Sunday, May 08, 2011

Ijaz kembali lagi

Hari ini hari Ahad.... umi dah kering idea nak berceloteh. Umi suruh Ijaz buat entry untuk tatapan semua kawan2 umi. Hai aunty2 semua... apa khabar? Ijaz dah lama menyepi,kan? Ada tak yg rindu nak baca celoteh Ijaz?

Ijaz sekarang dah berusia 1 tahun 7 bulan. Ijaz dah makin besar la,kan? Umi pernah tanya Ijaz, "Adik Ijaz nak adik lagi?" Hehehehe... Umi Ijaz ni mengada la.... :-D

Untuk pengetahuan aunty semua, Ijaz sekarang dah banyak bebel. Ijaz dah boleh panggil "umi", "abi", "abang", "kakak" dan "adik". Ijaz dah boleh minta "nak makan nasi", Ijaz dah boleh minta "nak air". Kalau umi suruh Ijaz pee-pee kat bilik air, Ijaz akan duduk, tapi, Ijaz tak pee-pee pun. Hehehe.....Umi dan abi hari2 ajar Ijaz cakap. Umi kata, bila Ijaz dah pandai cakap nanti, mesti kak chik Ijaz akan pandai jugak. Sian kak chik.... kak chik cakap bahasa dia.

Ijaz masih minum susu umi yang berkhasiat tu. Pernah beberapa kali umi try bagi Ijaz susu kak chik, tapi Ijaz tolak. Ijaz rasa lagi sedap susu umi dari susu kak chik. Ijaz rasa macam tak nak putus la dengan susu umi. Boleh ke agaknya? Tapi, Allah kata suruh ibu-ibu susukan anak sampai umo 2 tahun je. Kalau lepas umo Ijaz 2 tahun nanti, Ijaz tak mo susu lain, macam mana ye. Teruk la umi...... Tak pe la.... tengok la nanti macam mana.

Umi amik gambar candid Ijaz
Ok la, Ijaz tak boleh celoteh banyak2. Nanti umi tak de idea nak cerita pulak. Jadi, Ijaz undur diri dulu yer.....
Bye aunty semua. Terima kasih ye sebab baca celoteh Ijaz ni.

8 comments:

  1. hehehe...same je keranah dgn sufiya..mulut dh pandai ckp susu tetap susu mama dia..:)

    ReplyDelete
  2. ijaz dah pandai berceloteh yer ..mesti ciut bunyi nyer kan..

    ReplyDelete
  3. salam kak fiza. hehe kejap je kan cepat je besar. petah dah cakap. aleesya ada la cakap sikit2 tapi pelat. mama je paham kot. hahaha

    kak fiza. ce refer ni http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,1455.0.html pasal penyusuan lebih 2 tahun.

    ReplyDelete
  4. eh dah lainlah muka Ijaz..dh besar :-)

    ReplyDelete
  5. eh dah lainlah muka Ijaz..dh besar :-)

    ReplyDelete
  6. ijaz dah besar..ijaz jgn nakal2 tau..minum la susu ummi sampai bila ijaz nak pun...hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....