Monday, May 30, 2011

Cerita Sofie lagi yer! Sikit je...

Saya kehilangan idea apa cerita yang mahu saya kongsikan di sini.
Lama juga saya tak bercerita hal Sofie.
Sofie sekarang, amat bijak. Kadang tu, tak terlayan dibuatnya. 
Sofie ada perangai sendiri, Hijaz ada perangai sendiri. Kalau di gabung kedua2nya, aduhai!
Memang terhibur la.... walau pun kekadang rasa...... sebel! Huh!

Sofie amat rajin mengikut saya dan suami solat. 
Kalau abangnya mahu solat juga, dia sibuk akan mencari tudung dan sejadah kecilnya.
Hahahah... lucu sebenarnya. Tapi, itulah antara sikap Sofie yang mencuit hati kami semua.
Tengok Pic bawah tu:
:
:
:

Khusyu` bersujud pada Ilahi. :-D
Dia sangat khusyuk mengalahkan uminya. Hahahah
Hijaz juga begitu. Tapi itu budak amat susah mahu di ambil gambarnya.
Nampak je umi pegang kamera, terus berhenti solat,
dan berlari menuju ke arah umi.... huhuhu.
Nak amik gambar Hijaz solat, kena tunggu dulu.
Tunggu waktu dan saat yang betul2 sesuai.

Penawar hati kala duka
Cukup dulu untuk kali ini.
Saya sambung cerita pada entry lain....
Daaaaa........

Memasak di hujung minggu

Semalam hari Ahad, hari yang sedikit sibuk bagi saya, sehingga tak sempat nak online mengupdate blog.

Tak kira nak cerita gak..... semalam, saya sibuk memasak dari pagi sampai petang. 
Penat tau! Heheheheh.......
Pagi, saya buat sarapan kuih cara berlauk, tapi saya telah ketiadaan ayam dan daging. 
Maka, jadilah cara berlauk sosej.... sedap juga tau!
Mak saya puji kuih cara saya sedap.... kihkih! 
Sambil buat cara berlauk tu, masak pulak nasi lemak serta sambal.
Tak dan nak ambik gambo nasi lemak saya kasi korang terliur..... :-D

Lepas sarapan, saya sibuk lagi buat laksa versi Fiza 
Sebab mak ayah saya nak datang dari jauh..... nun dari Sabak Bernam
Huh! jauh sangat la tu.

Laksa versi saya, mak saya puji laksa saya sedap tau :-D 
Dah selesai masak laksa, rajin pulak membancuh kek.
Nak tunjukkan skill membuat kek dengan mak saya yang dah sah2 tokey kek dan chef buat kek tu....
Adik saya kata, kalau dah ada genetic kek dalam badan, memang tak lari ke mana.
Hehehhe..... Tapi tak la se'terer' mak saya tu ye!
Kek ni saya ubah resepi sendiri.
Mak saya puji kek saya tau! Bangga gitu!
Katanya, kek saya dah boleh dijual..... siap dah kira modal dan harga jual sekali.
Ceh..... seronok betul kalau impian untuk meniaga kek terlaksana.

Terliur tak..... memang lembap dan sedap. Kurang manis pulak tu.
Nak resepi kek ni?
Saya dah tepek kat blog saya yang sana tu.
Sila lah yer..... 

Buat 2 bentuk, bentuk ni sekali hadap jer.....
Ok, itu je utk pagi Isnin ni.
Pepagi ni, kasi korang terliur dengan hidangan2 saya semalam.
Eh, lama saya tak cerita pasal Sofie,kan? 
Nanti saya cerita balik... sibuk beno dengan masakan.

Sunday, May 29, 2011

Nama Ikut Cursor

Sumber gambar dari Faceblog juga
Tengok cursor blog saya ni,
ada nama "umisofie", kan?
Hehehehe......
Selama ni, jenjalan kat blog orang berfikir,
macam manala cursor dorang ni boleh ada nama jalan2, terbang2 mcm tu.
Siap membontot je cursor tu ke mana ia pergi. :-)
Baru saya tau macam mana nak buat.
Berminat nak tahu tutorialnya?
Sila ke SINI
Terima kasih ye adik dari faceblog, sudi kongsi ilmu ini.
Syok la faceblog, macam2 tutorial ada.
Akak yang buta IT ni pun jadi celek IT. Hheeheheh
Suka akak,dik! :-)

Faceblog Gempak Bloglist Jun

Dengan ini, saya menyertai bloglist gempak di faceblog
Jom sertainya ramai-ramai :-)


Tarikh tutup : 30 JUN 2011
Sekian terima kasih.

Saturday, May 28, 2011

Gejet 'followers' hilang!

Korang tengok blog saya...
Dari semalam kehilangan gejet tu.
Aduhai.... dah la yang mem'follow' saya sikit orang.
Tetiba, dia nak hilang cam tu je.....
Ape kes dengan blogspot ni?
Masih problem macam dulu lagi ke?
Saya jenjalan blog lain, ok je... ada je gejet 'followers' tu.
Kat blog saya satu lagi tu pun masih ada gejet tu.
Ngan blog ni... apa kes yer?

Kehilangan gejet 'followers'
Ish... geram pulak saya.
Saya perlu bersabar untuk beberapa hari lagi.
Kalau esok hari masih tiada.... kite bako jer.....
Muhahahahahaha! Ada berani?
Adios.... Assalamualaikum.... (tak jawab dosa ye :-))

Ujian lagi!


Hari Sabtu yang ceria.....
Dah 2 minggu saya sakit tekak. Tapi, kali ni, lain macam je.
Terasa macam tekak saya bengkak. Terasa ada benjolan di tekak saya.
Dari malam tadi, saya tak boleh nak telan air liur...
Apa lagi menelan makanan..... perit sekali rasanya!
Ujian..... sekali lagi Allah sayangkan saya!
Terima kasih Allah!

Malam tadi, suami saya belikan eskrim..... wah.....
Time saya sakit tekak baru nak belikan eskrim ye! 
Ubat sakit tekak katanya. 
Rasa sedikit nyaman bila eskrim vanila dan coklat itu masuk dalam mulut,
tapi..... huwaaaaa.... rasa mahu menangis juga ketika mahu menelannya. 
Perit amat!

From Google!

Bangun pagi, terasa lagi perit.
Langsung tak berselera mahu bersarapan....
Ya Allah! Sakitnya!!!!!!!!!!!!!

Antibiotik, cik somi belikan kat farmasi
Dan memaksa saya mengambil antibiotik.
Baru sekali makan, terasa mengantuk dan tertidur.
Bangun dari tidur, tekak terasa makin kurang perit.
Alhamdulillah.... Insya Allah, lepas makan 3x sehari nanti, pasti akan sembuh.
Amin......

Friday, May 27, 2011

~Blog Saya Satu Lagi Nun.....~

 Salam pagi Jumaat semua.....
Semoga sama2 kita mendapat keberkatan Ilahi.... Aminnnn....

Malam tadi saya gatal tangan godek sana sini perbaiki blog saya satu lagi tu.
Haaaaaa...... Inilah hasil yang sedikit memuaskan hati saya.
Suami pun kata, "ok... cantik!"
Selama ni, blog sana tu agak kusam je. 
Macam tak ikhlas je nak tepek resepi. 
Sekarang, empunya blog rasa bersemangat pula.
Hehehehe......
Nampak gaya, lepas ni, kena rajin2 la belek resepi kawan2 untuk saya simpan di blog sana tu. 
Ok, pada sesapa yang belum tahu akan kewujudan blog ini, dengan ini saya persembahkan
Sila ye, jangan malu2. Walaupun resepi yang ada tidaklah banyak mana.

Tempat Fiza Simpan Resepi
Dan paling tak sangka, blog sana tu ada jugak followers. 
Huhuhuuhu.... terharu makcik tau!
Masa mula2 wujudkan blog ini, tak terniat pun nak ramai followers.
Sebabnya, niat saya wujudkan blog ini HANYA UNTUK SIMPAN RESEPI.
Kalau saya simpan di folder lain, kalau komputer saya rosak ke, kalau2 tak dapat nak diselamatkan resepi2 saya tu, haaaaa.... kan dah jadi masalah.
Nak simpan kat buku kertas, ok juga, tapi, macam maleh je nak manyalin.
Maklum la dah biasa menaip.... :-)
Tengok la follower saya.... dah capai 41 orang. Terharu saya. Terima  kasih ye.
Baru 41 orang dah kecoh sedonia,kan? Orang lain dah beribu-riban!
Terima kasih ye kalian2 yang sudi menyokong saya selama ni.
Walaupun blog yang satu tu tidak setanding blog2 resepi yang ada di alam internet ni,
saya berharap, saya boleh menjadi macam chef2 dalam internet.
Hehehehe.... angan2 mat jenin!
Sapa nak follow, follow la..... (muka tak tahu malu minta org follow blog dia, ceh!)

Thursday, May 26, 2011

Amniy minta puding roti

Dah 2 hari si Amniy minta saya buatkan puding roti. 
Katanya, "Ala mi, nak kuih roti yang ada sos kuning tu." 
Dan pagi tadi, sempat la buatkan kuih yang diminta tu.... 
Saya pernah buat dulu, tapi lain cara. Kali ni saya buat cara yang lain pula. 
Resepi saya ambik dari blog adik kenalan Ratuhati.com, Shila
Saya ada kopi pes resepinya di blog saya satu lagi tu. 
Macam biasa la, kalau berkenan nak tengok2 silalah ye. 

Ni yang saya buat pagi ni.... nyum, nyum... delicious ok! Sos pekat gitu!
Dah tepek gambar kat sini dah. Hehehehe...

Haa.... amacam Amniy, Ok tak? Puas hati?
Pagi ni saja dia melantak 3 ketul ok!

Wednesday, May 25, 2011

Lain dirancang, lain yang jadi

Entry ke 3 untuk hari ini, kalau terlebih rajin dan banyak masa.... inilah jadinya!

Saya sangat teringin nak makan kuih keria. Cik somi pun belilah keledek, tapi keledek putih nun.... putih pun, putih ler.... janji nak jugak buat kuih keria idaman. Dari malam tadi dah rebus keledek, supaya esok harinya, senang. Tinggal campur sikit tepung dan bentuk je....

Bangunlah saya di waktu dinihari, jam 5 pagi, nak gentel2 kuih keria idaman. Excited dan bersemangat sungguh! Sekali minyak dah panas, nak goreng, tunggu beberapa minit, tiba2 kuih dalam kuali tu meletup2 dan pecah. Alamak! Apesal ni? Ni bukan kali pertama nak buat kuih keria. Boleh dikatakan kuih keria ni, dah expert tau..... kunun la. Sekali tgk2 jadi macam ni:

Tak jadi..... ceh!
Sungguh tak cantik.... sebelum semua sekali meletup dalam kuali, dan terburai habis, baik kuangkat dulu. Lain kira apa nak jadi. Hancus harapan nak makan kuih keria idaman pagi tadi. Rasa nak campak dalam tong sampah je, kiciwa!!!!!!

Tapi, seb baik berfikir dengan rasional. Kalau dah buang tadi, mesti tak dapat nak buat kuih lain. Akhirnya, saya lenyek lagi kuih keria yang tak jadi tadi, maka jadilah kuih bingka keledek. Nak resepi kuih bingka keledek yang saya buat? Boleh ke sini ye :
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/2011/05/bingka-keledek.html. (Kempen blog resepi sendiri la pulak. hehehehe)

Bingka Keledek
Anak2 pun makan dengan suka hati. Umi kena kretif ok! Jangan tak jadi je nak buang. Boleh ubah suai buat kuih yang lain pula. Hehehehe..... Meh tengok gaya Hijaz dan Sofie makan kuih bingka keledek meh!

Penuh satu mulut!

Kihkihkih...... lahap sungguh anak dara umi makan!

Kulit HITAM tak pe, yang penting hati PUTIH, BERSIH!!!

Entry ke-2 pula....
Beberapa hari lepas, Ikhwan balik sekolah dia mengadu dengan saya. Sebenarnya, dari dulu lagi dia mengadu hal yang sama, tapi, kelmarin dia mengadu lagi......

"Umi, kawan Iwan ejek Iwan hitam." 

Dia mengadu dengan gaya sedih tau! Korang sebagai ibu, macam mana kalau anak cakap macam tu. Saya dengar pun, bagai terhiris jantung. Sian Ikhwan, anak umi ni! 

"Sampai hati kawan Iwan cakap Iwan hitam. Dia putih ke?" 

"Ha`ah, kulit dia putih." Ikhwan jawab.

Dah la umi Ikhwan ni tak berapa nak putih, abi Ikhwan pulak tak berapa nak cerah, lahirkan anak tentu saja ikut genetik abi dan uminya. Tak kan la nak ikut gen anak2 cina kot. Dorang dah tentu la kulit cerah, putih dan ada yang gebus gitu. Sian tau anak kita. Nape ejek anak kita kulit gelap, hitam.... Uhuk... uhuk.. uhuk... Sedih saya!

Saya beritahu Ikhwan, " Biarlah apa kawan Iwan cakap. Iwan jangan layan. Walaupun kulit Iwan tak berapa nak putih macam kulit kawan Iwan tu, yang penting, hati Iwan mesti putih, bersih, suci." 

Saya peluk dia sebab terharu dia ngadu cam tu. Nak kecewa pun, buat apa. Dah kawan yang cakap tu pun sebaya Ikhwan, budak Tahun Satu. Bukan tahu apa. Budak2 kan suka ejek orang. 

Saya selalu beritahu Ikhwan, "jangan sesekali ejek orang. Kalau Ikhwan ejek orang, Ikhwan ejek Allah. Yang jadikan kita kan Allah....." 

"Umi, Iwan dah cakap dengan kawan Iwan tu, ko ejek Allah ye. Sebab ko ejek aku hitam." 

Ikhwan kata, kata dia senyap je bila Ikhwan cakap macam tu. Mmmmmm, pandai anak umi! Sabar je la dengan perangai budak2 ni!

Ikhwan, kulit gelap ke? Alahai... sian anak umi.

Pagi2 dah bebel pasal kasut sekolah!!!!!!


Assalamualaikum,
Pepagi ni hangin satu badan..... Apa ni, Fiza? Pepagi dah hangen! 
Hohohoooo.... lepas Ikhwan pergi sekolah, saya nampak sepasang kasut yang amat 'cantik'.
Owh! kasut sekolah yang telah ditinggalkan oleh Ikhwan.
Dia pergi sekolah pakai kasut lain la tu.
Bertuah kamu!


Lihatlah gambar tu.... ini rupa kasut budak Tahun Satu yang baru 2 hari pakai.
Gini rupanya.... adeh, mana la umi tak hangin.
Bila di tanya, "Iwan main apa kat sekolah ?"
Dia jawab, "Iwan dengan kawan Iwan main pijak2 kasut."
Saya balas balik, " ooooo..., mentang2 la umi yang basuh kasut Iwan"
Dia.... senyum je.
Bertuah tak bertuah anak saya sorang tu, aci taram jadah je dia.....
Nampak sangat betapa seronoknya dia berada di sekolah. :-)
Hari2 saya dok nasihat, jaga kebersihan ye, jaga kebersihan ye, jaga kebersihan ye.
Haiya!!!!!!!
Senyum, senyum yer... jangan marah2.

Tuesday, May 24, 2011

Amniy, budak baik.

Salam semua.....
Hari ni sibuk la.... semalam kan main lagi, sampai 3 entry. Hari ni, baru nak start entry pertama ni. Kalau rajin, cadang nak buat lagi entry lagi... tengok la. Kalau rajin....Entry beberapa hari ni, hanya entry santai2 ok! Tak mo la serius2! Stress saya tau!

Saya nak cerita anak kedua saya. Nama, Amniy Mahfuz, umo, 5 tahun. Dulu, masa komputer saya masih kosong (sebab bermasalah), dia langsung tak nak guna komputer. Sekali pakciknya (adik saya) masukkan beberapa jenis game, dia selalu berebut komputer dengan abang Ikhwan. Kadang2 berebut komputer dengan umi. Confirm, dia menang.... kadang2 umi menang. Hehehehe...

Saya dah cakap awal2 lagi, lepas beli CPU baru, jangan sesapa main game online. Game online yang dorang main la penyebab komputer selalu di serang virus. Kalau nak main, takat Nicksplat je. Tu pun, tah iye tah tidak tak de virus. Game lain.... no, no, no! Walaupun ada antivirus, belum tentu virus tak datang menjengah ok! Seb baik dorang faham...... Melalut lebih dah saya ni.

Amniy Mahfuz, si budak baik
Bukan apa, saya nak citer, pasal budak baik ni... Baik sangat ok! Kalau mood dia baik, mmg baik yg amat. Tapi.... kalau mood dia tak baik, ampunnnnn.... Tapi, anak saya sorang ni, sangat rajin mengaji tau! Jangan tak tahu. Tiap malam dia nak ngaji. Kalau saya belum solat Maghrib, dia dah siap tunggu saya untuk ngaji.Dia solat awal2 dari saya, kadang2 belom masuk waktu lagi dia dah nak solat. Punya la excited! Yang bestnya, dia dah ngaji juzu` 3 sekarang. Sejuk perut saya mengandungkan dia. Hehehehe....

Dan korang nak tahu sejak akhir2 ni, kalau dia main game komputer, dia mesti dengar zikir munajat dari Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Suka betul dia.... saya pun tumpang dengar sambil2 buat kerja2 rumah. Sekarang, dah hafal dah zikir tu. Hari2 dengar, mesti hafal punya. Nak download zikir Ustaz Dzulkarnain? Meh download sini. Sofie kalau abinya dendangkan zikir tu sambil peluk dia, confirm tido! Anak2 ni, eloklah didengarkan dengan alunan mendidik jiwa, kan.

Saya cerita hal Amniy ni bukan apa, sebabnya, saya dah la tak hantar dia sekolah. Pastu, budak ni rasa macam terabai je. Rupa2nya, dalam pada perasaan saya begitu, (rasa terabainya anak sorang ni), saya boleh berbangga la jugak, Amniy dah lancar membaca, Amniy dah lancar mengira tolak tambah, Amniy dah hafaz bacaan dalam solat, Amniy dah mengaji Quran. Saya fikir sendiri, kalaulah saya mampu sekolahkan dia.... mesti dia dapat lebih dari tu. Tak pe la, positifkan diri, rezeki masing2. Buat je yang terbaik untuk anak2. Tu kan amanah Allah. Saya sedang usahakan yang terbaik untuk anak2 saya, walaupun serba kekurangan. Mmmmmmmm.....

Ramai yang kata muka Hijaz sama dengan Amniy
Ok la.... kang bosan pulak baca cerita saya. Sebenarnya, petang2 ni busan... tak tahu nak cerita apa. So, cerita la pasal si Amniy tu......

Monday, May 23, 2011

Bila tengah boring, terciptalah entry kisah anak2

Ini entry ke-3 saya untuk hari ini. Wah! Rajin la pulak....
Sehari sampai 3 entry...... boring tahap gaban ni!

Boring ah petang ni, kan...kan.....
Ikhwan ke sekolah agama, Amniy pulak tido.
Sofie juga tido... Hijaz juga, sambil mengempeng ni haaa......
Cik abang saya pun belum balik dari sekolah...
So, cerita sikit pasal anak2 le..... ok, ada yang mahu tahu?
Sila, sila ye.... :-)

Bila dibiarkan anak2 kecil makan sendiri,
Kunun2 si abang mahu pantau....
Tapi,...... huh!
Rumah dah dibersihkan, terpaksa bersihkan semula
Kalau abi ada, sure abi kata, "Siannya nasi, membazir je anak2 abi ni."

Sofie dengan gaya terkangkangnya.
Mahu makan nasi goreng umi, tiba2 umi snap gambar la pulak.
Adeh! Sofie.... buat spoil jer!
Malu umi eh, anak dara umi makan terkangkang.
Apa ni?

 Ya Allah, Hijaz!
Mana baju kamu? Malu lagi umi kamu ini ye....
Anak umi makan tak pakai baju. Ni kes lepas mandi terus nak makan.
Cukup mengamuk bila disuruh pakai baju.

 Aktiviti lepas makan,
main2 dengan adik Ijaz. 
Kat FB tadi, orang tak dapat teka ni sapa.
2 orang teka ini Hijaz. Hehehhe....
Sofie ni wei, Sofie si kretip gurl. 
Pantang nampak kotak susu tu dah kosong..... ni la keje Sofie.
Jalan2 sambil tutup muka kepala dengan kotak,
habis langgar semua benda. 

Hijaz pun nak main kotak jugak.
Tapi Hijaz takut.....
Kotak tutup je kepala, kelam kabut macam orang kelemasan.
Hehehehe.......
Ish, tak nak la...... tak nampak jalan!

Ikhwan tak tumpu nak study, budak2 dok melepak jer...

Minggu ni minggu yang sibuk sekali. Minggu peperiksaan untuk Ikhwan. Sebenarnya, peperiksaan sudah bermula minggu lepas lagi. Tapi, tidaklah sesibuk minggu ini. Kesihatan hampir pulih.... tapi, masih ada sisa2.... tak lama lagi, pulih la..... Terima kasih pada yang sudi mendoakan kesejahteraan umisofie sekeluarga.

Ikhwan terpaksa di larang dari bermain di luar. Cuma, bermain untuk hilangkan stress belajar. Ini peperiksaan pertama Ikhwan, jadi saya sebagai ibu agak risau sebenarnya. Harapan tidaklah terlalu tinggi, tapi, tetap berharap agar dia tidak turun kelas. Kalau dapat naik kelas, alhamdulillah. Tapi, kalau dia tetap di kelas (B) pun dah cukup bagi saya.

Semalam, Ahad..... Saya tak faham dengan budak2 yang datang dok melepak depan laman rumah saya dari pagi sampai ke petang. Suruh balik, masing2 tak nak balik. Ikhwan ni dah la cepat terpengaruh dengan kawan2. Dengar suara kawan2 sembang kat laman rumah, dia pun jadi tak tumpu untuk study. Saya terpaksa tutup pintu dan tingkap. Budak2 tu pulak dok bermain bola dan sembang2 sakan..... Pulak tu, kawan2 Ikhwan yang dok melepak kat rumah saya, bukan sebaya dia. Semua usia sudah 10 tahun. Dorang ni...... (geram jugak saya!)

Sebelum masuk waktu Zuhur, saya benarkan Ikhwan join kawan2nya, sekejap. Untuk lepaskan lelah.... Selesai azan, saya minta Ikhwan masuk rumah untuk solat, dan minta semua orang balik rumah. Tapi sorang pun tak nak balik. Agaknya saya ni baik sangat kot! SO, budak2 tu tak takut... teruskan aktiviti buang masa melepak depan rumah saya. 

Suami saya balik surau, tanya dengan budak2 tu, "dah solat Zuhur?" Masing2 jawab belum. Seb baik mahu mengaku! Bagus juga, dorang tak tipu. Suruh balik solat zuhur dulu, masing2 buat tak tahu. Akhirnya, minta semua ambil wudu` dan solat di rumah saya. Kadang2 saya sendiri tak faham, ibubapa budak2 ni tak risau ke anak2 dorang tak balik rumah. Tak makan, tak solat, tak buat ulangkaji.... Sehari suntuk dok melepak rumah saya. Tu saya tak kasi masuk rumah tu, kalau saya terlampau baik, suruh dorang masuk rumah, lagi la dorang tak mo balik agaknya.


Dah la.... maleh ar dok cakap pasal anak orang. Beringat Fiza, awak tu ada anak jugak! Saya harap, budak2 ni cepat2 la sedar..... jgn la dok melepak je kat rumah orang. Paling penting, ibubapa kena sedar dulu, dimana anak2 anda melepak. Kecik2 dah nampak suka nak membudayakan aktiviti melepak. Dah besar kang...... Ish, nauzubillah!

Dan dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sepupu saya yang baru melangsungkan perkahwinannya Sabtu lalu. Monasha dan suami, semoga kalian dilimpahkan rahmat dah kasih sayang Allah. Sorry ek, hadiah dari Fiza tak seberapa la..... Heheheh.


p/s: Sofie masih batuk...uhuk...uhuk...uhuk.... sian Sofie!

MELURJELITA.COM BERSAMA AWAK SUKA SAYA TAK?,

Tetiba je nak buat entry pasal novel kak lali jelita ni... hehehe
Kak Laili, Fiza tak baca habis lagi... tak dan. Tapi tetap nak join juga, ok!

Kak Laili cayang, Fiza dah buat :
1. letak banner - Done!
2. jadi follower - Done! (lama dah :-))
3. buat entry - Done!
4. tinggalkan link - jap lagi, lepas publish, Fiza tinggalkan ok!
5. masukkan blog akak dlm bloglist Fiza -Done (lama dah  masukkan)

Boleh tolong promotekan blog Fiza yang dah makin merudum tu... hehehehe!

Friday, May 20, 2011

Bila semuanya sakit.....

Aaaarrrrrgggghhhhh!!!!!!!!!!! Macam mana nak buat ni! (Aduhai, mengeluh pulak dah!)
Satu keluarga saya diuji lagi. Betapa sayangnya Allah dengan kita,kan? Tanda ingatan Allah pada kita. Alhamdulillah, Allah sentiasa ingat pada kita sebab beri kita ujian begini.

Gambar ihsan uncle Google
Korang nak tahu, Sofie batuk, Hijaz batuk, Ikhwan juga batuk. Amniy je yang tak batuk. 
Cuaca sekarang menyebabkan badan kita semakin tidak sihat. Sian anak2..... Sofie, macam biasa la....
Gas asthalin 4 hourly! Huh.....

Suami juga tak sihat, sakit gout menyerang, sudah hampir seminggu jalan berdengkot. Dalam masa yang sama, sedikit demam, batuk dan sakit tekak. Sekarang berjangkit pula dengan saya, sakitnya tekak! Nak telan air liur pun terasa pedih dan sakit. Aduhai..... Terasa lemahnya kita sebagai manusia.

Gambar ihsan uncle Google juga
Tiba2, saya bangun tido pagi tadi, mata tak boleh nak buka pula. Kenapa ni?
Tak kan sakit mata pulak? Dan sah-sah.... bila tahi mata bertepek, bila mata terasa gatal dan pedih,
memang sahlah sakit mata. Ujian lagi..... Alhamdulillah!

Dan paling teruk, saya sangka sakit ketika melahirkan itulah sakit yang paling azab.
Rupa2nya, owh! Saya sakit gigi pulak.... Apa ni? Kenapa saya terasa sakit semuanya.
Sakitnya gigi! Nak makan tak boleh, perut terasa lapar yang amat. Tapi, tak boleh nak mengunyah.

Gambar ni pun ihsan uncle Google
Petang semalam ada temujanji Sofie dengan Puan Anida untuk Speech Therapy.
Tapi, terpaksa batalkan disebabkan hal2 ini.
Hantar je sms pada Puan Anida.... nasib baik Puan Anida ok! Sian dia, terpaksa tukarkan date Sofie.
Sorry puan!

Saya tiada mood..... saya akan BW bila saya sihat nanti.
Tengok la petang2 ke, malam2 ke..... Korang doakan saya KUAT ye! 
Saya kena kuat, sebab saya nak jaga keluarga!
See u!!!!!!!

Thursday, May 19, 2011

Perangai Anak Bongsu Saya

Hari ni ada mood nak update, kasi penuh entry....
Hahahaha.... syok! Entry syok sendiri!
Tapi, maleh nak bebel panjang2.
Just, nak tunjuk kat umum perangai anak bongsu saya.....
:
:
:
:
:
Pantang tengok bakul kuning tu kosong....
Pasti dikurungkan dirinya sendiri.... :-)
Wah.... siap landing2 atas musical drum tu yer...
Baaaa chaaaak! Ijaz, umi buka ye?
Akhirnya, tunjuk muka comel tu yer. (ooopppsss.... cumelkah dia?)
Ibu mana yang tak kata anaknya comel,kan... walaupun orang tengok anak kita biasa je.
Tak de pun comel mana...... Bagi umi, Ijaz sgt comel ok! :-D
Masa Ijaz main drum dengan bakul ni kak chik tengah tido... cuba kak chik ada, pasti berebut. Riuh satu rumah. Dah rupa rumah asuhan kanak-kanak. Kihkihkih..

Ok, jumpa lagi nanti ye. 
Sofie ada appointment petang ni, biasa la.... HSB nun!
Appointment dengan Pn. Anida, Speech Therapy.
Nanti saya updatekan cerita speech therapy Sofie dengan Pn. Anida.
See u all!

Wednesday, May 18, 2011

Besday abi, umi belanja!

Sebenarnya, entry ni patut di buat pada 16 Mei lalu. Tapi, memandangkan mood hari itu ialah mood hari guru, jadi, entry ini terpaksa buat hari ini. Lagi pun entry ini dituju khas buat suami tercinta, Encik Subky bin Ramli, kerana pada 16 Mei lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-33. Selamat hari lahir, dearest darling!

Memandangkan pada 16 Mei lalu, cik abang saya ni demam teruk dan kaki pun sakit, maka tiadalah acara meraikan hari lahirnya. Huhuhu..... sian.... mood tiada sungguh! Tapi, esok harinya, memandangkan ianya jatuh pada hari cuti, hari wesak, saya telah keluar makan2 bersama suami dan anak2, sempena hari kelahiran cik suami. Kali ini umi yang belanja korang semua.....

Anak2 sangat teruja untuk makan kehepsi.... huhuhu. Itu pilihan mereka. Dah lama benar mereka tidak makan kehepsi. Kunun2nya, boikot la, tapi...... hehehe. Maka, kami memilih untuk ke Tesco, Rawang. Makan kehepsi kat situ. Paling gembira tentu saja anak2. Orang yang diraikan, biasa jer.... maklumlah, mood demam dan sakit kaki.

Umi dan Sofie
Jelingan si bongsu.... aduh!
Dia yang diraikan
I luv u, u luv me... hehehe
 Lepas makan kehepsi, anak2 ni teringin amat nak bermain2 di Jungle-jungle nun.... alahai, tempat budak2 main game, masuk token tu. Habis jugak la sepoloh hengget. Adeh! kalau macam ni selalu, bankrupt la umi nak oi! Tapi, layan jugak la... sesekali, apa salahnya.

Yang excited main..... jeng, jeng, jeng.... abi ler.
Sofie bersungguh2
Tepi ar, adik nak bawa kete ni....
Ok, tak mo la tepek gambo banyak2, kang ada yang muntah ijow tengok gambar2 umisofie ni. Hehhehehe.... Saje la nak cerita kegembiraan anak2 umisofie sempena hari kelahiran abi mereka. Well, Selamat Hari Ulangtahun buat suami terchenta..... I luv u!

Monday, May 16, 2011

Cerita hadiah Hari Guru

Awal2 lagi Ikhwan dah minta belikan hadiah buat guru2 kesayangannya. Saya tanya Ikhwan nak hadiah apa untuk cikgu2 dia, "apa2 la, mi." Bincang2, nak buatkan kek kukus, apa lagi kek marble susu (kukus) la. Dah ramai orang buat, kata mereka kek ni sedap. Abi Ikhwan pun setuju.

Dah beli bahan2, kesemuanya untuk 8 orang guru. Mak eh, banyaknya.... Abi Ikhwan pulak beli barang agak lewat, sempat ke nak bawa ke sekolah esoknya. Mula membancuh jam 9 malam, ish... tak sempat ni. Nak mengukus lagi. Adoi... macam mana ni? Akhirnya, terpaksa buat keputusan bijak. Cuma beri seorang sahaja guru sekolah kebangsaan. Iaitu hanya guru kelas, Teacher Kala. Terpaksa pujuk Ikhwan, "cikgu2 lain kita bagi hari Rabu, boleh. Umi nak buat kek banyak2 tak sempat malam ni." Dan Ikhwan bersetuju..... Maka, malam itu, saya hanya mengukus kek untuk seorang guru sahaja. Lega......

Dalam tu ada kek marble susu untuk Teacher Kala, guru kelas Ikhwan.
Nak tahu rupa kek marble susu tu, tengok je kat blog simpan resepi saya yer.
Keesokan pagi harinya, saya masih lagi membancuh dan mengukus kek tersebut. Untuk diberikan kepada 3 orang ustazah sekolah agama pula. Tengah2 nak bancuh tu, hilang pula coklat emulco dan cappucino paste saya. Jenuh mencari satu dapur, tak juga jumpa. Dan saya terpaksa membuat bancuhan perisa strawberry dan pewarna merah. Jadi la keknya, belang merah kuning...hehehe. Ada aroma strawberry, sedap sekali baunya. Tak boleh nak merasa, sebab buat pun cukup2 untuk 3 biji jer.

Untuk 3 orang ustazah sekolah agama. Tak dan nak ambil gambar kek, kelam kabut sangat.
Sempat ambil gambar bungkusan kek jer.....
Tiba-tiba..... ada cerita disebalik hadiah untuk Teacher Kala.... huwaaaaa! Nak menangis saya dibuatnya. Ikhwan balik sekolah, dibawa kembali bungkusan untuk Teacher Kala itu. "Kenapa Iwan tak bagi kat teacher?" Dia jawab, "Umi, Teacher Kala tak ada. Iwan tak jumpa. Kawan2 kelas Iwan tak de pun bagi hadiah kat Teacher Kala. Dorang semua bagi hadiah kat cikgu2 lain. Iwan pun malas la nak cari teacher dalam bilik guru." Huh.....!Ikhwan, Ikhwan.... Kenapa kamu ni?? Saya nak kata apa lagi. Keknya pun Ikhwan dah makan masa tunggu van sekolah. Aduhai Ikhwan! Tahukah kamu, umi bertungkus lumus membuat kek ini supaya kamu berikan pada guru kelas kamu itu? 

Tak mengapalah, esok cuti hari Wesak, saya dah janji dengan Ikhwan nak cari hadiah untuk guru2 kesayangan Ikhwan yang lain. Ikhwan kata, "Nanti hari guru habis,mi. Boleh ke bagi hadiah lagi?" Aduhai Ikhwan sayang, bila2 pun boleh nak bagi hadiah pada cikgu. Bukan tunggu hari guru je. Hadiah tu tanda penghargaan kita pada cikgu sebab cikgu mengajar kita, mendidik kita, bagi ilmu kat kita. Hari rabu nanti Ikhwan bagi hadiah kat cikgu2 Ikhwan tu ye. Jangan bawa balik hadiah2 tu. Ngerti kamu? Hahaha... tu la dianya, bila budak Tahun Satu tak cukup matang.

Sebenarnya, hari ini 16 Mei, juga merupakan hari ulangtahun kelahiran suami saya yang ke-33. Eh, udah tua abang sayang saya tu yer.... Saya ada plan, kalau plan saya menjadi, saya buat entry khas utk hari kelahiran suami saya. Kalau plan saya tak menjadi, saya diam je la yer... Heheheheh.

Sunday, May 15, 2011

Update Terbaru Sofie

Saya sebenarnya kehilangan mood untuk meng'update' blog ini selepas blogspot ada masalah teknikal beberapa hari lepas. Semua idea terus hilang begitu saja.... Apapun, saya tetap ingin update juga beberapa perkara berkaitan Sofie.

Minggu ni, minggu yang sibuk. Dalam minggu ni, 2 hari suami saya ambil cuti rehat sebab 2 hari berturut2 Sofie ada temu janji dengan doktor. Rabu, 11hb, Sofie ada temujanji bersama doktor kardiologi di IJN. Secara ringkasnya, dari hasil pemeriksaan, jantung Sofie masih seperti itu, dan sekali lagi doktor mengatakan Sofie perlu menjalani pembedahan sekali lagi. Ini disebabkan injap jantung Sofie yang rosak. Rasa perit juga mendengarnya. Nampak Sofie seperti kanak-kanak tidak sakit. Tapi...... Dan Sofie masih perlu meneruskan antifailure yang diambil selama ini. 

Saya sebenarnya, telah memberhentikan pengambilan antifailure itu. Tapi, memandangkan doktor menyuruh saya menyambungnya kembali.... apa boleh buat. Perlu memaksa Sofie menelannya.... Perit rasanya!

Khamis, 12hb pula Sofie ada temujanji dengan pakar mata di HSB. Sekali lagi mata Sofie diperiksa.... Dan sekali lagi doktor meminta saya memakaikan Sofie cermin mata. Sofie, macam biasa la.... Paling lama boleh bertahan setakat 1 jam, itu pun dah cukup syukur. Sejam... lama tu. Lepas tu, habis dicampaknya cermin mata itu.
Tengah check power kaca mata
Jumpa doktor mata pula, Dr. Vanitha namanya.
Kena paksa pakai cermin mata, buat lawak, baru senyum
Saya harap, saya sekeluarga mampu memujuk Sofie untuk terus bercermin mata. Dah hampir setahun ni, masih gagal, di samping umisofie yang sedikit 'give up' untuk memaksa Sofie. Mahu atau tidak, Sofie perlu dipaksa..... Nampaknya, seluruh keluarga saya perlukan kaca mata bagi menggalakkan Sofie memakai cermin matanya.

Wednesday, May 11, 2011

Carta Solat 5 Waktu

Assalamualaikum semua,
Saja la nak share sikit, apa yang saya buat untuk menggalakkan anak2 saya menunaikan rukun Islam kedua ini. Bukan mudah ye nak biasakan anak solat 5 waktu sehari semalam. Walaupun dari kecil sampai dah besar sikit ni, dia biasa melihat abi dan umi bersolat, tapi, nak terapkan dalam jiwa anak2 kewajipan bersolat, satu hal yang mencabar juga. Saya cuba sedaya mungkin memberitahu betapa solat itu wajib untuk semua umat Islam. Saya cuba memberitahu juga pada anak2 saya Nabi suruh ajar anak solat ketika anak berusia 7 tahun. 

Ikhwan akan berusia tepat 7 tahun pada Ogos nanti. Walaubagaimanapun, saya sudah mengajar dia bersolat ketika usia masih kecil, dan lebih tekankan pada usia 6 tahun. Saya ada membuat satu carta khas untuk Ikhwan dan Amniy. Carta itu saya namakan Carta Solat 5 Waktu sebagai penggalak untuk anak2 tidak meninggalkan solat.

Setiap kali waktu solat, saya akan pastikan Ikhwan tidak meninggalkan solatnya, dan selesai dia bersolat, saya 'tick'kan pada ruangan di carta. Andai waktu tersebut dia terlepas solat, saya akan pangkahkan. Masa tu, mula la...nanti dia akan kata, "ala.. dah cacat. umi dah pangkah." Kalau waktu solat tu masih ada, saya beri peluang untuk Ikhwan tunaikan solat waktu itu. Kalau dah habis, pangkahlah jawabnya. 

Bermula dengan hari Isnin, sehingga Ahad, dari solat Subuh hingga Isyak, setiap hari, setiap waktu, tugas saya sebagai pemantau, akan memastikan carta ini bertanda. Bukan sahaja bertugas sebagai pemantau, tetapi sebagai pemujuk, pemerintah dan 'pemaksa' anak supaya anak2 saya akan solat. ( Boleh tak gunakan istilah 'pemaksa'? Nampak sangat saya memaksa mereka,kan?)

Tetapi, saya juga beritahu anak2, supaya solat itu biarlah kerana Allah Taala. Bukan kerana nak penuhkan carta yang umi buat ni. Ini sebagai pendorong dan penggalak supaya anak2 tidak meninggalkan solat. Alhamdulillah, meraka faham. Cumanya, biasa la dengan Amniy,kan? Umo pun baru 5 tahun. Walaupun solatnya banyak yang tinggal, saya tetap beri semangat pada dia untuk dia belajar solat. Ikhwan memang wajib tak boleh tinggal solat!

Bila dah selesai menanda sehingga satu minggu, saya akan pastikan adakah solat Ikhwan cukup 35 waktu dalam seminggu? Waktu solat manakan yang dia tinggal? Dan masa tu muhasabah diri akan bermula.... minta sangat dia perbaiki diri supaya minggu-minggu seterusnya, tiada solat yang akan ditinggalkan. 

Bagi sesetengah orang, mungkin cara saya ni agak memberi tekanan pada anak2. Tapi, bagi saya, anak2 perlu dididik dari awal usia. Bila mereka sudah besar panjang, baru ibubapa nak tekankan soal solat anak2, masa tu jiwa memberontak mereka telah ada. Jadi, agak susah untuk membiasakan diri anak2 dengan menunaikan perintah Allah ini.

Carta Solat 5 Waktu, saya lekatkan di dinding bilik supaya mudah untuk menanda  solat anak2.
Selesai satu minggu, tanda2 tersebut akan dipadam, dan akan bermula dengan tanda baru untuk minggu yang baru.

Percaya atau tidak, waktu ini jam telah menunjukkan 2.30 pagi.
Ikhwan telah pun tertidur awal, dan saya tak sangka dia akan bangun tengah malam untuk menunaikan solat Isyak.
Sangat terharu, bila Ikhwan cuba tidak meninggalkan solatnya.... 
Semoga semua bermanfaat buat semua...... 

"Ya Allah, hindarkan aku dari perasaan riak. Aku berniat untuk berkongsi dengan semua sahabat2ku."Aminnnn....