Assalamualaikum semua,
Saja la nak share sikit, apa yang saya buat untuk menggalakkan anak2 saya menunaikan rukun Islam kedua ini. Bukan mudah ye nak biasakan anak solat 5 waktu sehari semalam. Walaupun dari kecil sampai dah besar sikit ni, dia biasa melihat abi dan umi bersolat, tapi, nak terapkan dalam jiwa anak2 kewajipan bersolat, satu hal yang mencabar juga. Saya cuba sedaya mungkin memberitahu betapa solat itu wajib untuk semua umat Islam. Saya cuba memberitahu juga pada anak2 saya Nabi suruh ajar anak solat ketika anak berusia 7 tahun.
Ikhwan akan berusia tepat 7 tahun pada Ogos nanti. Walaubagaimanapun, saya sudah mengajar dia bersolat ketika usia masih kecil, dan lebih tekankan pada usia 6 tahun. Saya ada membuat satu carta khas untuk Ikhwan dan Amniy. Carta itu saya namakan Carta Solat 5 Waktu sebagai penggalak untuk anak2 tidak meninggalkan solat.
Setiap kali waktu solat, saya akan pastikan Ikhwan tidak meninggalkan solatnya, dan selesai dia bersolat, saya 'tick'kan pada ruangan di carta. Andai waktu tersebut dia terlepas solat, saya akan pangkahkan. Masa tu, mula la...nanti dia akan kata, "ala.. dah cacat. umi dah pangkah." Kalau waktu solat tu masih ada, saya beri peluang untuk Ikhwan tunaikan solat waktu itu. Kalau dah habis, pangkahlah jawabnya.
Bermula dengan hari Isnin, sehingga Ahad, dari solat Subuh hingga Isyak, setiap hari, setiap waktu, tugas saya sebagai pemantau, akan memastikan carta ini bertanda. Bukan sahaja bertugas sebagai pemantau, tetapi sebagai pemujuk, pemerintah dan 'pemaksa' anak supaya anak2 saya akan solat. ( Boleh tak gunakan istilah 'pemaksa'? Nampak sangat saya memaksa mereka,kan?)
Tetapi, saya juga beritahu anak2, supaya solat itu biarlah kerana Allah Taala. Bukan kerana nak penuhkan carta yang umi buat ni. Ini sebagai pendorong dan penggalak supaya anak2 tidak meninggalkan solat. Alhamdulillah, meraka faham. Cumanya, biasa la dengan Amniy,kan? Umo pun baru 5 tahun. Walaupun solatnya banyak yang tinggal, saya tetap beri semangat pada dia untuk dia belajar solat. Ikhwan memang wajib tak boleh tinggal solat!
Bila dah selesai menanda sehingga satu minggu, saya akan pastikan adakah solat Ikhwan cukup 35 waktu dalam seminggu? Waktu solat manakan yang dia tinggal? Dan masa tu muhasabah diri akan bermula.... minta sangat dia perbaiki diri supaya minggu-minggu seterusnya, tiada solat yang akan ditinggalkan.
Bagi sesetengah orang, mungkin cara saya ni agak memberi tekanan pada anak2. Tapi, bagi saya, anak2 perlu dididik dari awal usia. Bila mereka sudah besar panjang, baru ibubapa nak tekankan soal solat anak2, masa tu jiwa memberontak mereka telah ada. Jadi, agak susah untuk membiasakan diri anak2 dengan menunaikan perintah Allah ini.
Semoga semua bermanfaat buat semua......
"Ya Allah, hindarkan aku dari perasaan riak. Aku berniat untuk berkongsi dengan semua sahabat2ku."Aminnnn....
Alhamdulillah... tahniah fiza..
ReplyDeleteinsyaAllah mudah-an nanti bila humaira dah besar sikit, nani pun dah apply cara yang sama jugak lah.. :)
alhamdullilah
ReplyDeletesyabas kak..bagus cara yang akak gunakan utk anak2 tak tinggalkan solat..nuyue yang baca ni pun xsabar nak ajar darwish sembahyang..
Nanie,
ReplyDeleteterima kasih... semoga kita sama2 berusaha menjadikan anak2 kita generasi Islam yg unggul.
*********************************************************************************************
nuyue,
semoga ia bermanfaat... itu harapan akak. darwisy anak yg soleh, insya Allah, cita2 nuyue akan terlaksana.
Alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah..bagus nye anak2 ni kak...nanti bile ainul dah besar skit nak buat lah camni...skrg ni die just ikot biasa2 je...
ReplyDeletebiase lah kak time susu nak merudum kan...minum air masak banyak2 n makan supplement kalau perlu...
alhamdulillah,,umur sy da 27 tp sy masih lg guna carta solat ni setiap hari dan insyallah anak2 akak pn mmg akan rase "bersalah" kalau tinggalkn solat bile tgk ade pangkah2 kt carta mcm ni :)
ReplyDeleteThaank you for writing this
ReplyDelete