Tuesday, June 29, 2010

Sofie dan Tangga....owh!


Di rumah saya, Sofie dan tangga tak dapat dipisahkan lagi. Tangga rumah saya umpama playground buat Sofie. Sesuka hati je dia bermain di tangga. MIL saya dah pesan suruh abi Sofie buatkan palang. Dah survey harga pagar untuk tangga, tapi, rasa mahal pulak. Benda tu cuma nak halang tangga. Dalam tengah2 survey tu, Sofie masih seronok bermain di tangga. Pantang saya lepa sikit, kejap je dah sampai tangga.

Yang buat saya risau, bila Sofie naik tangga, si Hijaz pun sibuk terkedek-kedek mengikut si kak chik. Kak chik naik, lagi laju si Hijaz mengejar. Paling saya risau, bila sampai tangga, bukan reti nak duduk diam. Dia akan berdiri, dan tunggengkan kepala ke bawah. Tak ke risau? Kalau saya ada, memang dengan saya2 sekali bermain di tangga.... melayan 2 beradik ni la. Sampaikan segala kerja tak dapat diselesaikan dek melayan anak2 kecil.

Sebab Sofie pun dah beberapa kali jatuh tangga, dan tak pernah serik, saya membuat penghalang tangga dengan menggunakan meja study Ikhwan. Huh...Ikhwan marah jugak! Meja dia jadi mangsa.... tapi, boleh dirunding abang Sofie yang sorang ni. Maka saya pun meletakkan meja dengan kaki 2 meja dibuka sebagai penguat. Yea... lepas dari tu, Sofie dok berkira2, macam mana nak naik tangga. Dah ada penghadang... padan muka Sofie. Hehehe.....

Rupanya saya silap. Setelah beberapa hari meletakkan meja tu sebagai penghadang, dalam pada itu, Sofie mengkaji dan meneliti, bagaimana dirinya boleh melepasi penghadang tangga tu. Dan malam kelmarin, hasilnya...... (lihatlah gambar...)

Bijak tak anak gadis saya tu? Meja tu tak boleh tutup habis sebab kecik sikit dengan lebar tangga. Jadi ada ruang kecil untuk Sofie menyelit. Tengokla...Hijaz juga sedang berusaha mengikut si kak chik. Sangat2 la cerdik anak2 umi ni...buat umi dan abi gelak besar bila Sofie cuba untuk melepasi ruang yang ada. Selama ini tak pernah berjaya lepas.....

Akhirnya.... elleh...umi, Sofie berjaya! Hahaha.... lagi gelak besarlah umi dan abi Sofie ni. Tak sangka sungguh cerdik anak umi ni yer....hehe. Dan Sofie pun meneruskan pendakian sampai ke puncak. Sangat seronok dia bila dia berjaya melepasi ruang sempit itu. Huh...nampaknya, umisofie perlu berfikir, barang apa pula nak diletakkan supaya boleh menutup ruang itu.

Dan abi Sofie mengambil sebiji bantal sofa........ begini jadinya. (lihat gambar bawah yer)

Aduhai... habis la sofa umi rongak. Sebiji bantal sofa diambil untuk keselamatan Sofie dan Hijaz. Tak payah la beli pagar tangga ye. Jimat duit abi...hehe. Kita gunakan apa yang ada dirumah je. Yang penting Sofie dan Hijaz tak perlu bermain di tangga lagi, umisofie boleh melakukan kerja dengan tenang.....

10 comments:

  1. bahayalah sayang, jgn panjat tau

    ReplyDelete
  2. fiza...2 3 hari lg dia tarik bantal tu plk..hihihi

    ReplyDelete
  3. suke tgk sofi aktif..
    alhamdulillah dia sihat2 je..
    hmm biasalah fiza,budak2 sgt2 suke naik turun tangga..
    ank2 zai kat kampung lah dorang jakun naik turun tangga..
    tp kena tgk2 jgn lps pandang.. =)

    ReplyDelete
  4. Memang bijaklah dua beradik ni..
    ada ajer akalnya nak melepasi halangan tu ek

    ReplyDelete
  5. ala..cerdiknya sofie..si adik pun nak itot jugak ke??

    ReplyDelete
  6. beli pagar segera fiza jelita..hehe
    melurjelita.com

    ReplyDelete
  7. bahaya tu..beli pagar cepat2..baru je bc blog kawan..ank dia jth 3ank tgga..benjol beso teluq ayam..aduaiii

    ReplyDelete
  8. saya ada tangga tu kat umah, dah tak pakaipun, tu pun turun temurun. dok mana? klu area senawang, blh bg pinjam

    ReplyDelete
  9. sorry semua...setelah banyak ulasan di sini, saya tak balas...owh. sgt2 kesal....sekarang saya balas....
    ___________________________________

    nieda,
    sekarang dah jarang panjat tangga. sebab kena halang...hehe

    **********************************************************************
    k.ieda,
    mmg sofie ada hasrat nak tarik bantal tu kak. tapi, takat ni belom berjaya. sebab bantal sofa tu kuat terkepit dengan meja. meja tu pulak saya ikat dengan tali. hehe...padan mukan sofie....

    **********************************************************************
    zai...
    sofie sgt aktif sekarang. kalau berdua dengan adik hijaz, jadi je semua benda yag nak dibuat.
    budak2 ni jumpa tangga kat rumah sendiri je. kat kampung tak de tangga...

    **********************************************************************
    rizziela,
    budak2 ni ada je akalnya. kita sampai tak terdaya nak ngejo...hehe tq sudi baca celoteh saya...

    **********************************************************************
    amirah,
    si adik ni suka ngikut apa yang kakak buat. mmg begitula hari2...

    **********************************************************************
    kak laili,
    dah usha2 pagar...tapi nanti la. gunakan apa yg ada di rumah dulu. cara ni pun nampaknya dah ok....

    **********************************************************************
    della,
    benjol? hehe...siannyer...sofie pun dah benjol dah....

    **********************************************************************
    JMY,
    alahai...saya dok rawang. kalau dekat boleh gak pinjam...hehe. tak pe la....tak de rezeki.

    ReplyDelete
  10. hahahhaa...lucu betul tgk gambar sofie dan hijaz.. bijak! bijak...lepas ni kak fiza pun kurusla.exercise..ehehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....