Baru ada kekuatan untuk mengemaskini blog ini. Saya sangat susah hati.... sangat2 risau, sangat sedih....tak tahu nak terangkan macam mana perasaan ini. Saya tak sangka sampai begini jadinya. Semuanya atas kelalaian dan kecuaian saya. Bukan saya sengaja menangguhkannya, tapi saya terpaksa demi anak-anak, terutamanya Sofie.
Semalam, saya dapat surat dari mahkamah, memerintahkan supaya saya hadir ke mahkamah untuk dibicarakan atas kegagalan saya membayar pinjaman pelajaran saya. Bila saya baca surat tu, hati saya sangat kecut. Sudah 10 tahun saya membuat pinjaman tersebut, tapi saya masih gagal untuk melunaskannya. Kenapa? Semua sedia maklum keadaan saya. Saya seolah-olah menjadi manusia yang gagal. Bila fikirkan hal ini, air mata asyik nak turun.
Penjamin saya ialah pakcik saya. Kesian dia. Mesti dia terkejut. Tapi, suami saya sudah pun menelefon dia, beritahu yang kami akan uruskan sendiri. Dia tak perlu khuatir. Saya cuba mencari jalan paling mudah dan tak memerlukan saya untuk naik turun mahkamah. Tidak saya jangkakan keadaan ini berlaku. Selama ini hanya mendengar orang itu, orang ini dapat surat mahkamah dari pelbagai kes. Akhirnya, terjadi pada saya.
Mencari dan terus mencari jalan penyelesaian...akhirnya saya dapat tahu seorang sahabat lama saya bekerja di Bahagian Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri. Atas bantuan suami, saya berjaya peroleh nombor telefon pejabat sahabat saya itu. Sebelum itu, saya telah menghantar mesej yang agak panjang lebar melalui facebooknya. Dan pagi ini, saya cuba menelefon pejabatnya, ternyata dia masih kenal saya dan telah pun membaca mesej saya itu. Alhamdulillah....usaha saya tak sia2. Agak gementar juga pada mulanya, maklum saja...kita perlukan bantuannya. Dia berikan pandangan berkaitan status pinjaman saya, dan dia berikan jalan penyelesaian terbaik.
Dia sahabat semasa saya bersekolah dulu, dan pernah satu bilik dengannya di asrama. Terima kasih tak terhingga buat Kak Ewa. Fiza sangat hargai jasa akak....dan tak sangka akak masih ingat pada Fiza.
Surat dari mahkamah....muka pertama
Siapa plaintif, dan siapa defenden... aduh! sungguh saya tak faham bahasa undang-undang.
Kenapa saya terpaksa menangguhkannya?
1. Saya tak bekerja, dan tak ada pendapatan untuk membayarnya. Saya dapat bayar 2 tahun je, sebab masa tu, saya ambil upah menjadi pengasuh anak orang. Anak masa tu pun baru sorang, jadi saya masih mampu menjaga anak orang.
2. Selepas kelahiran Sofie, baru saya mengerti hikmah di sebalik saya tidak dapat pekerjaan. Allah menguji saya dan keluarga dengan anugerah yang tak ternilai ini. Allah bagi kami anak istimewa, sering keluar masuk wad pada awal kelahirannya sehingga saya mengandung lagi adik kepada Sofie. Sangat mencabar hidup saya... tapi saya redha dan bersyukur atas kurniaan Allah. Dan akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak berfikir soal kerja lagi kerana kerja menjaga anak2 lebih utama. Walau tidak dapat duit, saya yakin, ada 'gaji' yang lebih bernilai dari Yang Maha Kaya.
3. Suami telah berkongsi satu perniagaan dengan tujuan, hasil dari perniagaan itu dapat membayar pinjaman saya. Tapi perniagaan itu nampaknya agak suram dan suami seolah2 telah 'ditipu' ( 'ditipu'kah? oh...tak tahu nak guna word apa lagi ) oleh sahabat sendiri. Suami telah memberi modal yang agak besar untuk perniagaan itu. Hasilnya.... wallahua`lam. Hanya beberapa kali sahaja kami dapat hasil. Lepas dari tu....senyap sepi tanpa berita. Semoga si dia sentiasa dalam rahmat Allah dan dapat memberikan hasil dari perniagaan itu kepada suami saya.
Semoga Allah bagi jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini, dan semoga Allah permudahkan semua urusan saya....Amin!
salam Fiza...semoga sht dan ceria selalu di samping keluarga tersayang...
ReplyDeleteAkak turut bersimpati dgn kepayahan yg dilalui oleh fiza. Semoga dipermudahkan segala urusan yer dan semoga fiza dpt menerima kepayahan ini sbg cabaran utk menjadikan fiza lbh kuat dan tabah dlm menghadapi kehidupan...
all the best! :)
Hello semua,
DeleteNama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina:.........
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
4) Tempoh Pinjaman:.........
5) Negara:.........
6) Alamat Rumah:.........
7) Nombor Telefon Bimbit:.........
8) Alamat e-mel..........
9) Pendapatan Bulanan:.....................
10) Pekerjaan:..........................
11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel arabloanfirmserves@gmail.com
salam.. kak fiza
ReplyDeleteni pinjaman PTPTN ke?... dahsyat nye diaorg ni.... eja tumpang simpati pada akak... tp eja tau pasti ada hikmah disebalik yg berlaku ni akak... sabar ye :(
oh..pinjaman PTPTN ke? takutnyer...suamipun ada lagi pinjaman yag xberbayar...rasanya xpenah bayar lagi kot...semenjak grad 2003...takutnyer....kena stat bayar jugak tu...takut kena mahkamah...xder kawan plk nak nolong...
ReplyDeletekepada Fiza....banyakkan solat dhuha...aiseh...cakap kat orang..saya sendiripun xberkeupayaan nak istikomahkannya....
baca ayat seribu dinar setiap kali lepas solat dan doa jauhi hutang...murahkan rezeki yang dalam ma'thurat tu...insya Allah...sama2 kita berdoa untuk kawan2 kita....doa muslim kepada sahabat muslimnya amat mustajab.....semoga Allah mempermudahkan dan pertambahkan dan memberi keberkatan rezekiNya kepada kita semua...Amin...
tak pe k.fiza..
ReplyDeleteinsyaallah akan ada jalan rezki,jalan kuar nti k?
bersusah2 dulu,moga anak2 da besar nti,jasa umi nya akan terbalas..
jgn risau..insyaAllah ada jalan penyelesaiannya..masih ada jalan untuk buat rundingan rasanya tu..
ReplyDeleteturut simapati pada k.fiza..atun pun blm langsaikan lagi.sejak grad 2007 baru byr 500..tak kerja mcmana nk bayarkan??saya doakan k.fiza menemui jalan penyelesaian ye..
ReplyDeletefiza,
ReplyDeleteayu pun pernah alami ketika itu... tapi bukanlah surat dr mahkamah... cuma surat peringatan ..tp ada la amaun yg kena bayar..masa tu nak tak nak bayar juga la setakat yg mampu...skrg ni pun, tiap2 bulan kalau boleh mmg standby juga duit utk byr balik pinj tersebut.. tapi, tu la, bila hjg thn dpt statement, tak berubah2 pun amaunnya...lg bertambah ada la... tu yg tak suka tu...mmg klu byr sikit2 (bayar dlm rm 200 je) tp, dah campur dgn caj lain, makin byk hutang tersebut...
harap akak tabah ye hadapi dugaan ini..pasti ade hikmah disebalik sesuatu kejadian..sungguh berat cabaran dan dugaan yg akak hadapi skang ni..
ReplyDeletefiza,
ReplyDeletesemoga tabah yer..pasti ada jalan penyelesaian..
salam kak dayang_jack,
ReplyDeleteterima kasih.
saya akan cuba kuatkan hati. semoga ada jln terbaik utk saya.
**********************************************************************
eja,
ni bukan PTPTN...akak bwh ker. neg.
Selangor. salah akak sebab tak bayar...sebab....tu la...eja pun tahu,kan?
**********************************************************************
kak shafida,
terima kasih atas nasihat. fiza sgt2 hargainya. insyaAllah fiza akan amalkan.... terima kasih juga atas doa akak...
**********************************************************************
ash,
syahdunyer...
mudah2an ye, ash...
**********************************************************************
amirah,
tq so much...
semoga ada jln budi bicaranya nanti...
sgt berharap.
**********************************************************************
atun,
pinjaman mana atun guna? atun baru je grad. akak ni grad dah 6 tahun. huhuhu...tu la sedih sgt. dpt pulak mcm ni....
**********************************************************************
ayu,
dgn PTPTN ke? dahsyat la PTPTN ni. makan duit byk sgt,kan? fiza ada tunggakan dgn PTPTN gak, yg wang pendahuluan rm1500 tu. dah bayar rm1000...bila datang surat kemudiannya, dorg kata ada baki lagi rm700. aik...teruk betul dorg makan duit org!!!
**********************************************************************
rina,
terima kasih...
doakan akak tabah yer...
**********************************************************************
yer nieda...
harapnya. sdg berusaha kuat ni...
salam fiza..takpe jgn takut.fiza datang jer kat mahkamah mcm dia minta tu then terangkan apa masalah fiza..boleh bincang berapa kita mampu bayar bulan2.
ReplyDeletehehe...
ReplyDeletesabar fiza...
saya pun pernah ke mahkamah atas sebab pinjaman yang orang lain buat atas nama saya. sengih je lah menghadap hakim. nak kata apa lagi. dia suruh bincang balik je dengan pihak berkenaan. dan sekarang, terpaksalah saya membayar balik pinjaman yang saya tak buat tu...
kita bayar perlahan2 ok.. tak banyak, sikit pun jadilah... :)
wahh...sy bc ni pn agak scared ni ptptn tak terbayar lae..hoho~
ReplyDeletemoga Allah permudahkan segalanya buat kak fiza
ReplyDeleteSalam. Kak Fiza, terima kasih ye sebab letak banner kat sini.
ReplyDeleteAmalkan solat dhuha dan menderma, insyaAllah dibukakan jalan untuk akak selesaikan masalah hutang ni.
Moga Allah mudahkan urusan akak sekeluarga. Amin...
P/S: Macammana akak boleh ngadap pc siang-siang? Hehehe. Kita tunggu anak-anak tidur baru boleh buka pc.
kak ieda,
ReplyDeleteskrg fiza tgh cuba selesai cara lain dulu. bab2 mahkamah ni buat fiza kecut perut....
**********************************************************************
sya...
ok tak naik mahkamah?
takut la....
sian sya..kena bayar loan yg sya tak pinjam yer...
**********************************************************************
krsty,
hehe...bayo cepat krsty. kang sampai surat lawyer..
**********************************************************************
lady,
tq so much!
**********************************************************************
mar cayang,
terima kasih. insya Allah akan istiqamah. solat dhuha tu kejap buat kejap tak buat. agaknya akak ni tak istiqamah, tu sebab Allah bagi ujian.
p/s:akak ngadap pc time nyusukan Hijaz sambil tidokan dia. time Sofie dan hijaz tak tido akak tak ngadap pc pun. tak leh nak buat keje...dorg pun sibuk nak nolong umi...hehe
uiks..dpt surat mahkamah ye...sabar k..akak pun tek reti sgt pasal nie.mudahan segalanya d permudahkn :)
ReplyDeletetq kak MysDear...
ReplyDeletefiza sedang berusaha...semoga Allah mudahkan jalan fiza.
Halo, salam dalam nama Tuhan. i am a Iblaze Adams Scofield, saya akan senang untuk memberitahu setiap pencari pinjaman mencari pemberi pinjaman pinjaman swasta yang sah, bijaksana dan tidak menjadi korban penipuan, saya telah scammed bergilir di internet semua karena saya membutuhkan pinjaman. Untuk meringkas semua yang dikatakan, saya diarahkan ke sarahmantiwongloanhome@gmail.com, itu adalah mimpi yang menjadi kenyataan, saya menerima pinjaman saya setelah membayar biaya yang mereka sebut biaya transfer, pada awalnya saya menyimpulkan, para thives yang sama tetapi untuk saya kejutan, saya mendapat pinjaman saya. Kebenaran yang mereka katakan adalah baik, In-kasus ada yang membutuhkan pinjaman jangan jatuh ke tangan pencuri, silakan tulis Mrs. Sarah di Email ini, sarahmantiwongloanhome@gmail.com Terima, kasih dan Tuhan memberkati Anda semua.
ReplyDelete