Friday, May 27, 2011

~Blog Saya Satu Lagi Nun.....~

 Salam pagi Jumaat semua.....
Semoga sama2 kita mendapat keberkatan Ilahi.... Aminnnn....

Malam tadi saya gatal tangan godek sana sini perbaiki blog saya satu lagi tu.
Haaaaaa...... Inilah hasil yang sedikit memuaskan hati saya.
Suami pun kata, "ok... cantik!"
Selama ni, blog sana tu agak kusam je. 
Macam tak ikhlas je nak tepek resepi. 
Sekarang, empunya blog rasa bersemangat pula.
Hehehehe......
Nampak gaya, lepas ni, kena rajin2 la belek resepi kawan2 untuk saya simpan di blog sana tu. 
Ok, pada sesapa yang belum tahu akan kewujudan blog ini, dengan ini saya persembahkan
Sila ye, jangan malu2. Walaupun resepi yang ada tidaklah banyak mana.

Tempat Fiza Simpan Resepi
Dan paling tak sangka, blog sana tu ada jugak followers. 
Huhuhuuhu.... terharu makcik tau!
Masa mula2 wujudkan blog ini, tak terniat pun nak ramai followers.
Sebabnya, niat saya wujudkan blog ini HANYA UNTUK SIMPAN RESEPI.
Kalau saya simpan di folder lain, kalau komputer saya rosak ke, kalau2 tak dapat nak diselamatkan resepi2 saya tu, haaaaa.... kan dah jadi masalah.
Nak simpan kat buku kertas, ok juga, tapi, macam maleh je nak manyalin.
Maklum la dah biasa menaip.... :-)
Tengok la follower saya.... dah capai 41 orang. Terharu saya. Terima  kasih ye.
Baru 41 orang dah kecoh sedonia,kan? Orang lain dah beribu-riban!
Terima kasih ye kalian2 yang sudi menyokong saya selama ni.
Walaupun blog yang satu tu tidak setanding blog2 resepi yang ada di alam internet ni,
saya berharap, saya boleh menjadi macam chef2 dalam internet.
Hehehehe.... angan2 mat jenin!
Sapa nak follow, follow la..... (muka tak tahu malu minta org follow blog dia, ceh!)

6 comments:

  1. i follow u kemane je kak oii...hikhikhikhik....:)

    ReplyDelete
  2. dah lama follow dah kak...siap link tu...hihih

    ReplyDelete
  3. salam Fiza
    wah tahniah2 Fiza.
    berkongsi ilmu masakan dengan akak yang tak reti sangat nak masak ni.
    p/s; Sofie apa khabar?

    ReplyDelete
  4. boleh buat rujukan bila tak tau nak masak. akk pun jenis yang tak pandai masak. malas pun yer.
    patut Hijaz n Sofie bolat(tgk gbr jer), umminya rajin masak.

    ReplyDelete
  5. wah.. akak ade blog resepi.. kite ni memeang suke masak.. boleh cilok resepi ye.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....