Friday, July 15, 2011

Bagaimana pokok cekur saya boleh subur?

Assalamualaikum, salam penuh keberkatan di sayyidil ayyam, hari Jumaat yang mulia.
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. Pagi2 ni, terasa ingin berkongsi sesuatu yang berguna buat semua. Ingat tak entry saya berjudul Tanaman Kegemaran bulan lepas? Dimana saya menayangkan hasil2 tamanan saya yang tak semenggah tu.... Tentang pokok cekur saya paling penting, disamping pokok2 lain.

Ok, entry kali ni nak berkongsi sesuatu dengan semua. Tentang bagaimana saya memelihara dan membelai pokok cekur saya.....

Gambarajah 1
Lihat tarikh pada gambar, bulan Mei.... Pokok cekur saya dalam tray besar tu hanya ciput itu sahaja. Saya mendapat anak pokok ini daripada MIL 7 tahun lepas. Sebelum ni, saya hanya menanam ia di dalam pasu yang agak kecil, jadi sepanjang di bawah jagaan saya ketika itu, pokok cekur saya tu umpama hidup segan, mati tak mahu. Apabila saya memindahkan pokok cekur saya pada tray yang lebih besar, saya amat berharap pokok ini akan membesar bagai johan. Tapi, ia tetap begitu, daun yang kecil dan umpama sangat pemalu  mahu hidup bersama saya.

Gambarajah 2
Ini pokok cekur dalam tray yang sama...Gambar tebaru ni! Lihat perbezaan dengan gambarajah 1 tadi. Dalam gambarajah 2, pokok cekur saya kelihatan sangat sihat dan subur,kan? Daun semakin lebat dan nampak la yang pokok ini sangat gembira hidup dengan saya. Mungkin aura telah datang. :-) Setiap pagi dan petang, saya membelek, menyiram dan menggembur tanah. Mungkin belaian saya itu telah memberi semangat untuk pokok ini hidup dengan gembira dan sihat.

Gambarajah 3
Pokok cekur saya bukan hanya didalam tray besar tu saja, tapi terdapat juga dalam pasu kecil ini. Sekali lagi minta mata membuat perbandingan antara gambarajah 3 dan 4....

 Gambarajah 4
Nampak perbazaannya? Dalam gambarajah 4, daun-daun yang keluar sangat subur, bukan? Hati saya gembira sangat dengan perbezaan ini. Tu yang makin hari makin sayang dengan pokok cekur ni, juga pokok2 lain.

Apa yang saya buat setiap hari sehingga kelihatan perbezaan dengan ketara sekali hidup pokok cekur saya tu. Hanya dalam tempuh 2 bulan, pokok itu membesar bagai johan..... Setiap hari, saya akan menyimpan air basuhan beras dalam jag yang besar, dengan tujuan untuk disiram pada semua tanaman saya terutama pokok cekur. Di samping itu, saya telah titiskan 7-8 titik air mizam ke dalam air basuhan beras, lepas tu, saya siram pada tanaman saya.

Air mizam, dan air basuhan beras (dalam jag besar)

Mari lihat apa kandungan air mizam....
Air mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bukan hanya manusia, malah boleh dititiskan kepada tumbuhan. Jadi saya cuba buat testimoni pada tanaman saya.

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Kenapa saya begitu menyayangi pokok cekur saya?


Sekian untuk kali ini.... semoga bermanfaat!

8 comments:

  1. pokok cekur saya dah kering...sebab tak disiram...mati dah...isk..rugi... nak siram asyik tak sempat je...huhu

    ReplyDelete
  2. wahhh fiza..
    semakin menjadi laa pokok cekur tu,nampak daun dia segar-bugar kan..
    dulu-dulu akak rajin jugak tanam pelbagai pokok,tapi sejak ada sara,akak tak peduli dah dgn pokok2 tu :)
    tengok sara jer,pagi petang,siang malam sampai pokok daun pandan mati,pokok kari pun mati,kunyit mati jugak..emmm

    ReplyDelete
  3. thanks for info k.fiza...
    air mizam ye.
    at least saya da tau nak cari siapa nanti kalu nak..hehe

    ReplyDelete
  4. hai kak fiza..same la pokok cekur kita..hik..hik.. daun nyer lebar2.. saya suka masakan yang menggunakan daun cekur rasa sedap sgt2

    ReplyDelete
  5. maybe akar pokok cekur perlukan ruang dan bekas yang lebih besar untuk membesar. sbb tu bila tgk perbezaan dalam dray dan dalma pasu, yang dalam pasu nampak lebih subur

    ReplyDelete
  6. akak pon suke pokok cekur!!! sangat2 sukeee!! subur betul dalam pasu warne nye cantiklah

    ReplyDelete
  7. lepas nie boleh la siram pokok dengan air beras...selalu terbuang jer air beras tue...tak pernah lagi makan lauk berasaskan daun cekur

    ReplyDelete
  8. http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/jangan-cemar-kesucian-air-zamzam-1.31344

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....