Entry kali ni, saya nak bercerita pasal Sofie. Pagi Jumaat semalam, Sofie ada terapi di KK Bt. Arang. Tapi, saya tak ikut serta. Sofie pergi dengan abisofie je. Saya sekadar di rumah bersama Hijaz. Kesimpulannya, setelah berjumpa juru terapi tu, keputusan biasa2 je la. Sofie pun dah lama tak menjalani terapi selepas pembedahan. Ini pertama kali. Terapi di HSB kena aturkan semula. Lega sangat sebab juruterapi di KK dah bagi surat untuk teruskan terapi di HSB. Tak payah susah2 nak rujuk doktor kanak-kanak. Sangat leceh nak jumpa doktor.
Juruterapi KK tu nama dia Puan Yati. Jadi, Puan Yati kata, anak sindrom down ni sebenarnya lebih bijak dari anak normal. Anak sindrom down pandai ambil perhatian kita. Dia pandai manipulasi kita sebab nakkan perhatian. So, dari kecil perlu diajar bagaimana nak sesuaikan diri mereka dengan keadaan. Puan Yati bagi contoh, kalau dia merasa sangat selesa berada di zon selesa, bila kita bawa dia di tempat yang tak selesa, macam kedai makan ke, mungkin anak ini akan buat perangai. Disitulah pentingnya kesabaran ibu bapa melayan karenah dia.
Sofie perlu dilayan sebagaimana kanak-kanak normal. Saya perlu melayan Sofie seperti saya melayan Ikhwan, Amniy dan Hijaz. Kalau Sofie buat salah, dia juga perlu dihukum (berpada2ye...bukan hukuman membabi buta) supaya dia tahu apa yang dibuat itu adalah salah. Saya perhatikan, Sofie mudah mengikut setiap perilaku sekeliling. Itu sebab penting ahli keluarga menunjukkan perilaku dan akhlak yang baik. Setiap yang kita lakukan dia akan rakam, dan akan tunjukkan aksi itu kemudian.
Contoh, malam tadi, Sofie bermain dengan pam susu yang dah tak guna lagi. Pam tu pun dah pecah sikit dan ada beberapa bahagian hilang. Saya gunakan pam tu masa dalam pantang lepas bersalinkan Hijaz. Apa yang saya perhatikan, Sofie cuba meniru sepertimana yang saya lakukan. Sofie mengangkat baju dia, dan letakkan pam di badan, kononnya macam nak perah susu. Agak lucu.... dan saya terus perhati. Padahal saya dah lama tak pam susu. Ini bermakna, memori Sofie sangat kuat. Dia boleh ingat semula apa yang saya buat dengan pam tu 7 bulan lepas. Dia tahu pam tu untuk apa. Sayang sekali...saya tak sempat rakam aksi Sofie ini. Serius! Dia sangat2 comel masa buat aksi tu.
Sofie juga cepat belajar. Setiap yang kita ajar dia mudah ikut. Itu sebab kita tak boleh tunjukkan aksi2 negatif depan dia. Lepas ni, saya akan melarang anak lelaki saya bergaduh depan Sofie. Tolong la anak-anak ku.... kita perlu tunjukkan akhlak yang baik depan Sofie. Maklum saja, anak lelaki,kan. Kalau main bersama, pasti ada perkara tak puas hati dan bergaduh. Kadang2, saya perhatikan, Sofie tengok je abang2nya bergaduh. Risau sungguh saya. Tak pe, lepas ni...saya perlu berhati2.
Setiap perbuatan baik, yang Sofie ikut selalunya sangat membanggakan saya. Contoh, baca doa sebelum dan selepas makan dan minum susu, kalau saya dan suami berjemaah dan berdoa selepas solat, Sofie pun akan ikut, angkat dua tangan comelnya, lepas tu raupkan tangan pada muka. Lepas tu sengeh kambing pula.....hehe.... dan sebenarnya banyak lagi akhlak baik yang Sofie dapat dari kami. Saya suka, cuma apa yang saya fikirkan bagaimana ingin mengekalkan sifat baik dalam diri Sofie. Takut2 dia tersasar. Saya perlu tingkatkan kesabaran. Saya tahu, mendidik anak-anak istimewa ini amat mencabar. Saya tak perlu risaukan kesihatan Sofie lagi. Yang perlu saya risaukan adalah mendidik Sofie menjadi insan yang berakhlak baik.
Kalau lihat dari susuk tubuh Sofie yang masih kecil, pasti ada yang kata, "alah...apa nak risau. Diakan kecik lagi." Huh!.... sebab dia masih kecillah kita perlu mulakan dari awal. Kalau dah besar, sangat susah nak membentuk peribadinya, kan? Saya tak nak manjakan Sofie sangat2 sebab saya tahu, manjakan Sofie secara berlebihan akan menyusahkan saya di kemudian hari. Bukan sahaja menyusahkan saya, malah dirinya sendiri akan susah. Biar Sofie kenal erti kesusahan dari awal. Supaya dia biasa dengan kesusahan. Bagi saya, manja itu perlu, tapi biar seiring dengan ketegasan. Bukan garang ye...tegas! Begitu juga untuk anak2 lain. Ini bermakna, mendidik Sofie sama seperti saya mendidik anak2 lain. Saya tak boleh nak ambil kesempatan di atas keistimewaan Sofie. Jangan kerana dia anak istimewa, saya pun melayan dia seistimewa mungkin, Takut2 layanan istimewa saya tu akan memberi kesan tak baik pada dia dan saya di kemudian hari.
Gambar malam tadi.
Sofie berebut bekas kamera dengan Hijaz. Main atas katil umi....habis katil umi dikerjakan dek budak dua tu......
Yang pasti, saya sangat sayangkan anak ini. Walau bagaimana keadaan dia sekali pun. Saya tetap sayangkan dia. Dia puteri hati saya. Dia penawar kala saya duka. Satu-satunya anak perempuan yang saya miliki ialah Sofie. Saya belum bersedia menerima anak perempuan lain, kerana saya bimbang saya akan berubah hati bila dapat anak perempuan normal. Oh....begitu sekali fikiran saya. Jahat sungguh ibu ini. Bukan apa...kadang2 memang itulah yang saya fikirkan. Saya harap, andai Allah kurniakan anak perempuan lagi buat saya, kasih sayang cinta saya pada Sofie akan terus bersemi. Saya takut kalau2 hati saya berubah. Hindarkanlah, Ya Allah! Buat masa ini, inilah puteri dan ratu hati saya selamanya.....
salam. naima seorang ibu yang baik. InsyaAllah, DIA akan memberi naima kekuatan dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Mendidik anak istimewa memerlukan kesabaran. Kpah tahu kerana kpah juga menempuhinya.
ReplyDeletesalam ziarah fiza jelita
ReplyDeleteSofie dah semakin bijak..Alhadmulillah..seronok baca perkembangan sofie..teruskan usaha kak..Memang klu ada adik beradik jadi satu terapi untuk anak istimewa. akan jadi lebih bijak dan cuba bersaing dengan adik beradik yang normal untuk dapatkan perhatian kita. :)
ReplyDeletesuka baca entry ni..
ReplyDeleteemm..btul tu kan.kita mesti layan cam kanak2 normal,moga da besar nti,pandai berdikari berkat didikan umi abi nya..insyaallah..
saya tertarik dgn ayat berubah hati tu.sesungguhnya manusia ni tetap ada kelemahan kan.kalu saya pun,blum tentu saya mampu jadi setabah dan sekasih k.fiza.mmg saya kagum sgt dgn ibu2 anak istiwema ni.kdg2 terasa diri ni jauh lebih lemah,nak2 dlm mlayani kerenah Aleesya...padahal keperluan saya sangat cukup hubby sediakan..
moga allah jadikan saya org yang lebih sabar dlm mendidik anak2 nti.insyaallah..
kak pah...
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan kak pah. semoga doa kak pah dimakbul Allah. saya manusia biasa punya byk kelemahan. tu sebab saya risau sangat ttg sofie. apa pun terima kasih ye kak...
**********************************************************************
kak laili...
terima kasih singgah. sudi2lah singgah lagi teratak umisofie ni yer...
**********************************************************************
noina,
apapun kesabaran kita sgt penting. kdg2 akak ni kurang sabar jugak. tapi, akak mmg perasan, adik beradik lain mmg satu terapi utk sofie. byk membantu.....
**********************************************************************
ashra,
kita semua punya kelemahan...kdg2 kita merasakan kita kurang bersyukur dgn nikmat Allah. k.fiza rasa juga mcm tu. itu tak cukup, ini tak cukup. walaupun sederhana, suami k.fiza cuba sedaya mungkin sediakan keperluan yg cukup buat k.fiza sekeluarga.
tak pe, ash....kitakan insan. yg penting kita sedaya upaya berusaha mendidik hati kita menjadi kuat dan sabar dlm mendidik anak. bukan senang utk melihat anak berjaya dunia akhirat. jadi, perlu ada kekuatan. tq, ash....
salam Fiza.sayang Sofie.Sofie cerdik kan.
ReplyDeletefiza saya dah cuba buat entry tentang streaming kod IKIM.fm tapi tak tahu boleh ke tak tu. Kalau tak boleh Fiza beri tau akak.Email Fiza yang kat wordpress akak tu yang email fiza punya ke?
suka tengpok sifat keibuan yg ada pada kak fiza...
ReplyDeletekak ummu,
ReplyDeleteye kak...fiza gunakan email tu.
**************************************************************************
alahai lady....tq so much.
tinggi pujian lady tu.