Friday, May 20, 2011

Bila semuanya sakit.....

Aaaarrrrrgggghhhhh!!!!!!!!!!! Macam mana nak buat ni! (Aduhai, mengeluh pulak dah!)
Satu keluarga saya diuji lagi. Betapa sayangnya Allah dengan kita,kan? Tanda ingatan Allah pada kita. Alhamdulillah, Allah sentiasa ingat pada kita sebab beri kita ujian begini.

Gambar ihsan uncle Google
Korang nak tahu, Sofie batuk, Hijaz batuk, Ikhwan juga batuk. Amniy je yang tak batuk. 
Cuaca sekarang menyebabkan badan kita semakin tidak sihat. Sian anak2..... Sofie, macam biasa la....
Gas asthalin 4 hourly! Huh.....

Suami juga tak sihat, sakit gout menyerang, sudah hampir seminggu jalan berdengkot. Dalam masa yang sama, sedikit demam, batuk dan sakit tekak. Sekarang berjangkit pula dengan saya, sakitnya tekak! Nak telan air liur pun terasa pedih dan sakit. Aduhai..... Terasa lemahnya kita sebagai manusia.

Gambar ihsan uncle Google juga
Tiba2, saya bangun tido pagi tadi, mata tak boleh nak buka pula. Kenapa ni?
Tak kan sakit mata pulak? Dan sah-sah.... bila tahi mata bertepek, bila mata terasa gatal dan pedih,
memang sahlah sakit mata. Ujian lagi..... Alhamdulillah!

Dan paling teruk, saya sangka sakit ketika melahirkan itulah sakit yang paling azab.
Rupa2nya, owh! Saya sakit gigi pulak.... Apa ni? Kenapa saya terasa sakit semuanya.
Sakitnya gigi! Nak makan tak boleh, perut terasa lapar yang amat. Tapi, tak boleh nak mengunyah.

Gambar ni pun ihsan uncle Google
Petang semalam ada temujanji Sofie dengan Puan Anida untuk Speech Therapy.
Tapi, terpaksa batalkan disebabkan hal2 ini.
Hantar je sms pada Puan Anida.... nasib baik Puan Anida ok! Sian dia, terpaksa tukarkan date Sofie.
Sorry puan!

Saya tiada mood..... saya akan BW bila saya sihat nanti.
Tengok la petang2 ke, malam2 ke..... Korang doakan saya KUAT ye! 
Saya kena kuat, sebab saya nak jaga keluarga!
See u!!!!!!!

7 comments:

  1. izwa doakan semua cepat sihat & sembuh ye :)

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh ye k.fiza sekeluarga..

    mmg kalu semua sakit,berjangkit2.kalu sihat,mmg semua sihat bergumbira.kejap je tu k?

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya cepat sembuh ye dear..
    sesungguhnya hanya DIA mengetahui ape2 yg tidak kite ketahui

    ReplyDelete
  4. moga akak sekeluarga sembuh cepat ye..memang musim la ni..akak, husben akak kena gout?husben sy selalu.so, kena prepare ubat sentiasa.kalo teruk sgt mmng kena inject, mmng cepat kan tp tkleh selalu..

    ReplyDelete
  5. semoga fiza dan keluarga cepat sembuh dari sebarang penyakit...semua nya ini dugaan dari Yang Maha Esa...insyaAllah ada hikmah atas setiap yg berlaku...

    ReplyDelete
  6. izwa,
    semoga doa izwa dimakbul Allah...
    terima kasih yer :-)

    *******************************************************************************************
    ashra,
    terima kasih atas doa ash....
    tu la, kalau sakit semuanya sakit, kalau sihat, bergembira tak hengat. hahahah....

    ************************************************************************************************
    risa,
    ye kak, sesungguhnya Dia mengetahui apa2 yg kita tak ketahui....
    tq, sis!

    ********************************************************************************************
    amirah,
    ye amirah.... husband akak pun stanby ubat jer. kalau kena, terus makan. husband akak belum pernah lagi inject, sebab nak berjaga2.... bahaya juga inject selalu. makan ubat selalu pun bahaya gak... sebolehnya biarlah cari ubat yg alami.

    *************************************************************************************************
    kak fisa,
    terima kasih kak....
    semoga akak juga sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  7. wan doakan k.fiza sekeluarga cpat2 sembuh...kalau anak2 je yg sakit ok lg sb kita boleh jga diaorg, tp kalu kita sbgai ibu ni yg sakit...satu family susah kn...harap2 k.fiza kuat melawan sakit dan cpat2 sembuh demi suami & anak2...insyaAllah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....