Tuesday, June 28, 2011

Hijaz layan I Believe

Susah nak update blog sekarang. Hijaz suka duduk sekali dengan saya bila saya online. Tak nak dah main2 dengan kak chik. Kalau kak chik tido, lagi la dia boring, umi jugalah menjadi mangsa permainan dia. :-)

Hijaz makin bijak, maklumlah, dah makin besar anak umi tu. Geram je tengok gelagat dia.... Pandai mengadu dah sekarang. Kalau Sofie buat sesuatu tak betul, cepat2 je cari saya nak mengadu. Selalunya, bab tumpahkan susu la.... Hijaz akan cari saya, dan kata, " mmmiii.....kakak mmpah" (nak mengadu yang si kak chiknya tumpahkan susu). Kalau saya datang kepada Sofie dan saya tanya dengan Hijaz, "adik, sapa tumpahkan susu ni?" Dengan cepat dia jawab, "kakak." Amat jelas sebutan. Dia tak sebut 'atak' atau 'tatak'. Jelas sekali sebutan 'kakak'. Tapi perkataan tu je la yang jelas pun, yang lain masih gaya pelat bulat 1 tahun 9 bulan.

Satu lagi, kalau dok depan komputer, mulut bukan main pandai menyebut, "ala lillah".... Hahahhaha, boleh teka apa yang dia minta? Hijaz sebenarnya nak dengar lagu Alhamdulillah, pakcik Maher punya lagu tu. Sekarang ada pulak lagu baru, asik ulang2 mendengarnya. Meh la layan gaya Hijaz melihat youtube lagu I Believe.

 Tengok youtube I Believe kat blog umi

 Suka dia tengok muka pakcik Maher tu... hahaha

 Meh zoom sikit, khusyuk ke tak khusyuk dia menghayati lagu....

Akhirnya, terkeluar gaya..... tak tahan dah tu. Nak juga bergaya!!!

Ok, tu je la dulu. Tak boleh nak BW sekarang.... Hijaz dah buat hal nak tengok lagi youtube tu! Nanti ada masa saya BW! Daaaa............

11 comments:

  1. pandainyer dia....dah lama tak masuk sini rasa macam dah tukat cat rumahlah...cool

    ReplyDelete
  2. habislah ummi...
    hijaz dah pandai nak melayan lagu pulak dah....
    lepas ni kalau ummi nya nak online kena tunggu hijaz tido laaa ye..hehehe.
    comelnya tengok hijaz tu...

    ReplyDelete
  3. pandainya hijaz..

    fiza, hijaz dah boleh berkata2 ye..danial ni nampaknya macam belum lagi la..dulu2 suka gak panggil ayah..skrg ni ?? ibuuu..ibuuu

    ReplyDelete
  4. heee...comel dia..nanti ummi dia pasang pc je, dia la sibuk2 nak tgk video..umminya yg tak boleh nak menghadap pc pulak :p

    ReplyDelete
  5. wah mmg dasat hijaz..siap gaya tue..

    ReplyDelete
  6. Comelnya...ada gaya tu ☺☺☺

    ReplyDelete
  7. lama tak open blog ni,tgk dh blainan wajah..cantik!!!

    ReplyDelete
  8. tak sempat nak balas satu2 komen. terima kasih ye korang masih sudi membaca cerita umisofie.... :-)
    sibuk sikit sejak akhir2 ni!

    ReplyDelete
  9. Wash your curly hair at the very least two days in a week.
    As natural products don't have any side-effects, you can rest assured for healthy hair. Soon after this, use curl lotion all more than your hair, and make use of mousse and squeeze this in your hair to that your curls seem flawless.

    my homepage - hair products

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....