dan terus yakin ini hanyalah sementara aje..sabar ye kak..
ReplyDeletesalam fiza...anak ni mmg mudah kena demam/selsema/batuk.bila satu rumah lglah mudah berjangkit.
ReplyDeletebanyakkan minum air kosong.rajin2 mandi...sehari 3 kali esp pagi2.bangun terus mandi.keluar panas dalam badan.tapi kalau mcm sofie tu dah nampak semput jgn mandikan awal sgt.
fiza cuba amalkan scotts emulsion utk semua anak2...moga imun system mereka tambah kuat.
lagi satu amalkan banyak buah2an & sayur2an.
salam fiza,
ReplyDeletesabarlah, mcm tulah mak bapak kita dulu jaga kitakan..bila tak sabar, jadila cam akk ni ha, sendiri yg x sihat, demam, batuk, selsema..haru juga.
be strong dear. kita kaum ibu ni memang camtu. orang kedah kata...tara anak2 nak besaq...memang lagu tu la.
ReplyDeleteCB pun baru ja yang d 3rd kuaq sepital kes tonsil besaq sebelah...in few weeks nak kena operate puloks.
take care ok.
sabar yer umie...bebudak kekadang memang cepat berjangkit lagi2 klu selsema n batuk....allah akan menguji kita kerana Dia tahu kita mampu untuk mengharunginyer
ReplyDeletesabar ye fiza. Saya selalu juga rasa marah bila tak tahan anak merengek time tak sihat. Tapi bila teringat orang yang dah kehilangan anak, saya terus pujuk hati dan jaga mereka sebaik mungkin.
ReplyDeleteSebab sakit semua kuasa Allah swt. Pulihkan juga kuasa yang maha esa. ditakdirkan anak kita pergi juga kuasaNya. Jadi, sehabis baik layan anak kita waktu dia sakit. Takut menyesal dikemudian hari.
Walaubagaimanapun, ica doakan semuanya sihat cepat, dan keluarga fiza kembali bahagia dengan suara anak-anak bermain ye..
Salam kak.
ReplyDeleteAkak dikira sbagai kuat.
Sy pun slalu tension bila anak sakit.
Rasa cam frust sgt.
Tapi bila baca N3 akak sy rasa sy manusia lemah.
Akak begitu tabah menghadapai ujian yang lagi teruk dari sy.
Sy harap akak kuatkan semnagt.
Sama2 kita kuatkan semnagt hadapi dugaan dari Allah untuk kita.
Sabar ye Fiza. Akak pun perasan anak2 fiza selalu tak sihat skrg. Musim org sakit skrg ni. Rata2 banyak ank2 kecil yg tak sihat. Sabar ye.. cuma Sofie tu fiza kena lebihkan skit perhatian. Dah lama jugak dia x sihat tu..
ReplyDeletesabar ye fiza, tuhan nak menduga kita. pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku
ReplyDeletesabar ye kak..
ReplyDeleteitu je yang mampu wina ucapkan walaupun dah berkali² kot akak dgr drpd org lain juga
janganlah salahkan diri akak, ni semua dugaan..wina doakan Sofie & yang lain sembuh secepat mungkin
bila anak2 sakit,memang kita rasa penat sangat menjaga karenah diorang..
ReplyDeletekadang naik terlupa anak tu anugerah,bukan bebanan..
tapi sebagai manusia biasa, memang kita mudah hilang kesabaran..
sy pn cmtu gaks..lagi2 tgh mgandung ni,layan Mawar demam panas..
memang geram..tapi cuba lupakan dengan buat perkara2 lain yg dpt hilangkan stress..
sabar fiza...
ReplyDeletesakit tu ujian dari Allah, semoga fiza berjaya melalui ujian ini dengan tenang... :)
Bila anak sakit rasa nak mintak je sakit tu biar berpindah pada kita kan. Tak sanggup rasa tengok anak sakit. Tapi semua tu dugaan dari Allah. Nak menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menempuh ujianNya. Bila anak² semakin besar nanti semakin kurang la sakit. Sofie pun akan bertambah sihat. InsyaAllah.
ReplyDeletetatau wat is the best word to say.. =( tapi,sabo la k?bukan salah k.fiza mereka sakit.mmg anak2 kecil ni,mudah sakit wpun sehabes baik kita cuba buat tuk jaga kesihatan mereka..
ReplyDeletemoga mereka cepat sembuh dan masa sukar ni akan berlalu gantikan dgn ceria dan hepi semula k?
Ya Allah, kuatkanlah hati sahabatku ini...moga beliau tabah dalam hadapi dugaan ini...fiza, ayu pernah juga alami keadaan mcm ni..tatkala hariz kena cirit birit & muntah2 lps raya...lps tu danial plak muntah & cirit birit...lps tu danial batuk2 plak sampai ada kahak yg membuatkan danial kena ambil nebulizer kat klinik...bila jumpa doc, katanya benda ni berjangkit...ye, ayu akui, kat rumah pengasuh ada budak2 yg sakit sebegini..dah 1 rumah, mesti la share kan pinggan mangkuk, sudu garfu..so, apa yg ayu buat, tak leh nak ambil cuti...minta tolong mak ayu dtg jap ke kl utk sementara waktu jagakan budak2 ni..n alhamdulillah..dah seminggu dah...budak2 ni makin sihat... kita pun rasa tenteram sikit... mungkin fiza perlu kan satu suasana yg damai..mungkin boleh minta sesiapa yg dtg n jaga bersama2 ngan fiza utk sementara waktu..ayu faham susah gak nak handle anak2 yg sakit + kerja2 rumah lagi...
ReplyDeletekuatkan semangat ye fiza.. mmg tak sanggup kalau boleh tengok anak sakit.. biar kita yg sakit kan... anak sy pun sekarang ni batuk2 sampai muntah.. tak sampai hati tengok...
ReplyDeleteFiza jelita,
ReplyDeletefaham sangat apa yang fiza rasa...kita kan ibu - ibu jelitawans.
Memang letih dan stress melayan anak sakit bukan tak redha dan sabar...tetapi naluri keibuan yang begitu tinggi menyebabkan kita terlalu simpati dan kesian dengan penanggungan kesakitan anak.
Apa-apa hal pun, tenangkan diri dan banyak beristghfar. Semuanya ini dari Allah swt. Biasalah kalau seorang anak sakit, yang lain pun berjangkit. Apalagilah batuk dan selsema.
Banyakkan minum air suam, epal, elakkan ais dan mandikan anak dengan air suam. insyaALLAH
Assalamualaikum semua,
ReplyDeletesaya minta maaf...bila buka blog, dan buka pulak komen, byk sgt komen sampai tak terbalas satu persatu.... so, saya jawab secara general ok.
terima kasih kepada pengkomen yg best dan mantap blog ini. terima kasih kpd pembaca semua, walaupun masa blogwalking saya terbatas, korang tetap tak lupa blog saya ni. terima kasih diucapkan...sayang korang!!!!!!!
salamss fiza.....anak2 dah sihat ker? akak doakan semoga cepat sembuh semuanya.....amin amin:)
ReplyDeletesalam Fiza.
ReplyDeletelama dah akak tak blog walking dan update blogspot akak, atas sebab2 tertentu.
Fiza, teruskanlah menulis ya, semoga dengan menulis akan memeberi kebaikan dan kekuatan untuk kita. Semoga dengan menulis, akak pun dapat menfaat dari perkongsian Fiza ini begitu jua kawan2 yang lain.
Fiza,
pernah kawan akak bertanya pada akak,"Mengapa hanya airmata sahaja yang sering menemani hidup kita?Lepas satu, satu..."
Ketika itu kawan akak sedang ditimpa musibah.
"Ya Allah...berilah kekuatan kepada kami untuk menghadap ujianMu ini".
amin,amin ya Allah