Sepanjang hari ini, dari pagi sampai ke petang saya berjalan, keluar dari rumah, menghilangkan kebosanan yang melanda...bersama suami dan 2 anak kecil saya Sofie dan Hijaz, tapi.... tanpa mereka berdua. Mereka tiada disisi saya saat ini. Sungguh! Hati ini meronta rindukan mereka. Telatah dan ragam mereka bermain di minda saya.
Siang tadi, saya dan suami ke Tesco Rawang. Di sana, saya berkata dengan suami, "Kalaulah mereka ada....." Hati saya sedih! Rindu dengan wajah mereka. Rindu nak ajar mereka mengaji setelah selesai solat maghrib, rindu dengan suara mereka. Saya tak berani untuk menghubungi mereka, kerana saya seorang yang cengeng. Saya mengetahui keadaan mereka hanya melalui SMS saya dengan MIL saya. Lega bila tahu mereka baik-baik saja. Untuk bercakap dengan mereka, hati belum sedia. Malam ini, semuanya sudah diulit mimpi..... saya, masih di sini. Ingin meluahkan betapa saya rindukan mereka.......
Saya tahu, di kala ini, jam menunjukkan 1 pagi.... pasti mereka telah diulit mimpi. Setelah penat bermain bersama pakcik dan sepupu, tentu saja mereka tidur awal. Saya tak sabar menanti hari Sabtu. Hari dimana saya akan pulang ke kampung untuk menjemput mereka pulang ke pangkuan saya. Tentu mereka juga rindukan saya, rindukan abi dan adik2......
Saya merenung, menilik satu persatu wajah mereka yang tersimpan di dalam komputer saya. Melihat wajah kesayangan saya. Oh...sungguh saya rindukan mereka berdua. Anugerah Allah tak ternilai buat saya dan suami. Mereka yang akan menjaga saya saat saya dan suami meniti usia emas di kemudian hari, insya-Allah. Mereka yang saya harapkan untuk mendukung ayat-ayat Allah. Mereka yang saya impikan untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah. Insya-Allah....mereka akan menjadi soleh.
Ikhwan dan Amniy.... umi rindu kalian.
kak...sb ni la izwa ngn hubby x penah kuar brdua.x penah lg tinggalkan kat sape2..sbb hubby izwa ni x bleh renggang dgn anak.huhuhu....
ReplyDeletesaya pun x sanggup berenggang dgn anak.
ReplyDeletealahai, nak nages jugak bace n3 ni..iyerlah ibu mane sanggup berenggang dgn anak2..nak2 dok jauh kat kampung tu kan..
ReplyDeletetakpe, esok dah sabtu buleh lah lepaskan rindu kat mmereka..
sedey nye..sabo k?tu la kan,kalu kita rapat dgn anak2,mereka tak depan mata,rase sepi,rindu sgt..kita nak lelap mata pun tak lena..
ReplyDeletesetakat ni saya pun blum pernah jauh dgn aleesya..
hehe.saya pun jenis yg cengeng..
salam Fiza,sedey baca entry ni.Kalau kita rindukan anak kita bagaimana pula ya kalau nenek rindu dengan cucu.Baru ni akak balik jumpa mak akak sendiri,suami kerja. Betapa rindunya mak akak pada cucunya sampai segala sakitnya hilang dek melayan cucu...
ReplyDeleteSsemoga Anak-anak Fiza pasti gembira bersama saudara mereka yang lain...
izwa, mula2 dulu nak tinggalkan anak dgn nenek dorg, berlinang jugak air mata. tapi skrg dah biasa. tinggal sebab terpaksa. sofie keluar masuk wad dulu. tak de sapa nak jaga....
ReplyDelete**********************************************************************
nieda,
kalau boleh tak nak berenggang...tapi, sian pulak dgn nenek dorg.
**********************************************************************
rina,
tak sabar tunggu sabtu ni. nak ambik anak balik.
**********************************************************************
ashra,
cengeng jugak ke? hehe...hati ibu,kan...
**********************************************************************
kak ummu,
sebab nenek dorg la saya tinggalkan dorg kak...dorg pun mmg suka tinggal kg....
alahai sedihnya..atun pun memang xleh berenggang ngan anak..waktu tidur mesti nak ada semua skali..kalau tak,susah mata nak pejam...
ReplyDeletengan arri n molly pun lady tak leh berenggang... kalau tak jumpa sehari tak senang duduk dibuatnya
ReplyDeleteatun,
ReplyDeletetu la perasaan ibu,kan?
**************************************************************************
lady,
arri n molly lady dah anggap mcm anak. tentula sayang,kan?