Entry ke-2 pula....
Beberapa hari lepas, Ikhwan balik sekolah dia mengadu dengan saya. Sebenarnya, dari dulu lagi dia mengadu hal yang sama, tapi, kelmarin dia mengadu lagi......
"Umi, kawan Iwan ejek Iwan hitam."
Dia mengadu dengan gaya sedih tau! Korang sebagai ibu, macam mana kalau anak cakap macam tu. Saya dengar pun, bagai terhiris jantung. Sian Ikhwan, anak umi ni!
"Sampai hati kawan Iwan cakap Iwan hitam. Dia putih ke?"
"Ha`ah, kulit dia putih." Ikhwan jawab.
Dah la umi Ikhwan ni tak berapa nak putih, abi Ikhwan pulak tak berapa nak cerah, lahirkan anak tentu saja ikut genetik abi dan uminya. Tak kan la nak ikut gen anak2 cina kot. Dorang dah tentu la kulit cerah, putih dan ada yang gebus gitu. Sian tau anak kita. Nape ejek anak kita kulit gelap, hitam.... Uhuk... uhuk.. uhuk... Sedih saya!
Saya beritahu Ikhwan, " Biarlah apa kawan Iwan cakap. Iwan jangan layan. Walaupun kulit Iwan tak berapa nak putih macam kulit kawan Iwan tu, yang penting, hati Iwan mesti putih, bersih, suci."
Saya peluk dia sebab terharu dia ngadu cam tu. Nak kecewa pun, buat apa. Dah kawan yang cakap tu pun sebaya Ikhwan, budak Tahun Satu. Bukan tahu apa. Budak2 kan suka ejek orang.
Saya selalu beritahu Ikhwan, "jangan sesekali ejek orang. Kalau Ikhwan ejek orang, Ikhwan ejek Allah. Yang jadikan kita kan Allah....."
"Umi, Iwan dah cakap dengan kawan Iwan tu, ko ejek Allah ye. Sebab ko ejek aku hitam."
Ikhwan kata, kata dia senyap je bila Ikhwan cakap macam tu. Mmmmmm, pandai anak umi! Sabar je la dengan perangai budak2 ni!
Ikhwan, kulit gelap ke? Alahai... sian anak umi. |
kak, ahmad pun gelap jugak sebab ikut kulit saya..huhuhu..tp itu dah Allah beri pd kita kan..redha dan syukur sebab dia sihat dan cerdas..takdela gelap pun ikhwan, rasanya sawo matang la kak..takpe la ikhwan, masa budak2 mmeng orang suka ejek2...nnt bila dah besar dah jadi orang pandai, memang dorang menyesal kan..
ReplyDeleteadoyaiii sama ngan anak2 dara akak lah neh...ngape mama putih kitorg hitam..adehhh
ReplyDeletealahaiii....sedih pulak baca....
ReplyDeletehurm hitam manis la tapi tetap hensem :)
bergenang pulak air mata bila baca. Tak patut betul budak2 tu ckp gitu.
ReplyDeletesetuju dgn kata kat fiza,
Kulit HITAM tak pe, yang penting hati PUTIH, BERSIH!!!
ckp kat Ikhwan juga, nanti dh besar jd
(tall, dark, hensem) kriteria seorang lelaki :P
kak.. bab ni saya memang sensitif sbb masa sekolah rendah sampai sekolah menengah orang ejek saya hitam.. kadang2 saya jadi rendah diri juga.. sakitnyee hati.. hitam ke putih ke bukan kite yang minta kan.. semuanya dari ALLAH, yang penting ya bersih hatinye.... cakap kap iwan kene kuat semangat ye!
ReplyDeletehehe...
ReplyDeletesaya adalah orang yang diejek 'hitam' dari sekolah rendah, menengah hingga sekarang.. adik2 pun ejek saya hitam.. hehehe...
tapi, percaya tak.. saya tak pernah ambik hati. sebab, saya selalu cakap kat diorang, "aku nak heran apa, Allah yang bagi, bukan aku yang buat... kalau ko ejek aku, tu tandanya ko ejek ciptaan Allah.." :) tapi, selalunya diorang tak dengar pun. ye lah, budak2 nakal kan...
saya pusing cara lain pulak. jangan jadikan ejekan diorang tu untuk rendah diri. saya up kan diri saya, yakin, dan jadi budak pandai dan baik. dan, diorang pulak akan pandang tinggi kat kita, insyaAllah... :)
sama macam nabil...kekawan ejek dia tak ensome....kesihan bebudak kena ejek....hitam tapi maniskan ikhwan..
ReplyDeletesiannya.
ReplyDeletebudak2 mmg suka ejek mengejek..kita kat sekolah dulu pun sama kena kalu jongang ke,rongak ke,gelap ke..
tapi tu la..bila anak sendiri ngadu,sayu jadi hati tu.
tapi gelap tak gelap bukan pengukur asalkan jadi anak soleh ye ikhwan..
amirah,
ReplyDeletekulit amirah gelap ke? ish, mana ada... tak pe, gelap ke terang ke, yg penting hati,kan.
************************************************************************************************
kak risa,
Ikhwan sedih bila ada org cakap cam tu. muncung je mulut dia org kata dia gelap.
********************************************************************************************
izwa,
hitam manis, tapi encem.. kan izwa kan...
heeheh
********************************************************************************************
ida,
tu la ida, akak pun sedih.
nanti akak cakap dgn ikhwan pesanan ida. :-)
alahai iwan...hitam tu kan menawan...sian pulak kat dia kan..
ReplyDeleteapa yg penting HATI mesti baik,ok.
myza,
ReplyDeletemmg betul tu, gelap ke, terang ke, semua keje Allah. nanti akak cakap dgn Ikhwan suruh kuat semangat. tq!
****************************************************************************************************
sya,
sedih dan keakar baca cerita sya....
see, dah pun berjaya sbg cikgu, kan...
*********************************************************************************************
kak zaidah,
nabil pun mcm ikhwan ye, kena ejek.
kita la kena bg semangat kat anak kita, kan kak.
*********************************************************************************************
ashra,
moga2 jadi anak soleh ye anak2 kita.
kak mazz,
ReplyDeletehehehe... hitam2 si tampuk manggis...
ramai beno yg kata, Ikhwan dah gelap. muncung sedepa budak tu...
sedihnya baca entri ini...alahai..syahdu la plak.. macam ayu plak, skrg ni tak de la nampak lagi cuma ada juga orang2 tegur hariz n danial tak sama kulit..ishhh..tak suka betul orang banding2kan mcm tu kan..
ReplyDeleteayu,
ReplyDeletefiza terasa hati gak bila org bandingkan kulit anak.... ha, tgk la kulit mak ayahnya, kan...pastu senyap2 dah la.