Saturday, June 05, 2010

Alanna Qish....Berjuanglah!

Hati sedang dilanda rawan, sedih yang tak terungkap dek perasaan bercambur baur antara kasihan, sayang dan pilu. Saat hati ini mengenangkan nasib anak kecil yang sedang bertarung dengan maut, saya sangat bersyukur anak2 masih di depan mata hidup sihat dan gembira. Ujian yang Allah timpakan buat hamba2Nya amat berbeza sekali. Orang itu dengan ujian dia, saya dengan ujian saya. Semuanya hanya satu, Allah amat menyayangi hambaNya dan mahu kita semua lebih mendekati Dia.

Semalam saya baca blog Jiey Mien. Kisah adik Alanna Qish yang belum ada kesudahan. Sungguh, hati ini turut tersentuh dengan ketabahan dan kekuatan mummy dan daddy Alanna. Andai saya ditempat mereka, adakah saya sekuat mereka? Saya terkenangkan saat2 pilu Sofie terlantar di wad PICU,IJN beberapa bulan lepas. Dengan berselirat wayar sana sini....aduh. Sakit sungguh hati ini. Tak mahu dikenang lagi saat2 itu.

Saya membaca blog Noina. Ina pergi sendiri melawat Alanna di HKL. Sekali lagi saya seperti mahu menangis. Ina membayangkan keadaan Alanna, saya cuba bayangkan keadaan anak kecil itu. Kasihan....apa lagi yang mampu saya katakan buat mummy dan daddy Allana selain sabar dan redhalah..... Saya sendiri tak pernah bertemu 4 mata dengan Alanna. Saya cuma mengikuti kisah Alanna melalui blog 'Doa Buat Alanna'. Semoga ada kesudahan yang baik buat si kecil. Semoga mummy dan daddy Alanna redha dengan setiap ketentuanNya. (ps: Ina, kalau pergi jumpa mereka, sampai salam akak yer!)

Mungkin mummy dan daddy Alanna tak membaca coretan saya. Tidak mengapa, saya faham keadaan mereka. Coretan ini bukan diminta untuk dibaca oleh semua orang. Coretan ini sekadar luahan rasa hati saya.... sungguh, hati saya turut sedih dengan keadaan Alanna.

Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan keluarga Adik Alanna. Kau rahmati Alanna. Kuatkan hati dan semangat mummy dan daddy Alanna, semoga mereka redha dengan ketentuanMu.

5 comments:

  1. Insyaallah..mungkin akan datang melawat Alanna lagi hari ini.

    ReplyDelete
  2. fiza,
    tak sanggup nak teruskan membaca, tapi, nak baca juga walau air mata dah meleleh2...
    sedihnya baca keadaan alanna....

    ReplyDelete
  3. moga allah sentiasa berikan kaum keluarga Alanna kkuatan dan ketabahan.aminn..

    ReplyDelete
  4. Salam Fiza.
    Terima kasih atas perkongsian Fiza ini.berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...
    salam takziah buat keluarga adik Alannna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....